Chat with Us LIVE!

Tuesday, 31 July 2012

Apa yang dipilih, ilmu atau harta?



Saidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah yang dimuliakan Allah, khalifah keempat pernah ditanya orang tentang kelebihan ilmu pengetahuan dengan harta. Baginda menjawab seperti ini:
  • Ilmu pengetahuan menjaga diri kita tetapi harta terpaksa kita jaga
  • Ilmu pengetahuan tidak akan hilang, tetapi harta akan hilang
  • Ilmu pengetahuan tidak akan surut tetapi harta boleh surut
  • Ilmu pengetahuan boleh menjauhkan diri kita ke arah sifat dan sikap yang baik tetapi harta akan menjadikan kita tamak haloba, rakus dan riak takbur
  • Ilmu pengetahuan tiada pencuri, tetapi harta banyak pencuri
  • Ilmu pengetahuan mengajar kita mejadi manusia insani tetapi harta menjadikan kita manusia haiwan
  • Ilmu pengetahuan boleh menaikkan atau meninggikan martabat kita di kalangan orang-orang yang berilmu tetap harta menjauhkan orang daripada orang-orang yang berilmu
  • Ilmu pengetahuan boleh memimpin umat, tapi harta menjahanamkan umat

 
Begitulah kata-kata hikmat Saidina Ali karamallahu wajhah yang merupakan sepupu dan menantu Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w yang dilantik menjadi khalifah keempat umat Islam. Jika orang Melayu/Islam berpegang kepada ajaran Islam, mereka mestilah memikirkan kata-kata hikmat tersebut sebagai panduan hidup di dunia dan di akhirat nanti.

Marilah kita terus mencari ilmu dari University of Life. Apa itu kehidupan? Kehidupan di dunia adalah satu ujian, kita bimbang jika tak lulus ujian memandu kereta. Bagaimana dengan makanan roh dan jasad kita? Lu fikirla bro.


No comments:

Post a Comment

A Closer Look.

There was an error in this gadget

Translate