Chat with Us LIVE!

Monday, 13 October 2014

TESTIMONI PESERTA UniLife: NORZILA ZAINODIN

Norzila sebelah Rosman sambil memegang komputer ribanya,
Zila tersenyum riang mendengar seloroh Pak Habib.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Wadi Hussien,  jantung saya bagaikan tersentak. Saya begitu teruja akan suasana yang terdapat di kawasan bukit Janda Baik tersebut. Hanya dengan kata-kata tidak mampu memberi gambaran sebenar tentang keindahan dan kecantikan di sana. Hanya dengan menjejakkan kaki di tempat yang dipanggil University of Life (UniLife) itu, barulah setiap individu mampu merasai sendiri anugerah ciptaan Allah, juga melalui penjagaan kawasan tersebut oleh keluarga Al-Attas.

Malah saya terasa bagaikan sebahagian daripada keluarga Al-Attas kerana sambutan yang begitu ramah oleh Pak Habib (yang sekarang saya panggil “Abah”). Saya amat-amat bersyukur pada Allah Taala kerana telah menggerakkan hati dan diri saya ke sini. Jutaan terima kasih jua kepada anak-anak Abah yang banyak membantu saya untuk sampai ke sini seperti Omar yang mengatur kenderaan untuk saya melalui Abeb yang mengambil saya di KL. Perjalanan saya begitu mudah dan tiada halangan yang besar dengan izin Allah.

Saya terasa bagaikan dilahirkan di dalam keluarga Al-Attas kerana Abah sendiri menganggap saya seperti anaknya sendiri, disamping beribu-ribu anak angkatnya yang lain. Saya tidak keberatan untuk berkongsi Abah dengan orang lain samada dengan bangsa atau agama yang berlainan kerana Abah mempunyai hati yang begitu mulia, tidak segan-segan menganggap mereka daripada bangsa atau agama lain seperti anaknya sendiri.


Rebutlah peluang wahai orang muda. Generasi yang akan datang tidak akan berjumpa atau kenal dengan Hussein bin Alwee Al-Attas jika kita generasi sekarang ini tidak mengenali beliau sendiri. Saya sendiri merasa rugi jika tidak dapat membawa suami dan anak-anak saya ke Wadi Hussien nanti. Malah saya dengan rela hati berkongsi cerita, pengalaman dan segala ilmu yang saya perolehi dari Abah bersama orang-orang yang saya sayangi dan orang-orang di sekeliling saya yang saya kenal atau yang baru saya kenali.



Terima kasih kepada Abah dan keluarga Al-Attas atas segala budi baik layanan beliau sepanjang saya di sana. Sekadar memaklumkan, saya amat bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Dr Azizan untuk post beliau tentang program Al-Attas ini di facebook beliau. Jika tidak, sehingga hari ini saya tidak mengenali Abah dengan lebih dekat atau dapat menjejakkan kaki ke Wadi Hussien. Begitu juga kepada kakak kesayanganku Suhaila Amin kerana beliau juga yang menggalakkan saya untuk hadir ke program Dr Azizan, Mentor yang Kaya dan Berjaya Dunia Akhirat sebagai inspirasi. Sekarang ilmu dan pengalaman hidup Abah juga menjadi inspirasi kepada saya dan generasi akan datang. Segala yang berlaku adalah kehendak Allah swt dan besar hikmahNya. “Yakin dan Percaya kepada Allah” seperti pesanan Abah, itu yang saya terapkan di dalam hati demi mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Norzila binti Zainodin 
Johor Bahru
Ingat motto University Of Life
Loving, Giving, Caring, Sharing and Forgiving,
Bila lagi anda mahu mengamalkannya.
Tunggu testimoni peserta seterusnya
.

No comments:

Post a Comment

A Closer Look.

Translate