B ism illahi rahman irrahim
Baru-baru ini ketika saya sedang mengemas pejabat, saya terjumpa sebuah majalah oleh Jill Wechsler yang tersimpan entah berapa tahun, apa yang menarik minat saya ia memperkatakan soal akal, ilmu keturunan dan nasib oleh beberapa orang tokoh yang akan saya kongsikan bersama anda tanda sifat kita berkasih sayang antara kita yang mengamalkan sifat pemurah, apa juga ilmu yang kita ada ibarat kata pepatah “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah kita bersedia berkongsi. Mudah-mudahan ilmu dari pengalaman tokoh yang sudah berjaya ini boleh mendatangkan manfaat tentang betapa pentingnya ilmu dibandingkan dengan harta mahupun kuasa. Sekurang-kurangnya kita akan melihat sesuatu dari satu perspektif yang berbeza dan kita boleh melakukan anjakan paradigma ke paradigma holistik.
“How to make the most of the brain you are born with!” Bagaimana menggunakan akal yang dilahirkan bersama-sama kamu. Otak akal adalah yang membezakan antara manusia dan haiwan tapi sekadar ada otak, tak ada akal apa bezanya dengan binatang buas? Akal itu apa mengikut hakikat insan?
“Kawan manusia yang baik adalah akal dan ilmu pengetahuan, musuh manusia adalah kejahilannya” (Imam Ali)
Gajah mempunyai ingatan dan memori yang sangat kuat, helang selain boleh terbang, boleh melihat rezekinya sejauh dua batu. Kuda lahir tak perlu bidan boleh terus berdiri dan berjalan. Apakah anda mahu jadi seperti kuda? Hebat macam mana, masih ditunggang orang. Manusia yang tak ada ilmu, boleh cari makan. Tapi terus jadi tunggangan manusia, seperti beruk rantai pendek dalam sajak saya. Sebenarnya manusia adalah makhluk Allah yang terhebat selain ada akal, juga punya Ruh. Lebih-lebih lagi sudah berada di peringkat insanul kamil tak perlu sayap untuk terbang tapi boleh sampai ke sidratul muntaha. Wali Allah dengan karamah yang ada bila di maqam qutub boleh berada di 7 tempat dalam satu waktu. Dengan karamah yang ada padanya boleh melakukan mukjizat yang dilakukan para anbiya. Anda perlu ada ilmu makrifat untuk memahami ini semua.
Tuhan beri rezeki kepada semua makhluknya, beri agama pada mereka yang mahukan agama tapi memberikan ‘hidayah’ kepada insan yang dipilihnya saja. Tuhan suruh Nabi Muhammad berdakwah tapi hanya Tuhan yang berhak memberi hidayah, kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Kuasa. Mintalah pada Allah. Permintaan kamu jika kamu yakin akan diperkenankan antara cepat dengan lambat, yang penting tahu cara berdoa.
“Intelligence isn’t something you’re born with, it develops the more you read, the more you get around, and the first requisite is to approach people with an open mind. Intelligence isn’t providing the answers but just keeping an interest in life.”
Malcolm S.Forbes
Penerbit dan Ketua Editor majalah Forbes
Untuk berjaya kita perlu mempunyai minda terbuka, jangan jumud, selalu bersangka baik, ‘husnu zan’. Kecerdikan, kepintaran belum tentu boleh memberi semua jawapan. Ia sekadar membuatkan kita berminat dan ingin tahu, dengan membaca sahaja minda boleh terbuka.
“In my field, you don’t get prodigies – wisdom comes from reading and from experience in living. It also takes tenacity. Luck also has a lot to do with it – being in the right place and meeting teachers who can be tremendously influential. I had some teachers at Harvard who were very valuable. What you also need is the ability to learn from experience – to change your mind. And you need a tremendous capacity for hard work.”
Watson Professor of History
University of Rochester
Kepandaian yang diperolehi dari membaca dan rajin menuntut ilmu, masih belum cukup anda memerlukan guru. Kata profesor sejarah di University of Rochester, malah guru dapat mempengaruhi jiwa kita jika kita sanggup bekerja keras dan belajar dari pengalaman. Jika tidak setelah tamat sekolah bertahun-tahun, apa yang dipelajari di bangku sekolah ibarat mencurah air di daun keladi, tak berkesan tak berfaedah.
Kalau saja anda telah mengikuti kuliah saya atau tulisan secara mendalam, layari
InshaAllah ia boleh membantu dari tulisan saya sebelum ini. Tulisan saya ibarat tali yang bersambung-sambung. Saya sekadar postman. Isinya saya tak tahu, Allah Maha Mengetahui iktibar apa yang anda dapat dari tulisan saya sebagai hamba Allah. Wallahu’alam.
Apa yang dicapai oleh dua tokoh ini yang berjaya di dunia ini disebabkan mereka rajin membaca selain nasib (tuah). Tuhan boleh memberikan apa saja kepada siapa saja yang Tuhan suka, kita tak boleh kata ‘boss’ tak adil, pilih kasih. Kita adalah alat ibarat anak patung yang dibuatnya. Dia punya sukalah. Kalau kita tak suka dengan keputusan Tuhan, cari saja Tuhan lain selain Allah. Hendak ke mana kita? Allah raja sekian alam. Pelarian dari Myanmar boleh menumpang di Malaysia atau mana-mana negara. Alam cakerawala ini dunia dan akhirat milikNya, hendak jadi pelarian ke mana? Lu fikirlah bro.
Di antara 15 tokoh yang berjaya di bidang masing-masing di malakah yang saya baca, adalah kerana mereka yakin dengan perintah Allah, “Iqrak” baca, biarpun mereka bukan Islam. Mungin mereka tidak tahu pun membaca itu diperintah oleh Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya membaca. Tapi, orang Islam menipu Tuhan, sedangkan semasa alam arwah berjanji bila ditanya “Alastu birabikum?” Qolu bala syahidna. Tuhan suruh baca, tapi ingkar. Bayangkan Tuhan pun boleh ditipu, akhirnya mereka kena tipu akibat kejahilan tanpa ilmu.
Selaku seorang Islam bila nak membaca, mulakan dengan Bismillahir rahman nirrahim. Dengan membaca dan berfikir “bertafakur”, saya percaya ilmu pengetahuan terutama tauhid dan ilmu ketuhanan akan mengeluarkan manusia dari kegelapan, dari kelemahan dan kebebalan serta kejahilan.
Dari segi bersuara dan bertindak, Islam amat mengalu-alukannya kerana ini merupakan aplikasi ilmu yang kita miliki. Ilmu yang ada bukan sahaja dituntut untuk diajarkan malah dikongsi kepada orang yang lain, yang lebih tinggi lagi, ilmu itu perlu digunakan untuk mengelakkan diri (sendiri dan orang lain) daripada kemudaratan, namun bila ramai sangat orang yang berilmu mempunyai lidah shaitan, cinta dunia takut mati, maka kezaliman, kekejaman, ketidakadilan, yang kaya bertambah kaya dan boros macam setan, bakhil macam Qarun berlaku di negara Islam yang kebanyakan umat Islam hidup dalam kehinaan, hidup di bawah paras kemiskinan.
Berilmu sahaja tidak memadai tanpa amal. Amal sahaja tanpa ikhlas juga sia-sia. Ada ilmu, ada amal, ada ikhlas. Jika kita tidak ada keberanian untuk menegakkan keadilan, tak guna juga. Islam berkembang dan bermula dengan keberanian Nabi Muhammad s.a.w, diikuti oleh para sahabatnya. Apa gunanya ilmu tanpa kuasa, dan jika kita tidak mempunyai kekuatan ekonomi akhirnya kita akan jadi mangsa, jika kita masih berada di peringkat hamba.
Sebab itu perlu menjadi manusia yang terlebih dahulu merdeka minda dan roh kita, sekiranya kita telah menjual Roh kita pada setan, pasti setan syaitan akan mendekatkan kita kepada kekufuran. Namun, lebih ramai manusia yang sabar bila diuji dengan kemiskinan dibandingkan dengan kuasa, kekayaan dan wanita.
Apa gunanya ilmu jika kita ‘tidak berani’ menggunakan ilmu dengan bersuara dan bertindak agar kita mendapat hak-hak yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita selaku manusia? Apakah hak manusia di atas muka bumi ini?
Ketahuilah, semoga engkau diberi taufiq kepada segala yang dicintai dan diredhai Allah. Makhluk yang pertama yang diciptakan Allah adalah Ruh Muhammad s.a.w. Ia diciptakan daripada cahaya ‘Jamal’ Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam Hadis Qudsi: “Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat-Ku”
“Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal.”
Hakikat Muhammad disebut ‘nur’, kerana bersih dari segala kegelapan yang menghalangi untuk dekat kepada Allah sebagaimana firman Allah: “Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah”. Hakikat Muhammad disebut juga akal kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu (seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang tertulis). Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk, sesuai dengan sabda Rasul s.a.w:
“Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari aku.”
Dan dari ruh Muhammad itulah, Allah menciptakan semua ruh di alam ‘Lahut’ dalam bentuk yang terbaik yang hakiki.
Selanjutnya Allah menciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana firman Allah:
“Dari bumi aku mencipta kamu. Kepada bumi aku mengembalikanmu. Dan dari bumi pulalah aku mengeluarkanmu.”
Setelah terwujud jasad, maka Allah memerintahkan ruh agar memasuk ke dalam jasad dan ruh masuk ke dalam jasad, sebagaimana firman Allah: “Ku tiupkan ruh dariku ke dalam jasad.”
Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut, iaitu hari perjanjian:
“Alastu birabbikum” (Bukankah aku ini Tuhanmu?) Ruh menjawab: “Benar, Engkau adlaah Tuhan kami”. Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat awal. Dengan kasihnya Allah menolong mereka dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal bagi mereka, sesuai dengan firman Allah, “Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah”, iaitu hari pertemuan antara Allah dengan seluruh arwah di alam Lahut.
Keagungan Islam di dalam bidang ilmu dan pencapaian teknologi telah pun terbukti sejak zaman silam lagi. Hal ini banyak diceritakan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran tentang kisah pencapaian ilmu dan teknologi yang dilalui dan dicapai oleh para Rasul, Nabi dan umat-umat manusia di zaman tersebut dan seluruh kesempurnaan dan pencapaian ilmu dan teknologi yang boleh dicapai secara sepenuhnya di zaman Nabi Muhammad s.a.w, seterusnya umat manusia yang terkemudian sampailah alam fana ini mengalami kiamat. Malahan sebahagian daripada kemajuan ilmu dan teknologi yang boleh dicapai oleh manusia Islam di zaman silam masih lagi terdapat di zaman kini dan ketinggian teknologinya sehingga ke hari ini tidak boleh lagiditerokai oleh manusia moden. Masalahnya kita tak pernah mengambil tahu. Sedangkan abad ke-21, masyarakat dunia menaruh kecenderungan untuk mendalami ilmu tasauf. Anda bagaimana? Tunggu apa lagi, sudah tonton filem Roland Emmerich, 2012?
Ramai orang yang tak beriman bila mendapat satu jawatan, akibat ego dipengaruhi oleh setan dan syaitan, mereka mendabik dada kerana kehebatan ijazah yang berjela. Kepintaran dan rajin berusaha, mereka terlupa Allah yang menentukan untung nasib, jika Allah tak memberikan akal fikiran, dan bagaimana pula jasa ibu bapa dan guru-guru? Tapi bila Tuhan ambil balik, membebel salahkan Tuhan. Lu fikirlah bro! Bersyukur dengan sikit, Allah akan tambahkan. Seandainya anda tak bersyukur, anda akan menerima laknat (Al-Quran).
“For high intelligence, it helps to have the right parents and the right environment – to go to the right schools – and some luck. I was lucky to wind up working in research. I didn’t have a Ph.D or and M.D. I originally wanted to be a doctor, but I couldn’t get into medical school. If I hadn’t had the opportunity to do research, I never would have gone so far.”
Pemenang Hadiah Nobel(perubatan),1970
Pernahkah anda melihat seorang bayi yang baru dilahirkan tak kira apa bangsanya, di negeri mana ianya dilahirkan, ia tetap akan menangis. Kenapa dia menangis? Kenapa tak ketawa? Padahal sudah terkeluar dari dalam perut yang sempit, kini dia sudah berada di alam maya. Dia lahir lengkap seperti orang dewasa, ada mata, telinga, hidung, mulut, kaki tangan, namun semuanya tak boleh digunakan tanpa bantuan ibubapa. Kenapa syurga di tapak kaki ibu? Ibu yang macam mana? Macam Maryam (ibu Isa a.s), Asiah (ibu angkat Musa a.s), Khadijah (ibu Fatimah Az-Zahrah), atau ibu Sheikh Abdul Qadir Jailani?
Seorang isteri, syurganya berada di bawah tapak kaki suami? Kaki busuk melantung atau jantan haprak? Syurga di bawah tapak kaki yang munafik? Kaki judi, kaki kelentong, kaki betina, tahi arak dan suami yang buas macam binatang. Cuba pergi tanya mufti, minta fatwa Menteri Agama, Jamil K.Baharom. Ada ke syurga bawah kaki jantan macam Abdul Fakar dalam novel Salina, karya A.Samad Said?
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada urus tadbir yang ada hubung kait dengan ketepatan memilih pemimpin benar-benar berfungsi sebagai seorang pemimpin dan pentadbir. Bagaimana kalau suami jadi Menteri, isterinya jadi Perdana Menteri? Perangai macam puaka pulak. Lu fikirlah Bro!
Kepakaran, kemahiran serta perwatakan peribadi ‘mukmin’ mempengaruhi corak kepemimpinan dan menentukan jatuh bangun sesebuah negara. Ketepatan memilih pemimpin dapat menjamin kehidupan yang harmoni dan memastikan segala sistem kehidupan dilaksanakan dengan berkesan. Seandainya manusia tidak lupa bahawa hanya Allah yang disembah. Bukan takhta, harta, dan wanita. Tiga ‘ta’. Cuba baca buku saya“Wanita, Takhta dan Kuasa”; latta, uzza, manna. Ketiga-tiga ‘ta’ ini ditolak oleh Nabi Muhammad s.a.w. Tahu kenapa? Tahu tak apa... Anak Cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu ingatlah!
“Sesiapa melantik orang yang tidak layak menjadi pemimpin, maka sesungguhnya ia telah membuang kalung Islam daripada tengkuknya.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Memimpin sebuah negara adalah suatu taklif (mandat) bukannya tasyrif ((kemuliaan) yang diberikan Allah. Mereka yang diberi taklif, tanggungjawab serta amanah ini perlu tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah.
“Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya),maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara tidak patut dikerjakan.”
(Surah Al-Ahzab, ayat 72)
Al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah menyatakan, pemerintahan adalah satu amanah dan disyariatkan bagi menggantikan tugas kenabian dalam memelihara agama serta mentadbir urusan dunia umat Islam.
Kita perlu ilmu untuk meneruskan kehidupan dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Waktu kita lahir ke dunia, ibubapa, sanak saudara gembira. Teringat saya ketika Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan, Abu Lahab gembira walaupun dia penentang Islam, namun setiap hari Isnin dia terlepas dari seksaan kubur.
Bila manusia mati, orang keliling menangis tapi ada juga yang gembira pura-pura sedih. Lama menunggu harta emak bapak yang bakhil kerana ada ibu bapa yang perangai macam Qarun atau ibu yang perangai macam puaka. Anak-anak sentiasa mendoakan supaya mereka cepat mati boleh dapat harta. Joli katak Bro... Macam Serani Bunga Raya, tanya orang Melaka. Kenapa tak percaya ke?
Manusia akan balik kepada asal, from dust to dust, dari tanah kembali ke tanah. Masuk kubur nanti, seorang diri takkan ditemani oleh sesiapa pun. Ada makhkota tak guna, ada macam-macam gelaran anugerah tak disebut, ada jet, ada yatch, ada puluhan kereta dan motosikal. Lubang kubur kecil, tak boleh bawa masuk semuanya. Ke mana pergi egonya dulu, my castle, my car, my private jet, my prince and princess, my queen. Semua, I, me, my. One cent cannot use Bro!
Jika tak boleh menjawab “Marabukka”, Siapakah Tuhan kamu? Who is your God? Setan atau Shaitan. Akhirnya jadi Yang Maha Halia, pinjam kata-kata Uncleseekers; berangin aje, nama pun ‘halia’. Pathe Philipe datang mengendap, bulat bola Tuankau. “Jangan marah, nanti kena jual”, dari filem arahan Tan Sri P.Ramlee.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama baik atau busuk. Kalau kaki busuk, macam mana nak tinggalkan nama baik? Nak jadi imam pun tak boleh. Lu fikirlah Bro!
Nama apa yang kamu nak tinggalkan bila hidup di dunia jadi penyamun tarbus. Makan harta anak yatim, Allah perintah supaya membahagi harta ikut faraid tapi kamu pulun untuk diri sendiri. Kasihan bila manusia mata hatinya buta.
Bila nyawa dah hilang, orang cepat-cepat kena tanam, bangkai manusia jauh lebih busuk dari bangkai binatang bila perut sudah meletop. Apakah ketika keluarga menangis melihat anda dibungkus oleh selimut putih, ada penyokong, pengampu, penjilat yang boleh kata“jangan menderhaka!”. Di dunia lu boleh pukul siapa saja yang kamu suka. Berani cakap dengan Tuhan “lu pukullah macam mana lu suka?” He he he.
Dulu lagu Selimut Putih diharamkan oleh RTM kerana perkataan ‘Manusia Agung’. Banyak buku hakikat diharamkan, akhirnya di sana sini lahirnya anak haram yang dibuang dalam tandas, tong sampah, longkang. Siapa yang tanggung dosa ini? Yang Dipertuan Agung, Ulama atau Perdana Menteri?
Di mana perginya manusia agung, yang didewa-dewakan bila sudah jadi mayat? Apakah dia boleh gembira pergi jumpa dengan Tuhan, jika tak tahu jawapan “Marabukka”? Di dunia hidup kaya raya macam “the rich and famous”, di akhirat menjadi seorang muflis.
Baru-baru ini kita dapati di dada akhbar bahawa semakin ramai rakyat Malaysia menjadi muflis,lebih-lebih lagi di kalangan yang berumur 30 ke bawah. Siapa lagi kalau bukan orang kita yang suka berhutang.
Mereka berbelanja lebih dari pendapatan.Tabiat berbelanja begini belajar dari siapa? Takkan tak tahu, kalau bukan dewa-dewi Tuankau yang menunjuk-nunjuk dialah paling kaya. Rantai lebih mahal dari Beruk. Lebih-lebih lagi didorong oleh kemudahan-kemudahan seperti Kad kredit, akan tetapi kemudahan begini disalahguna akibat dari kegagalan mengawal nafsu akibat tak ada ilmu tauhid, tak mengenali manusia saufi.
Apa yang menarik disini adalah bila kita renung dengan lebih dalam apa yang kita maksudkan sebenarnya dengan konsep muflis itu tadi. Pernah rasul S.A.W bertanya pada sahabatnya, siapakah yang digolongkan sebagai orang yang muflis? lalu sahabat menjawab;mereka yang tidak mempunyai dinar dan keluarga. Lalu baginda bersabda, bahkan siapa yang muflis itu sebenarnya adalah seorang yang dalam hidupnya kuat beramal, baik melalui solat,puasa atau zakat yang menjadi pendapatanya pada akhirat kelak, lalu apabila tiba saat perhitungan, maka datanglah seorang manusia yang mengadu telah dizalimi manusia berkenaan, lalu Allah swt mengambil pahala dari yang zalim itu tadi untuk diberi kepada manusia yang dizaliminya, dan datang lagi yang lain, dan yang lain sehingga habislah segala bekalan, ibarat hutang-hutang yang harus dilangsaikan,sehingga tiada suatu pahala pun yang tinggal pada si zalim itu tadi. Lalu apabila sudah habis pahalanya, sedang orang yang dizaliminya masih beratur untuk menuntut hak mereka, maka dipindahkan pula padanya dosa-dosa orang yang dizaliminya, maka akhirnya menjadi muflislah dia, inilah akibat tidak menyembah Tuhan sebenarnya. Ego telah menguasai diri dan ekstrem dalam ritual tanpa spiritual.
Assalamualaikum tuan..
ReplyDeletesaya nak minta sikit pandangan dan pencerahan ttg kitab hakikat insan dimana kitab ini telah pun difatwakan haram oleh pihak berkuasa...benarkah ianya sesat? atau ianya salahs atu dari ilmu hakikat yang tuan selalu utarakan..harap dapat membantu ambe yang kurang ilmu nie..time kaseh..
w'salam.
hakikat insan tidak sesat..
Delete