Chat with Us LIVE!

Monday, 28 January 2013

Senjata Makan Tuan



Sempena dengan penganugerahan ini, izinkan patik menyampaikan sedikit ucapan kepada para hadirin.


Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan 
email HPnumber ke alxsunilife@gmail.com 
Rm60 termasuk Pos.


Sesungguhnya takhta merupakan suatu institusi yang dicipta dan diwujudkan oleh perlembagaan.Sebelum perlembagaan wujud, maka raja yang bertakhtalah yang wujudnya perlembagaan dan undang-undang.Undang-undang perak dan undang-undang 99 di perak telah digubal oleh raja yang bertakhta satu abad sebelum didatangi oleh penjajah Portugis.

Pada zaman silam, takhta merupakan suatu institusi satu dalam semua, dan semua dalam satu.Raja yang memerintah memainkan peranan sebagai pencipta dan pembuat undang-undang.Apa yang difikirkan perlu oleh raja-raja yang memerintah, maka undang-undang tidak akan wujud tanpa memikirkan sama ada suatu perkara tidak baik atau buruk. Umpamanya, fasal yang pertama undang-undang Melaka mengenakan hukuman bunuh keatas sesiapa yang memakai pakaian kuning.
Fasal itu berbunyi:
“Fasal yang pertama ada menyatakan adat majlis segala raja-raja dan larangan raja-raja itu jika dipakai oleh segala rakyat.”

Ketahuilah olehmu bahawa tiada harus dipakai oleh rakyat itu sendiri kekuningan dan kepada segala orang-orang besar-besar sekalipun, jikalau tiada dengan kurnia raja-raja maka dibunuh hukumnya. Demikian lagi tiada dapat memakai kain yang nipis terbayang-bayang seperti kasa dan sebagainya pada balai raja-raja atau negeri raja-raja itu melainkandengan titah raja dan kurnia, atau di luar boleh dipakai, jikalau lain daripada itu nescaya dicarikkan atau ditolakkan keluar hukumannya.

Tahta juga menjadi pemerintah atau kerajaan.Raja mempunyai kata pemutus mengenai sesuatu perkara.Baginda kadang kala mewakilkan kuasa kepada Memanda menteri atau bendahara dan kadang kala menjalankan tugas pemerintahan itu oleh baginda sendiri. Di sinilah timbulnya istilah kerajaan yang berasal dari konsep “raja yang berkerja

Takhta juga menjalankan peranan sebagai badan pengadilan, tempat tiap-tiap kes dijalankan di hadapan raja di dalam istana, dan rajalah yang menjadi hakim dan memberi kata putus, Sejarah Melayu telah menunjukkan bahawa Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat baginda sebagai hakim. Tetapi nasib baik, Hang Tuah tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan oleh bendahara.

Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat tidak dapat dilaksanakan secara berkesan oleh seorang raja, maka tugas itu telah diserahkan dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya. Dalam konteks moden, ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh parlimen sebagai bahan pembuat undang-undang, pemerintah atau kerajaan sebagai badan pembuat undang-undang, pemikiran atau kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman sebagai badan pengadilan.

Di Negara kita, takhta masih kekal sebagai suatu symbol lambang perpaduan, sebagai punca dan dan tonggak keadilan, sebagai tempat memohon kasihan belas dan pengampunan, dan sebagai gedung pengurniaan bintang-bintang kehormatan.

Ampun Tuanku,

Sejarah telah menunjukkan juga bahawa di setengah-setengah Negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tapi bilangan ini telah turun satu demi satu-kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini -pada dekad kelapan abad keduapuluh- hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta.

Takhta Merak kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takhta, kononnya takhta merak Pahlavi telah melebihi kuasa yang ada padanya.

Sejarah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat.Sebenarnya, penasihat-penasihat istana terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan Negara. Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat-laun rakyat kan memberontak dan takhta akan tergugat.

Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan inspirasi rakyat .Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyerkat kemarahan aspirasi rakyat.Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah istana ke muzium seni dan budaya.

Sejarah juga telah menunjukkan bahawa penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah dilakukan oleh penasihat-penasihat istana kononnya atas nama takhta. Mereka ini adalah terdiri daripada orang yang cuba mengambil kesempatan untuk berteduh dibawah payung kuning dan naungan takhta, kononnya, kalaulah takhta itu kebal, maka mereka turut sama kebal. Malah bukan sahaja mereka menyalahgunakan kuasa tetapi mereka sanggup melakukan jenayah kecil dan besar.

Ada setengah-setengah golongan manusia pula yang lebih takut kepada Allah.Golonngan-golongan ini adalah terdiri daripada alim ulama yang tugasnya wajib memberi nasihat kepada takhta atau penasihat istana mengenai penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan terhadap jalan Allah. Mereka mengetahui yang sesuatu perkara yang itdak baik telah dilakukan dalam istana, tetapi sengaja membisu, takut-takut mereka akan kehilangan jawatan, dipecat atau dimurkai. Mereka ini lebih mementingkan jawatan dan gaji lumayan daripada menegakkan jalan Allah.Orang yang bertanggungjawab kepada Allah di Yaumal Masyar nanti ialah alim ulama yang telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya, semata-mata kerana gaji dan kedudukan.

Di Malaysia, di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, hanya takhta sahaja yang kebal dan tidak boleh didakwa dalam apa jua kesalahan dalam mana-mana jua mahkamah. Yang lainnya- daripada Perdana Menteri sehinggalah kepada rakyat biasa- tiada seorang pun yang kebal. Taraf mereka adalah sama, hak mereka adalah sama, dan mereka diberi perlindungan yang sama dibawah perlembagaan. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka mereka akan dihadapkan ke mahkamah tanpa memilah bulu, tanpa memilih darah etnik yang mengalir dalam tubuhnya, tanpa mengenal menteri atau rakyat biasa.

Tetapi walaubagaimanapun, walau seberapa kebal sekalipun takhta, namun takhta tidak boleh lari daripada hukuman Allah, hukuman yang ditetapkan ke atas seluruh umat manusia tanpa mengira rakyat atau raja.

Di Malaysia, takhta akan terus dikekalkan selagi perlembagaa tidak dipinda. Dan perlembagaan tidak akan dipinda selagi rakyat masih taat setia kepada raja. Rakyat akan terus memberi sepenuh taat setia kepada raja-raja selagi mereka berteduh di bawah payung takhta. Kalaulah takhta dapat memainkan peranan mengikut lunas-lunas perlembagaan tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir luar perlembagaan, maka selama itulah takhta akan terus kekal bukan sahaja di istana tetapi juga dalam hati dan sanubari setiap rakyat jelata.

Ampun Tuanku,

Dalam istana, takhta merupakan seorang khalifah yang mempunyai kewibawaan yang menjadi wakil Allah di atas muka bumi ini, Di Malaysia tiap-tiap buah takhta adalah menjadi ketua agama Islam, dan dalam khutbah Jumaat ditiap-tiap buah masjid di seluruh Negara, berjuta-juta para jemaah membuka dua telapak tangan menadah langit, membaca doa memohon kepada ilahi supaya takhta dikurniakan dengan taufik dan hidayah untuk terus kekal memimpin Negara ke jalan yang diredai Allah. Doa ini akan terus dibaca selagi takhta masih dianggap sebagai khlaifah. Bacaan doa kepada ilahi ini akan diberhentikan apabila takhta sudah menyeleweng dari jalan Allah.

Nabi Besar Muhammad SAW sendiri, walaupun baginda seorang Nabi, seorang Rasul, seorang Khalifah Allah di atas muki bumi ini, seorang raja dan seorang pemerintah, namun baginda pernah bersabda bahawa sekiranya Fatimah anakandanya yang dikasihi itu mencuri, maka tangannya akan dipotong sebagai balasan dari Allah, begitulah tegasnya seorang Nabi, seorang Rasul, seorang Khalifah dan seorang pemerintah. Sebagai hamba Allah, baginda tidak pernah mengatasi kedaulatan undang-undang yang dicipta oleh Tuhan iaitu Al-Quran.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun,

Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat, aman dan makmur, bahagia dan sentosa, maka tiap-tiap satu komponen di dalamnya mestilah memainkan peranannya masing-masing sejajar dengan kehendak Negara, samalah seperti satu sama lain. Jika sebuah skru yang kecil tidak berfungsi dalam sebuah jentera, maka jentera itu akan menjadi rosak. Bagi Malaysia apa yang diperlukan ialah peranan yang dimainkan oleh tiap-tiap satu komponen itu mestilah seiring sejalan dengan kehendak dan kepentingan Negara. Parlimen dan Dewan Undangna Negeri dengan tegas membuat dan meminda undang-undang, pemerintah melaksanakannya dan badan kehakiman dengan tugas pengadilannya.

Di atas kemuncak ketiga-ketiga badan itulah terletaknya takhta yang menjadi symbol kebenaran, kecekapan, dan keadilan.Di bawahnya pula terletaklah suatu asas iaitu masyarakat seluruhnya.Apabila kukuh asas itu, maka tegaklah bangunan itu, bangunan yang dikenali sebagai Malaysia merdeka dan berdaulat.

TAN SRI RAJA AZLAN SHAH,
HAKIM BESAR MALAYA
UNIVERSITI SAINS MALAYISA, PULAU PINANG PADA 29
JUN 1980, DIHADAPAN DYMM RAJA TUANKU SYED
PUTERA, CANSELOR UNIVERSITI ITU.

No comments:

Post a Comment

A Closer Look.

Translate