Chat with Us LIVE!

Tuesday, 14 August 2012

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA Mahu Duitkah?


Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhana wa taala kerana pada pagi Isnin 6 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadan 1433, saya dapat memerhatikan ‘Rahmat Allah’ yang menurunkan hujan di Bandar Melaka yang bersejarah dari bilik 1111 Avilion Legacy Melaka. Di negeri inilah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sekembalinya dari London telah mengisytiharkan kemerdekaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

1956- Tunku Abdul Rahman mengetuai delegasi rundingan ke England

Perjanjian Kemerdekaan: Tunku Abdul Rahman (kanan) menandatangani perjanjian  'Merdeka' di satu majlis di  Lancaster House, London pada 8 Feb 1956. Sebelah kiri ialah Alan Lennox- Boyd,  Secretary of State for the Colonies

Tiba-tiba hati kecil saya bertanya negara sudah meredeka selama 55 tahun , apakah kita sudah merdeka? Pada tahun 1952, saya makan ‘nasi merdeka’ di rumah almarhum Tunku Abdul Rahman yang beralamat di No.1, Jalan Sekolah Arab, Johor Bahru berhadapan dengan rumah saya, No.14, Jalan Sekolah Arab, Tunku pernah menulis surat kepada saya kerana kandungan buku Challenger Siapa Lawan Siapa yang menyebabkan Tun Musa Hitam menyaman saya sebanyak RM1.5 juta. Dia kalah  merebut kerusi Timbalan Perdana Menteri lawan Tun Gaffar Baba kerana buku tersebut. 

Majlis Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan di padang Bandar Hilir Melaka, setahun sebelum merdeka.
“Awak semua dengar cakap saya. Tunku Cuma seorang ‘negotiator’ saja. Sekarang dia sudah derhaka pada UMNO dan orang Melayu. Tunku sudah tentang kerajaan kita. Kalau saya tahu Tunku nak buat kerja macam ini, dah lama dulu saya tak sokong dia. Nak buat macam mana sudah jadi macam itu.”

  
Tun Gaffar Baba dari Melaka

Tunku berpindah ke Kuala Lumpur sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Putera Raja dari Kedah yang dididik oleh British telah mengambil alih jawatan Presiden UMNO dari Dato’ Onn telah mengalahkan Haji Mohamad Fuad yang menubuhkan PAS.

Mereka yang tahu sejarah tidak lupa bahawa akibat Sultan Mahmud Shah ‘murka’, akibat ‘ego’ seorang raja yang disembah oleh rakyat tak dapat mengawal nafsu ‘marah’, sedangkan ‘marah’ adalah musuh utama dalam diri manusia yang selalu digunakan shaitan untuk merosakkan manusia.

“Sesungguhnya syaitan bagimu adalah musuh, maka jadikanlah dia sebagai musuh!”
(Q.S Al-Fatir:6)

“Sesungguhnya ini jalan-Ku yang lurus, ikutilah ia, dan jangan ikut jalan-jalan (syaitan) nanti bercerai berai kamu dari jalan-Nya”
(Q.S Al-An’am:153)

“Seperti syaitan ketika berkata kepada manusia “kafirlah”, setelah dia kafir syaitan berkata, “Sesungguhnya aku bebas dari engkau.”
(Q.S Al-Hasyr: 16)

“Tergesa-gesa itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah. Ketika tergesa-gesa syaitan meniupkan kejahatannya kepada seseorang sekira dia tidak tahu.” Sebab itu manusia perlubaca.

Rasulullah kata jangan marah “la tardab”, rakyat Melaka (Tanah Melayu) hilang kemerdekaan disebabkan Sultan murka gila bahasa, akhirnya kita dijajah Portugis. Sebab itu untuk selamat perlu melawan nafsu. Pemimpin jangan cepat melatah, jangan cepat termakan fitnah oleh orang sekeliling yang sikapnya “telunjuk lurus, kelingking berkait”, “pepat di luar, rechong di dalam”, “harapkan pagar, pagar makan padi”, pepatah ini sudah tak disebut lagi kerana semuanya sudah ditukar dengan perkataan ‘hidden agenda’.

Perang yang paling besar adalah perang melawan nafsu, itu pesan Rasulullah s.a.w kepada sahabat ketika pulang dari perang ‘Badar’. Bayangkan jika Sultan Mahmud mempunyai sifat ‘sabar’ tak cepat MURKA, mesti semua ini tak terjadi. Ampun Tuankau punya pasallah. Bila dihasut oleh ‘hulu balang’ sekeliling yang mengatakan Panglima Portugis Do DeigonSequera datang untuk menyerang Melaka, sedangkan mereka datang pada tahun 1409 untuk berniaga. Sultan telah mengisytiharkan perang terhadap orang yang tak berdosa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Pembalasannya, ‘bangla putih’ Portugis menyerang dan menawan Melaka pada 18 Ogos 1511. Melayu hilang kuasa. Perkara yang sama terjadi Hang Tuah difitnah menyebabkan pergaduhan antara dua saudara, Kisah Jebat dan Tuah menjadi lagenda berpunca dari Sultan yang mudah naik angin, murka kerana ada kuasa, sikit-sikit nak murka. Pirah! Akhirnya jadilah ‘Yang Maha Halia’. Pinjam perkataan ‘UncleSeekers’. Hari ini kerabat Johor pun murka dengan UncleSeekers dan Nizar mantan MB Perak yang pernah sembah derhaka pasal tegur dia buat kerja membazir beli nombor kereta dengan harga RM520 ribu. 



Kami sekeluarga singgah untuk bermalam di Avillion Legacy dalam perjalanan pulang ke KL dari menziarahi ibu tiri isteri saya Norizah Abdul Syukor di Kluang Johor. Kebetulan di Selangor cuti umum sempena menyambut Nuzul Aquran kebetulan putra kami Habibi Kamal Arif, 11 tahun dan Ali Redha 8 tahun ingin menaiki ‘River Cruise’ di Sungai Melaka. Selepas kami berbuka puasa di Restoran Melayu di Kampung Morten, kami pun menggunakan masa untuk mengadakan quality time dengan anak-anak. Siapa tahu apa yang saya tulis ini nanti akan dibaca oleh anak cucu saya dan ‘anak bangsa’ supaya mereka tahu bahawa jika hati panas kepala perlu dingin dan bila kepala panas akibat naik darah murka ‘blood go upstair’ hati mesti dingin. Ubat marah jika berdiri duduk, kalau tak hilang baring, kalau tak hilang juga, ambil wudu’ solat sunat hajat. (Hadith)

Saya masih ingat pada tahun 1952, 60 tahun dulu semasa saya bersekolah di ‘Government Eng­lish School’, Kota Tinggi dalam darjah S.M.C (Special Malay Class). Setiap pagi kami akan berdiri di hadapan bendera Union Jack dan menyanyikan lagu “God saves the queen, God saves our nobel queen, long live our nobel queen, God saves the queen.”Kita belum ada lagu Negaraku, Namawee kata “Negarakuku”. Baca buku saya Malaysia Without Malays. Jalur Gemilang, Nizar kata “Jalur Malang”. Derhaka lagi tu.




Guru Bahasa Inggeris berbangsa “Serani” dari Singapura. Kata King George sudah mati, sebab itu lagu “God Saves the King” jadi “God Saves the Queen Elizabeth” ke hari ini. Union Jack dah tak ada kiblat masih ke England juga ke? Kita pun mendoakan Raja Perempuan yang duduk di England, Ratu Elizabeth bukan Queen Betina yang “Queen Control”. Bukan ‘kaduk naik junjung’. Si buta dapat cermin mata hitam Ray Ban, siang malam dia pakai. Jongos dapat cincin berlian.

Akibat terbeli makan serbuk ‘Cirik Berandang’, Queen jadi King, King jadi Queen. Satu hingga sepuluh tak reti bilang. Ini yang dimaksudkan perempuan diharamkan menjadi lelaki dan lelaki diharamkan menjadi perempuan. Perempuan tak boleh jadi imam dan lelaki tak boleh jadi makmum. Ada mata pandang, ada telinga tak ada lubang, ada kepala geleng-geleng. Bila Melayu buang iman, menyembah Berhala Putih, sedangkan Tuhan tak disembah, maka hilanglah kekuatan yang ada pada umat Islam. Akhirnya umat Islam yang satu billion ramainya ‘one cent no use’. Kupang tembaga akibat ibarat buih di permukaan laut kerana bukan Tuhan yang disembah tapi egonya yang sudah dikuasai syaitan. Masakan boleh merdeka jika ‘Roh’ sudah dijual pada setan. Menderhaka pada Tuhan.

Sejarah tidak pernah berdusta, cuma penjajah dan kakitangannya yang dalam bentuk baru ‘Penjajahan Minda’ menggunakan ‘political fear’  oleh pemimpin Melayu yang sanggup memutarbelitkan dan menyembunyikan data kebenaran akibat ingin memadamkan semangat juang dan jihad yang membawa kepada jalan taqwa. Sambil memerhatikanHujan Pagi, saya timbulkan soalan . Sampai bila kita mahu menyembah Berhala Putih yang bermula dengan Queen Victoria digantikan oleh King George kepada Queen Elizabeth II yang menduduki takhta dari tahun 1952, kini seorang Queen yang belum ditabalkan sebagai Permaisuri?


Untuk merancang masa depan kita, kita kena sanggup menoleh ke belakang untuk belajar dari sejarah. Macam mana nak belajar dari Sejarah, kalau leka berhibur? Tak ada masa nak baca. Kalau kita tak melihat ke belakang, tiba-tiba meluru ke depan untuk merebut harta rampasan perang kerana kita sudah menang pilihanraya, harta rakyat kita faraidkan. Pahlawan bangsakah kita atau Hang Tuah yang jadi hamba abdi Raja? Sebenarnya kita mengundur ke belakang biarpun ada pesanan, jangan pandang belakang dari sebuah filem seram. Ada peribahasa Arab yang mengatakan “lebih baik berjalan di depan harimau dari belakang perempuan” , takut setan rosak puasa. Maka jika nak, tengok sejarah bukan perempuan. Jangan takut pandang ke belakang, pandang sekali OK, lebih dari itu dosa, yang tak boleh kita lakukan ialah gunakan ‘belakang orang’ untuk perkara luar tabie. Lu fikirlah Bro..


Kenapa ketika Perang Uhud tentera Islam kalah sedangkan semasa Perang Badar tentera Islam sebanyak 313 orang boleh menang melawan kafir yang melebihi 1000 tentera. Kerana Allah menggunakan ‘Rijalul Ghaib’ dan malaikat membantu mereka yang beriman, walaupun berperang di bulan puasa (Ramadan) mereka masih boleh bertahan. Kalah Perang Uhud kerana tamak mahu merebut harta rampasan perang hendak jadi ‘penyamun tarbus’. Apakah yang dapat kita ambil iktibar dari Perang Badar dan Perang Uhud. Macam PRU 13 yang bakal muncul entah bila. Cuba tanya “Queen”. Apapun mari kita berperang dengan nafsu, dengan setan, dengan shaitan menggunakan ‘ilmu tasauf’ untuk memerdekakan roh dan jiwa kita akibat takut dengan perkataan ‘sembah durhaka’, sampai bila hendak jadi WIRA BANGSA.


Jika kita tidak membaca sejarah, pasti kita lupa bahawa Arab Jahiliyah hidup berpuak-puak menyembah berhala keliling Kaabah, menipu memperdaya, minum arak dalam tengkorak, tanam anak perempuan hidup-hidup. Bila beriman dan bertaqwa, akhirnya menjadi bangsa yang bijaksana, dihormati, dan dimuliakan. Dengan adanya Daulah Islamiyah, umat Islam boleh memerintah sebahagian besar Eropah. Namun bila mereka tidak lagi menyembah selain  Allah dan menolak Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah, ada nabi dan rasul lain akibat tidak lagi beriman, bertaqwa dan Al-Quran dijadikan panduan, sunnah Nabi Muhammad s.a.w menjadi ikutan. Tengoklah apa jadi pada bangsa Arab yang telah menerima laknat dari Allah dengan kekayaan yang Allah berikan ‘emas hitam’ petrol dari perut bumi akibat menderhaka pada Tuhan dan hidup tak merdeka.Kaabah ada di bumi Makkah, kiblatnya ke ‘Rumah Putih’ di Amerika, presidennya berhati hitam memusuhi Islam.



Bila disebut sejarah, bukan sahaja sejarah politik tetapi merangkumi semua aspek hidup manusia, asal usul kejadian manusia. Tujuan Tuhan mencipta manusia sebagai ‘khalifah’di muka bumi. Sejarah kemerdekaan yang terpenting bagi umat Islam adalah membebaskan ‘hamba’ yang terpaksa menyembah Tuan untuk mendapatkan rezeki sedangkan Allah pemberi rezeki. Sesudah mengenal Allah menerusi Muhamad s.a.w pesuruh Allah, apa jua seksaan yang dilalui tetap Allah yang disembah seperti Bilal bin Rabah. Cuba tengok filem The Message.



Ketika Islam muncul, bangsa Arab berada di dalam keadaan berpecah-belah. Tiada sebarang ikatan selain‘assabiyyah’ seperti ‘jahiliyyah’ di keliling kita hari ini, di mana manusia menyembah kuasa, dan merebut harta dengan memperdaya rakyat yang sepatutnya menjadi tanggungjawab khalifah mereka, bermusuh-musuhan akibat parti politik seperti fahaman etnik, puak Aus dan Khazraj di Yathrib, bani Adnan dan bani Qahtandi di Semenanjung Tanah Arab, Asyuriyin di Iraq dan Lubnan, Arab Qibti di Mesir serta bangsa Barbar di Maghribi. Apakah yang menyatukan mereka? Rahsianya di kalbu, kuasa ghaib terkandung dalam keimanan dan taat pada perintah Allah. Hendak tengok hama guna mikroskop, nak tengok anak bulan guna teleskop, nak melawa guna‘contact lense’ mata, boleh tukar warna biru macam mata Mat Saleh, rambut pula warna merah.

Sekiranya kita semua sujud kepada Allah, naik setingkat lagi ke makam ‘mutmainnah’perpecahan umat hari ini bukan lagi satu masalah, air dicincang tak akan putus. Carik-carik bulu ayam, akhirnya bersatu kembali.

‘Mustahil’ adalah satu perkataan. Sebenarnya, tak mustahil jika kita bersihkan hati dari sifat ‘mazmumah’ kepada ‘mahmudah’, inshaAllah kita dapat menyatupadukan umah. Barulah kita merdeka. Bila tidak lagi takut dengan perkataan “menderhaka”.

 
Umat jahiliyyah berubah apabila datang seruan Islam, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Jangan sesekali menderhaka pada Allah. Semua umat manusia diseru meninggalkan segal bentuk ikatan jahiliyyah yang sempit, berfikir dalam kotak jadi‘katak bawah tempurung’ tak mahu menerima pendapat orang lain. Kita aje yang betul, mazhab kita saja yang diterima Allah, yang boleh masuk syurga, yang lain masuk neraka. Bila pula kau jadi Tuhan? Kita perlu berani dan sabar bersifat toleransi melawan Taghut, jangan mementingkan diri sendiri. Macam mana mahu bersatu membentuk satu umah apalagi 1 Malaysia? Tanpa penyatuan ummah, tak akan ada kemerdekaan, tak ada sifat kasih sayang bila sukar memaafkan kesalahan orang lain, dendam sampai 7 keturunan macam ‘Sumpah Mahsuri’ di Langkawi. Inilah ruginya bila Islam sekadar syariat tanpa hakikatritual tanpa spiritual.


Kesatuan bermula di dalam masjid, mahligai Allah dalam diri ketika berada di dalam saf. Tak ada beza antara  Ajam ‘non-Arab’ dan Arab, kita datang dari yang Satu, yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang bertaqwa. Tak ada “Yang Maha Mulia”, hanya Allah yang ‘Maha Mulia’ segala-galanya. ‘Maha’ hanya untuk Allah yang menjadikan kita. Kita perlu tahu yang kita “Rahsia Dia” dan Dia “Rahsia kita”, guna mata hati untuk membuka hijab. Tak ada kasta, tak ada permaidani merah di masjid Madinah, tak ada manusia yang diagung-agungkan. Anak hamba abdi menjadi imam, bila disuruh rapatkan saf antara Muhajirin dan Ansar terjalin silaturrahim. Tak ada sahabat yang mempunyai kekebalan kerana mereka telah mematikan diri membunuh ego keaku-akuan dan tak ada para VVIP biarpun sudah berada di peringkat insanul kamil sudah ‘fanak’. Pelik, tak mahu rapat dengan saudaranya sendiri ketika berada dalam satu saf, berimankah kita bila kita masih terasa kecil bila bersebelahan orang berbaju kebal akibat takut menderhaka? Manusia sembahan kita.


“Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”
(Surah al-Anbiya’: 92)


Penjajah telah membuaikan kita dengan senandung dan baladanya. Kita dilekakan, kita ditidurkan senyenyak-nyenyaknya dan sama-sama kita dipecah-belahkan kerana benih ‘egoisme’, sikap kefanatikan dan pemujaan yang berlebih-lebihan baik kepada individu mahupun kepada kumpulan menyebabkan kita terhijab dari kebenaran hakiki. Akhirnya kita terima bulat-bulat ada ‘orang besar’, takut dengan Orang Besar, kita orang kecil ada kuasa besar selain Allah s.w.t. Di mulut kita lafaz “Allah hu Akbar” di khalayak ramai, kita teruk berzikir “Allah hu Akbar Allah hu Akbar” gegak gempita. Retorik semata-mata, selagi tak kenal siapa diri kita. Berimankah kita mulut cakap lain, hati cakap lain, kepala fikir lain. Cakap tak serupa bikin punya munafik.

Kesalahan umat akibat tidak mempunyai ilmu kerohanian, terlupa kekuasaan ghaib milik Tuhan yang Maha Kuasa ada dalam diri manusia, akibat tidak dapat membuka ‘mata hati’, mata kepala tak pakai, yang dipakai ‘kepala lutut’... He he he... Lu fikirlah bro. Kita jadi tidak mahu mencari kesempurnaan, sampai berpuluh-puluh tahun hidup masih berada di peringkat ‘nafsu amarah’   , yang kita rebut kerusi Perdana Menteri sedangkan sesudah membersihkan hati. Dalam keadaan terang benderang, kita hidup di dalam kegelapan disebabkan Buta Mata Hati.

Pada 31 Ogos 2012, kita akan meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-55, dulu kita tak raikan dua kemerdekaan dalam satu tahun kerana Malaysia tertubuh pada 16 September 1963 tetapi Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, maknanya kita ada dua hari kemerdekaan. Pelik tapi benar, Sabah kekal dengan nama Sabah, Sarawak kekal dengan nama Sarawak, Singapura dengan nama Singapura. Ke mana hilangnya Tanah Melayu bila Persekutuan Tanah Melayu tukar jadi Malaysia?

Apakah 1 Malaysia ini jelmaan Malayan Union yang amat ditakuti oleh orang Melayu dulu? Samalah 1 Malaysia dengan Malaysian Malaysia. Anak Cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu ‘hingatlah’.

Sejarah merdeka ialah sejarah kebebasan daripada sebarang belenggu atau ikatan. Bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada yang lain. Begitulah takrif merdeka seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan.

Merdeka adalah manifestasi ketamadunan sesebuah negara di mana manusianya terdiri daripada mereka yang berilmu dan berakal, beradab dan berakhlak, berdisiplin, berprinsip serta mempunyai rasa tanggungjawab terhadap setiap kehidupan yang dijadikan oleh Allah s.w.t

Sheikh Abdul Qadir Jailani


Panglima Kiyai Salleh

Kita dijajah selama 446 tahun, Portugis 511-1641 (1330 tahun), kemudian Belanda 1641-1795 (154 tahun), selepas Belanda East India Co. 1795-1824 (23 tahun) kemudian balik Belanda 1818-1824 (6 tahun) kemudia British II 1824-1942 (118 tahun), lepas itu Jepun 1942-1945 (3 tahun 8 bulan) sebelum British III, Komunis Bintang Tiga (14 hari) Seksanya hidup orang Melayu ketika itu, nasib baik di Batu Pahat, Johor ketika itu ada Panglima Kiyai Salleh, pengamal tarikat Qadariyah, ilmu dari Ghauzulazam Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir Jailani, raja segala awlia.


Apakah setelah 446 tahun kita dijajah, baru 55 tahun merdeka apakah kita tak takut sekiranya “kemerdekaan” yang kita nikmati hari ini hilang di tangan pemimpin yang hilang akal? Biarpun kemerdekaan diterima dari dulang emas bukan dengan  ‘bamboo’ runcing seperti di Indonesia akan hilang? Lu fikirlah bro.

Kita marah kerana kerusi kuasa kini berada di tangan pemimpin yang bebal, bodoh sombong dan jahil agama? Bagaimana dengan diri kita? Mungkinkah kita seperti ‘beruk yang diberi bunga’? Berikan kuasa pada mereka yang bukan ahlinya, tunggulah hari kehancurannya (Al-Quran).


Bersyukur dengan yang sikit, Tuhan akan tambahkan. Seandainya kau tidak bersyukur, kau akan dilaknatNya (Al-Quran).

Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang hendak kamu dustakan? (Al-Quran)

Apakah akibat satu kapal dua nakhoda ini tanda-tanda ‘kapal layar’ simbol yang digunakan oleh UMNO, MIC dan MCA akan karam akibat pemimpin yang tamak haloba, kejam zalim, angkuh, bakhil, tidak adil, kapal layar bertukar menjadi ‘Titanic’?

Baik-baik belayar malam,
Arus kencang kurangnya tajam,
Kalau tidak malim yang faham,
Di situ juga perahu tenggelam.

Merdeka, merdeka, merdeka, mahu duit mahu dunia ka atau mahu akhirat ka?





Surat dari Tunku Abdul Rahman kepada S.H Al-Attas

No comments:

Post a Comment

A Closer Look.

Translate