Chat with Us LIVE!

Friday, 22 February 2013




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, para sahabat, tabiin dan seluruh ummat Islam.

Seandainya kita membuat sesuatau yang sudah dibuat oleh orang sebelum kita, itu bukan pembaharuan namanya, sebagai manusia yang mempunyai semangat ‘adventurism’ sebagai makhluk yang terhebat yang diciptakan oleh Allah SWT. Saya ingin meninggalkan legasi seperti kata pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama; sama ada baik atau buruk. Itulah harta yang di tinggalkan oleh manusia kerana manusia lahir telanjang, mati kosong tidak boleh bawa apa-apa ke kubur. Walaupun tiada yang baru di dunia ini, namun manusia yang sifatnya ‘bahru’ bernafsu, berkeinginan, tentu saja kita suka kepada sesuatu yang bahru. Baju baru, kereta baru, rumah baru dan lelaki tua macam mana sekalipun kalau dapati isteri baru pasti gembiranya luar biasa.


Terlalu ramai yang telah menterjemahkan gambaran syurga adalah air sungai yang mengalir dibawahnya. Syurga Firdaus dan Adni adalah taman yang indah belaka. Manusia di zaman ini sudah tidak lagi percaya kepada sesuatu tanpa bukti biarpun mati syurga dan neraka itu benar. Mereka mahu merasakannya apa yang dicakapkan melalui panca indera seperti menonton filem 3D atau 4D di pawagan. Maka terciptalah Taman Hana di Wadi Hussien di mana lahirnya Al-Attas Unilife, Al-Attas University of Life.


Allah SWT Pencipta kita yang Maha Bijaksana. Suka pada manusia yang suka mencipta sesuatu untuk memanfaatkan manusia keseluruhannya. Pernahkah kita terfikir lahirnya media baru menerusi internet, handphone dan iPad semuanya ilham dari Allah untuk manusia akhir zaman yang tidak lagi percaya kepada karamah, kajaiban para awlia Allah. Sebaik-baik manusia adalah yang membuat sebanyak-banyak kebaikan dan menguntungkan sebanyak-banyak manusia. Allah SWT Maha Indah jadi hadiahkan lah sesuatu yang indah untuk Allah SWT.

Pelajaran yang dapat dikutip dari pelbagai liku-liku kehidupan, life, dengan menggunakan mata, telinga dan yang terpenting sekali ‘akal fikiran’, indera ke-enam dan menerusi panca indera dan The Creative Mind yang di miliki insan, boleh di alami sebagai guru kita menerusi ilham laduni dari Allah SWT. Sama ada dengan membaca dengan penglihatan atau mendengar menerusi pendengaran apa yang di sampaikan kepada kita yang berbentuk ilmu boleh iktibarkan sebagai pengajaran dari kehidupan yang berlaku kepada mereka yang peka dengan kehidupan alam semula jadi di sekelilingnya sendiri sebagai asas untuk terus hidup sebagai manusia bernyawa sebagai khalifah, God’s manifestation, di atas muka bumi.



Manusia perlu diingatkan peri pentingnya roh yang datangnya dari Allah SWT dan perjanjian dengan Allah SWT semasa di alam arwah. Insya-Allah dengan akal dan mata hati yang tersembunyi dalam jasad manusia boleh menyatukan manusia dengan khalifahnya. Munculnya Al-Attas  University of Life supaya ilmu rahsia ‘sir’ yang selama ini tersembunyi yang cuba dihapuskan oleh ajen-ajen Dajjal kini boleh di kongsi bersama, ‘sharing’ di Unilife tidak kira siapa anda, berapa umur anda, apa bangsa mahupun agama dan ideologi yang anda anuti, yang penting anda bersedia untuk membuka minda dan sanggup menggunakan akal budi dan hati budi yang diselimuti oleh pengaruh kebebalan jahiliyyah.


Hidup ini penuh dengan pengajaran dan pelajaran yang boleh kita pelajari dari sejarah yang terdapat dalam Al-Quran yang di sampaikan oleh pesuruh Allah kepada manusia yang terdapat dalam Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sebagai contoh  siapa manusia dan siapa Allah SWT yang menjadi rahsia manusia yang kita perlu pelajari untuk mengubati penyakit sosial  yang melanda masyarakat manusia di seluruh dunia hari ini. Insya-Allah ubatnya kita perlu tahu siapa kita dan siapa Tuhan kita? Kalau tidak cari, tidak jumpa dan tidak kenal; tidak kenal maka tidak cinta. Kalau tidak minta, tidak dapat, “Minta pada Ku,” Allah berjanji, “Permintaan mu akan Ku perkenankan.” Hamzah Fansuri pergi ke Mekkah mencari Tuhan dan beliau jumpa Tuhan di rumahnya sendiri. Apakah anda tidak ingin jumpa Tuhan anda? Dari Allah SWT kita datang, kita akan kembali kepadaNya.

Nabi Muhammad SAW naik ke sidratul muntaha  bertemu Allah SWT di malan Isra’ Mi’raj. Abu Yazid Bustani juga sampai ke sidratul muntaha di bawah Rasulullah SAW. Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati, mencelikkan orang buta, mengubati pelbagai penyakit kronik. Begitu juga dengan Sheikh Abdul Qadir Jailani Sultanul Awlia. Allah SWT yang menghidup dan yang mematikan, Allah SWT yang Maha Kuasa, Raja sekian alam.

Dari kisah nabi-nabi dan para Rasul dan Lukman Al-Hakim, manusia biasa seperti kita juga yang punya pengetahuan dan dari pengalaman dan kebijaksanaan para Awliya Allah, kita dapat pengajaran yang dikongsikan di Unilife untuk insya-Allah mengubah mindset dan sikap anda yang jumud yang di sebabkan minda terpenjara akibat cinta dunia takut mati.

Manusia perlu membersihkan hati perut yang kotor, perut hijau kata orang utara, dengan sifat mazmumah pelajaran pertama yang mereka dapat bila melangkah masuk ke Unilife dengan niat mahu belajar mengenai kehidupan bermula dengan menghargai tumbuh-tumbuhan, belajar menikmati warna-warna keindahan tumbuh-tumbuhan, nikmat Allah SWT depan mata di alam semulajadi dan alam cakerawala. Hanya mereka yang buta hati, tidak ada perasan halus tidak mendapat kesedaran untuk menggunakan akal budi dan adab bila berada di dalam taman. Hanya manusia yang rosak jiwanya akibat nafsu yang dipengaruhi oleh syaitan yang meleka dan melalaikan manusia yang sanggup merosakkan tumbuh-tumbuhan hingga makhluk yang lain hilang haknya untuk tinggal di hutan.



Tugas manusia hanya sebagai ‘penyampai’, postman, dan Allah saja yang boleh memberi hidayah sebab itu kita perlu yakin sepenuhnya dengan kekuasaan Allah Raja Sekian Alam dan Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat bagi sekian alam, illa rahmatan lil alamin. Kita tanam pokok, bukan tebang hutan untuk memuaskan nafsu syaitan.


Semoga anda yang tidak berkesempatan untuk hadir di kuliah yang diadakan di Unilfe di dalam taman mudah-mudahan dengan membaca buku The University of Life ini insya-Allah anda akan bertukar menjadi orang-orang yang beriman, bertaqwa dan menyatuknan diri dengan Allah SWT, a believer and doer, berilmu, yakindan beramal. Kerana, seorang tidak boleh mengaku beriman melainkan setelah melalui ujian dan cubaan (Al-Quran).

Sampai bila kita sekadar menjadi manusia ‘Melayu Islam’ atau bangsa lain yang mengaku Islam, tapi tidak dapat merasakan Al-Quran hidup dalam diri tapi tidak ada rasa kepedulian sharing and caring terhadap sesama manusia, hablum min an-nas yang tidak dapat dipisahkan dengan hablum min Allah. Islam bukan terlekat pada luaran, sebagai salah satu contoh sunnah Nabi Muhammad SAW, di jubah, misai, janggut dan serban, tapi tidak ada rasa kemanusian kepedulian, rasa cinta kasih sayang, sanggup bermaaf-maafan terhadap sesama manusia.

Dengan melangkah masuk ke Wadi Hussien, insya-Allah anda dapat belajar dari apa yang anda lihat, fikir dan tafakkur apa yang ada dalam khayalan mengenai tumbuh-tumbuhan, ikan dalam kolam, burung-burung dan air sungai yang mengalir jernih adalah gambaran syurga mengikut Al-Quran di mana Allah SWT dalam Surah Rahman bertanya sebanyak 33 kali, “Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang mahu kau dustakan?” Bukankah kita tergolong dalam kalangan ulil al-bab dan ulil absar; the thinking being, manusia yang ada akal.

Selaku orang Melayu yang mempunyai pendekatan melalui dua kedaulatan yang terdiri “kedaulatan alami”, “daulat manusia” dan “daulat Islamiyyah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Syukur bagi mereka yang kenal siapa diri dan siapa Tuhannya, dan faham maksud yang tersirat di sebalik apa yang tersurat. Mereka yang dapat baca, menterjemah, menganalisa dan mengkaji  dengan perantaraan ilmu hakikat, tarikat dan makrifat yang dianggap asing  dan bid’ah oleh segolongan ulama. Lu fikirlah bro.

Yakin dan percayalah mereka-mereka yang celik mata hatinya kerana panca inderanya berfungsi dan mereka akan melihat apa yang ada dalam taman ini dengan satu perspektif yang berbeza jika mereka tahu alam ini terkandung dengan ayat-ayat Allah SWT.

Pandangan di antara satu manusia dengan yang lain mengikut kadar kekuatan ilmu dan niat di hati; ilmu di cari untuk apa? Sendiri punya diri, sendiri mahu ingatlah. Amal bermula dengan niat. Tepuk dada tanya selera, apa tujuan anda ke Unilife, samakah si poyo, sengal, bebal dan mereka yang mengaku the so-called intellectual?
Jika anda mahu melihat hama dan bintang-bintang tanpa menggunakan mikroskop dan teleskop ia sama sahaja seperti menonton filem 3D tanpa cermin mata khas 3D, menghabiskan karen aje. Apabila hijab sudah terbuka insya-Allah kita dapat melihat sesuatu yang ghaib menerusi basirah, anugerah Ilahi pada siapa yang Allah kehendaki.

Akibat tidak punya ilmu kerohanian tentang hakikat hidup, tidak punya ‘tarikat’ jalan dalam kehidupan seharian, dan tanpa ilmu ma’rifah datangnya dan kembalinya entah ke mana, mahukah kita hidup dalam kerugian?

Ada mulut tak boleh berkata-kata dinamakan ‘bisu’. Orang pekak dan bisu masih boleh guna isyarat tangan. Orang yang ada mulut, ada lidah tapi takut berkata benar, lidahnya jadi lidah syaitan. Di Al-Attas University of Life diwajibkan bersifat berani. Berani menegur kesalahan dan kemungkaran, berani mengajar kebaikan bermula dengan diri sendiri dan keluarga. Ada saja ilmu pengetahuan tanpa sifat berani, tidak boleh membentuk watak manusia; tidak berguna serupa seperti kupang tembaga, one cent no use.


Semasa berada di Taman Hana Wadi Hussien cuba perhatikan ada tulisan pada pasu besar di tepi kolam ikan, perkataan “Fikir, THINK, Tafakur” untuk mengingatkan kita bahawa selaku manusia yang dikurniakan ‘akal’ kita perlu membaca dengan akal budi, memikir, menganalisa, mengkaji dan mencari rahsia yang tersembunyi disebalik apa yang hanya dapat dilihat oleh mata hati; bukan sekadar membaca buku hiburan semata-mata tetapi membaca menggunakan akal fikiran. Baca dengan ‘mata kepala’, memerhati dengan ‘mata hati’ untuk menghidupkan kekuatan luar biasa manusia menerusi kuasa kerohanian yang ada dalam diri. Ada yang mengatakan ia seumpama menghidupkan naga yang tidur dalam diri.


Jangan berani mencuri kerana dikuasai oleh nafsu amarah, berani membunuh dan melakukan segala macam maksiat kerana tidak ada ‘conscience’ akibat dalam kepala tidak ada rasa bersalah kerana mata hatinya buta. Jika anda berkesempatan belajar ilmu firasat, anda tahu bahawa dua biji mata sekadar accessory sahaja, akibat akal yang menghubungkan dia dengan Pencipta tidak berfungsi. Nama saja Islam tapi tidak beriman akibat tidak mempunyai akal budi. Sembahyang, puasa, tidak minum arak, tidak berzina, yang perempuannya menutupi aurat tetapi masih mengumpat dan jumpa bomoh yang sememangnya ditegah oleh Allah SWT.

Inilah yang dimaksudkan dengan kesan dan bekas kekuasaan Allah SWT yang terdapat dalam hati insan dan sesudah hati dibersihkan hijab akan terbuka insya-Allah anda akan dapat melihat dengan lebih luas alam rasa seperti mereka yang berpenglihatan luar biasa. Manusia yang tumpul perasaannya adalah laksana orang yang rabun ayam yang teraba-raba di permukaan bumi dalam terang akibat mata hatinya buta. Bila lagi mahu belajar ilmu dalaman yang boleh mencelikkan mata ketiga, the third eye, yang ada dalam diri manusia? Mereka yang mencari tanda-tanda kekuasaan Allah SWT bergantung hanya pada benda semata-mata, tanpa menggunakan mata hati menerusi basirah Allah. Sampai bila yang di cari lebih dekat dari urat leher tetap tidak jumpa? Sampai bila mahu jadi manusia yang rabun akalnya dan rabun hatinya? Lu fikirlah bro.



Setiap mereka yang mengaku beragama memerlukan ilmu kerohanian, jika anda berminat mempelajari ilmu tasauf yang terdapat dalam kitab Ihya Ulum Ad-Deen hasil karya Imam Ghazali dan kisah riwayat hidup para wali Allah ibarat anda perlu siap menadah tempayan menunggu turunnya hujan. Ingat dengan ilmu kita cari ilmu. Kawan untuk tambah kawan, cari pengaruh dengan pengaruh dan duit dengan duit.

Al-Attas University of Life cuba membuat pembaharuan bagi mereka yang mahu belajar ilmu kesufian tanpa memakai baju bulu kambing biri-biri dan membuang segala kemewahan. Insya-Allah guru yang murshid memang ada cuma anda belum ditemukan jadi mulalah belajar dari alam semula jadi, melalui fikiran dan bertafakkur; sesaat anda bertafakkur sama seperti beribadat 100 tahun (Hadith).

Pensyarah yang mempunyai skrol QBE, qualified by experience, sama ada dapat diterima, disenangi atau tidak, ini tidak menjadi soal. Anda kena cari ilmu, ilmu tidak akan cari anda. Lu fikirlah bro. Anak cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu ingat.

Al-Attas University of Life dibuka kerana saya sukakan pembaharuan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai supaya anak cucu kita nanti menjadi orang baik-baik, civilized and with good ethics. Selain adab, tahu tanggung jawab terhadap sesama manusia dan alam semula jadi, fardu kifayah, selain tidak meninggalkan fardu ain, tanggung jawab terhadap Allah SWT. Untuk mengembalikan mereka yang sesat di hujung jalan supaya kembali ke pangkal jalan melalui ilmu kerohanian. Mengubah sikap manusia bakhil menjadi pemurah, yang kejam dan zalim menjadi pengasih, yang tamak haloba sanggup berkongsi, yang pentingkan diri sendiri sanggup bertoleransi. Loving, giving, caring, sharing and forgiving.

Saya terdiri dari orang-orang yang suka bermain ombak dan melawan arus dan setelah Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun bila dia mengakui antara sebab dia letak jawatan kerana dia gagal mengubah Melayu dan mengingatkan kita tentang pentingnya perjuangan yang belum selesai. Saya nampak Anwar Ibrahim akan meneruskan perjuangan itu.



Di mana silapnya penulis pemikir yang telah menghasilkan buku Dilema Melayu? Kenapa dia sendiri pun berakhir dengan menimbulkan dilema dalam landskap politik negara? Apakah kerana itu dia menangis ketika mahu meletak jawatan?

Syukur pada Allah SWT rupa-rupanya ramai manusia yang jiwanya macam saya, Berani Gagal, meminjam kata Billy Lim. Mari kita teruskan perjuangan pemimpin Melayu yang meninggalkan tanggung jawab setelah mengaku gagal tapi masih mahu terlibat dalam politik setelah bersara; bila Tun Abdullah Badawi letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan di ambil alih oleh Najib, dia masuk semula ke dalam UMNO. Jika takut di lambong ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut di kritik, jangan jadi pemimpin politik. Saya sahut cabaran Tun Dr Mahathir pada 15 July 1995 untuk mengajak para intelektual di menara gading mempelajari semangat adventurism yang boleh di pelajari di Al-Attas University of Life, kepada Mahathir yang mudah lupa supaya teringat kembali apa yang pernah dilaporkan oleh media massa.


“Semangat adventurism ini kalau dalam bidang ilmu ialah kesediaan untuk diuji dan dicabar. Kita tidak boleh mendakwa menjadi orang ilmu atau pakar sekiranya kita tidak diuji pada peringkat paling tinggi.”

Dr Mahathir Mohamad
BERITA HARIAN, 15 JULY 1995


Bukankah kehidupan ini satu ujian; mana ada para Rasul yang mengaku gagal, begitu juga ulama pewaris nabi? Sebelum kita berpindah ke satu dunia yang kekal yakni ‘akhirat’? Apakah kita mempunyai bekal dan simpanan untuk akhirat? Inilah dilema ummat Islam sebenarnya dan bukannya masalah ekonomi. Dato Senu dan sekumpulan intelek juga gagal mengubah mindset Melayu dengan buku Revolusi Mental. Yang perlu di revolusikan adalah kerohanian. Sebab itu selaku pejuang hak asasi manusia, sebelum saya mati saya tidak mahu ‘patah semangat’. Selagi saya hidup, selagi itu saya akan lawan seperti semangat adventurism yang terdapat dalam diri saudara Anwar Ibrahim. Siapa yang ingin jadi jaguh mesti sanggup mati dalam arena dan Anwar Ibrahim telah membuktikannya dan lantas mengajak masyarakat seperti yang disampaikan oleh Dr Mahathir.

“Sudah tiba masanya rakyat mengubah sikap dan bersedia untuk meneroka serta menceburi dalam sebarang bidang termasuk yang paling asing sekalipun.”
Dr Mahathir

Kegagalan yang terjadi ke atas manusia bukanlah kerana kesalahan Tuhan. Allah SWT tidak pernah zalim, manusia yang menzalimi dirinya sendiri. Biarpun Allah SWT menentukan qada’ dan qadar tapi Allah SWT beri manusia akal. Tuhan telah menghadiahkan kita Al-Quran, manual untuk cara hidup yang paling sempurna dan Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat  bagi sekian alam, sebagai petunjuk jalan yang Haq. Kenapa masih ramai manusia tidak kira apa agama yang di anuti masih boleh di pengaruhi oleh Dajjal? Siapa Dajjal yang sebenarnya? Kita akan tahu siapa ajen-ajen dajjal dengan menggunakan ilmu firasat.


Masyarakat yang cinta dunia takut mati mudah tersungkur dalam kejahatan termasuk dalam perangkap kumpulan dajjal-dajjal untuk menunggu kedatangan Dajjal sebenar sementara munculnya Nabi Isa dan Imam Mahdi sebagai penyelamat dimuka bumi. Bukan setakat negara Islam saja yang telah dirosakkan oleh Dajjal malah seluruh dunia menjadi mangsa Dajjal. Tengok apa yang jadi pada Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Mampukah kita membebaskan diri dari pukauan Dajjal ini tanpa ilmu kerohanian tentang ketuhanan dan kenabian? Dajjal mahu hapuskan kepercayaan agama sepenuhnya di atas muka bumi ini seperti yang telah di lakukan oleh mereka yang sesat barat.


Kecelakaan berlaku mungkin kerana kesalahan kita sendiri yang mungkin sekadar mengaji tapi tidak mengkaji, tidak menyelidik peri pentingnya mempelajari Al-Quran yang berisikan seluruh keinginan manusia, dan mungkin juga tidak melakukan iqra’ (membaca dan menganalisa) kenapa syariat tidak boleh dipisahkan dari hakikat.

Sama ada kita faham atau tidak, percaya atau tidak;

Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya (Al-Quran).

Dajjal mengajar satu ideologi agama baru iaitu mengeluarkan Tuhan dari kehidupan manusia. Friedrich Nietzsche kata, “Tuhan sudah mati,”  kerana kononnya Nabi Isa sebagai anak Tuhan telah dibunuh. Ingat senang ke hendak bunuh anak Tuhan apa lagi nak mematikan Tuhan yang menghidup dan mematikan kita. Apakah kerana percaya Tuhan dah mati mereka mencari bomoh dan menjadikan manusia sebagai Tuhan yang perlu disembah?


Muncul firaun moden di Timur Tengah sepatutnya membuatkan pemimpin hanya menumpukan niat kepada perkara-perkara keduniaan dan keuntungan duniawi semata-mata, berfikir apa guna wang berbilion yang di simpan di luar negara dan segala harta jika akhirnya mati dalam kehinaan. Apakah kita mahu perkara yang sama berlaku di dalam negara kita yang tercinta? Lu fikirlah bro. FIKIR, THINK, TAFAKKUR.

No comments:

Post a Comment

A Closer Look.

Translate