Chat with Us LIVE!

Thursday, 6 December 2012

THE UGLY MUSLIM VS. THE INNOCENT MUSLIM


THE UGLY MUSLIM
VS.
THE INNOCENT MUSLIM

Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia”

“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada pesuruhMu Muhammad serta keluarga dan anugerahkanlah akan dia dengan makam terpuji sebagaimana yang Kau janjikan.”


Pukul 10 pagi, Sabtu 29/9/2012, sewaktu sedang duduk minum kopi di tepi kolam berhampiran dengan rumah, yang berisi pelbagai jenis ikan saya perhatikan, tulisan pada pasu besar“Fikir, THINK, Tafakur”. Fikir dan tafakur adalah perkara terpenting dalam hidup manusia. Saya selalu mengingatkan mereka yang singgah ke Alattas University of Life, ketika mereka masuk melalui gerbang tanpa pintu Taman Hana, Wadi Hussien. Kita perlu “baca” setiap yang kita lihat, bermula dengan ‘anak tangga’. Setiap benda yang anda perhatikan dengan “mata hati”, fikir, tentu ada falsafahnya dan dalam perjalanan pulang sesudah mengingatkan sesuatu yang anda baca. Sebelum keluar, ingat apa yang anda telah pelajari, berfikir dan bertafakur? Kerana bertafakur seminit, serupa beribadat 100 tahun.

Penghujung bulan September 2012 adalah hari yang bersejarah. Sebentar lagi, hampir 50 bloggers dan facebookers dari seluruh Malaysia akan hadir. Apakah yang akan saya sampaikan di pertemuan dengan mereka selaku orang Melayu yang mempunyai pendekatan melalui dua kedaulatan yang terdiri “kedaulatan alami” dan “daulat manusia” bagi mereka yang kenal siapa diri dan siapa Tuhannya, dan faham maksud yang tersirat di sebalik apa yang disampaikan kepada mereka para pembaca.

Sama ada kita faham atau tidak, percaya atau tidak, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya (Al-Quran). Dalam abad 18 ke 19, dan pertengahan abad 20, kalau dia tikus, dia tetap tikus, yang kucing tetap kucing, yang macam kambing tetap macam kambing, yang macam harimau tetap macam harimau melainkan mereka dapat membezakan manusia yang pandai berkata-kata “haiwan nun natik” atau seperti Beruk Rantai Pendek (BRP) biarpun kita sudah hidup di era dunia tanpa sempadan. Di era langit terbuka tapi pemikiran dalam kotak, masih hidup macam katak bawah tempurung. Mahu jadi terkenal, terkemuka. Tapi, tak mempunyai ilmu dan adab.
 Akal dan Roh yang berada dalam jasad manusia menjadikan kehebatannya boleh mengingati sesuatu. Itulah Adam a.s, hebat jika dibandingkan dengan para malaikat dan lain-lain makhluk yang terpaksa sujud pada Adam a.s. Alangkah untungnya manusia yang tahu dia adalah rahsia Tuhan, dan Tuhan itu Rahsianya.

Bermula dari hari Sabtu, pukul 12.30 tengahari, ada lebih kurang 20 kereta membawa hampir 60 penggiat media baru (bloggers/facebookers) berkampung di Wadi Hussien, Janda Baik. Program yang sepatutnya mengumpulkan penggiat media baru pelbagai aliran dan ideologi politik menyaksikan hanya 3 orang peserta dari bloggers pro-kerajaan yang berani menghadirkan diri dan selebihnya adalah dari kalangan penggiat media Pakatan Rakyat. Cerita mengenai kehadiran para bloggers dan gambar-gambar tersiar dalam http://aku-tak-peduli.blogspot.com

Program interaksi secara langsung dan perkongsian ilmu penulisan politik ini tetap berlangsung meriah seperti yang dirancang oleh penganjur, Uncleseekers dan Media Perak. Saya hanya menjadi tetamu khasnya. Suasana mesra dengan semangat persaudaraan tetap dirasakan di akhir program. Atas semangat persaudaraan sesama Islam, kami semua tetap berpelukan mesra sebelum berpisah.

Saya mengucapkan syukur kepada Allah subhana wa taala kerana dalam pertemuan ini muncul beberapa watak penting dalam siri ini di mana buat pertama kalinya, Tengku Amran dipertemukan secara terbuka. Tetamu yang tak diundang ini muncul ketika majlis sedang berjalan, YAM Raja Sharuzzaman Idris atau Ku Shah, waris Kesultanan Perak sudah bermukim bersama UncleSeekers beberapa hari sebelumnya. Mudah-mudahan saya tidak dituduh bersekongkol dengan Tengku Amran untuk menjatuhkan Sultan Azlan Shah dari takhta selaku Sultan Perak.

Jangan sembunyikan sampah sarap di bawah permaidani, kata Tun Razak. Sebelum ini, hanya dokumen-dokumen yang tersiar di blog perlu diteliti. Dalam majlis tersebut, Tengku Amran menunjukkan keris“Taming Sari” yang dikatakan milik mereka yang benar-benar waris Kesultanan Perak. Betulkah “Taming Sari” asli yang ditunjukkannya itu? Saya cium keris itu berkali-kali, tapi bila malam, tak mimpi apa-apa pun. Lu fikirlah Bro! Betul atau tidak, terserah pada pakar untuk menyahihkan atau menyangkalnya. Bagi saya, siapa juga yang hendak jadi ‘Ketua Agama’ di Malaysia, caranya sudah ditunjukkan oleh Sultan Kelantan yang boleh jadi imam. Macam mana hendak jadi sultan, bila diajak solat berjemaah di surau, dia menolak.

Saya tak pasti sama ada Ku  Amran ini sudah baca buku saya “Lima Raja Terakhir” (1990). Saya memuatkan kata-kata Raja Mesir yang terakhir, seorang rajaplayboy, King Farouk, “Di satu masa nanti, yang tinggal hanyalah Raja Sekopong, Raja Retin, Raja Lekuk, Raja Kelawar dan Raja England.”

Pelik Ku Amran ini, mahu menuntut kerusi raja. Nabi Muhammad s.a.w adalah penutup para rasul. Orang yang mewariskan kerusi khalifah kepada anaknya ialah Muawiyah bila anak si Abu Sufian ini mengangkat dirinya menjadi ‘Raja’ dan Yazid, anaknya pula dinobatkan selaku ‘Tengku Mahkota’. Bermulalah Dinasti Muawiyah dan terhapuslah sistem bai’at dan demokrasi musyawarah Daulah Islamiah.

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon; maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya

(Al-Fath: 18)


Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah. Allah mengawasi keadaan mereka yang memberikan taat setia itu. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

(Al-Fath: 10)


Saya tahu apa yang saya tulis ini memang berat dan sakit bagi Ku Amran nak terima. Sometimes one has to be cruel in order to be kind. The truth is always bitter to swallow.

Untuk mewujudkan perubahan menyeluruh pada suatu keadaan ataupun sistem yang sudah establish adalah merupakan ciri Islam yang asasi; dan itulah tujuan utama Islam. Islam merubah semua hubungan yang sedia ada kepada rangkaian hubungan baru.

Issues In The Islamic Movement
Dr.Kalim Siddiqui
Pengarah Muslim Institute, London


Setiap yang bermula pasti berakhir seperti juga pertemuan antara saya dengan kerabat diraja Perak dan para bloggers sebelum ia berada di ambang penutup seperti tamatnya serangan penceroboh Amerika terhadap Libya dan kini sedang membuat rancangan untuk menyerang Iran, tapi siapa pun tak boleh berbuat apa-apa akibat ramainya umat Islam yang cintakan dunia, takut mati.

Sesudah anda semua baca tulisan saya, anda nak buat apa? Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada mulut, tutup. Ada kepala, geleng-geleng? Lu fikirlah Bro. Kata Imam Khomeini, Amerika ini “Setan Besar”? Saya teringat kata-kata Ku Shah, “Raja-raja hanya takut sakit dan mati.” Apakah mereka terlupa bahawa mereka juga akhirnya akan menjadi ketulan-ketulan daging untuk santapan segala cacing dan ulat tanah? Mereka takut kerana mungkin susah nak jawab bila ditanya “Ma Rabbuka”siapa Tuhan kamu? Hanya Allah, Raja Sekalian Alam Yang Hidup dan siapa pun tak boleh mengambilnya, malaikat maut pun tak boleh.

Berakhirnya pencerobohan Amerika terhadap Iraq ini bermakna berakhirnya kemuncak keagungan Amerika selama ini sebagai ‘superpower’ kerana kehebatan“Kepala Setan”, Presiden Amerika tidak sampai ke mana, tidak sehebat mana pun kerana Allah Yang Maha Kuasa. Ke mana perginya Empayar Rome, Parsi dan Great Britain sendiri?

Britain’s proud boast that “Britannia rules the waves and that Britain shall never, never be slaves” is not true anymore for, alas, Britain today has become the unions’ slave. Where kings once ruled with the power has been taken over by the people who act through their elected representatives. The divine right of kings has given way to the democratic right of the people so kings have become the spiritual and symbolic Heads of State while the people rule.

Tunku Abdul Rahman
 “Something To Remember” (1983)
USA jadi super power kerana umat Islam hilang keimanan dan ketakwaan, tidak lagi menjadikan Islam sebagai “ad-din” cara hidup yang paling sempurna. Islam disamakan dengan agama lain, cinta dunia takut mati, pemimpin Islam telah menjadi manusia-manusia yang tidak dapat mengawal nafsunya sendiri. Ramai yang menjual roh kepada setan. Akhirnya, diri dan nafsu dikuasai oleh syaitan akibat tidak mendapat hidayah dari Tuhan.

Kita bersyukur di Malaysia dengan adanya kebebasan media baru, apa yang tersembunyi di sebalik tembok istana dengan sendiri boleh terbongkar bila kerabat diraja bersama dengan bloggers sedia melakukan ketelusan. Mereka datang ke Alattas University of Lifetanpa diundang. Saya yakin bila timbul yang haq, yang batil akan lenyap dengan sendirinya.

Apabila pemimpin dan Raja ingin sangat menunjukkan diri berkuasa seperti pemimpin Amerika, mereka terlupa hanya Allah yang Maha Kuasa. Bila mereka angkuh, mereka hilang ‘character’, hilang kehormatan dan kepercayaan dunia terhadap kepimpinan kuasa besar yang diharapkan untuk membela nasib manusia yang tertindas dan teraniaya bila mereka bertukar menjadi dajjal. Apa bezanya dengan negara  bersekutu yang menyembah Amerika sebagai Berhala dan turut membiarkan dirinya dikuasai oleh nafsu haiwaniyah. Akhirnya, nasib pemimpin muslim yang angkuh di depan rakyatnya jadi seperti kambing yang disembelih beribu ekor, setiap hari siapa pun tak peduli?Ketua yang sepatutnya menjadi ‘payung pelindung’ kepada rakyat marhaen bertukar menjadi raksasa dan ‘buragas’ seperti dinasor dalam filem Jurassic Park. Sudahlah angkuh, kejam, zalim, gelojoh, mentekedarah, cekik, bedal, sapu bersih apa yang nampak. Tak percaya, tanya rakyat Johor atau cari blog di internet yang mendedahkan kerakusan sultan yang seperti raksasa, ‘menyapu bersih’ peluang perniagaan. Kepada siapa mereka nak mengadu? Siapa berani tegur? Tengok apa jadi pada UncleSeekers, IR Nizar dan Kamal Hisham. Nampaknya Sultan Ibrahim ini macam datuknya, Sultan Ibrahim bin Abu Bakar.

Imej pemimpin Amerika kini berada di tahap yang paling rendah, seperti pemimpin muslim yang berlagak macam Firaun yang mewarisi sifat Kabil, yang membiarkan diri dikuasai syaitan. Tunggu masa kebangkitan, setiap yang bermula mesti berakhir. Bila pemimpin yang dipilih rakyat dalam negara demokrasi lebih hina dari binatang, saya terpaksalah tulis buku “Setan, Syaitan, Sultan”. Mereka terlupa rakyat yang mengundi mereka, sepatutnya mereka berkhidmat untuk rakyat. Tapi malangnya, mereka rela jadi hamba kepada‘boneka-boneka’ yang mereka sembah.


Amerika sudah tidak layak lagi bercakap tentang ‘Human Right’, sama seperti pemimpin yang telah membunuh demokrasi seperti kata Nietzsche, ahli falsafah German; “Tuhan sudah mati” biarpun kulitnya Islam, tetap mendewa-dewakan Setan Besar berkiblat ke Rumah Putih di negara di mana kebanyakan rakyat di dalam negara super power itu miskin, ramai yang papa kedana seperti juga majoriti rakyat kita. Yang kaya raya minoriti yang berkuasa saja. Siapa kalau bukan para bloggers yang kini perlu membangkitkan mereka yang selama ini tertidur. Kita sedang mengalami kiamat kecil. Inilah hari kebangkitan bila mereka yang tertidur dibangkitkan oleh kebangkitan rakyat, tersedar tak ada yang kekal.


Nothing is lost
When money is lost
Something is lost
When health is lost
When character is lost
Everything is lost

(William Shakespeare)


Pelik tapi benar, cuba berhenti membaca dan mari kita ‘bertafakur’ di negeri kita yang agama rasminya Islam. Sembilan Raja, Perdana Menteri, Ketua Hakim, polis, tentera, Menteri dalam Negeri, muslim. Majoriti rakyat Malaysia pada MyKadnya Islam, baguslah. Sebahagian dari mereka sekadar berani tunjuk perasaan marah terhadap Amerika apabila isu menghina Nabi Muhamad s.a.w yang terbaru “The Innocent Islam”, kita wajib marah bila Nabi kita dicela begitu rupa melainkan mereka tak ada rasa cinta pada Nabi Muhammad s.a.w sedangkan cinta kepada Rasulullah s.a.w mengatasi cinta ibu bapa, anak, isteri, harta dan segala-galanya.

Biarpun yang kita tunjukkan dianggap oleh kuasa besar dan konco-konco mereka seperti anjing menyalak gunung, namun mereka jangan lupa kucing yang dikejar ke dinding, bila berpatah balik ibarat seekor harimau.Ramai yang cuba sabotaj McDonald dan lain-lain produk Yahudi dianggap hangat-hangat tahi ayam. Mereka tahu, Melayu mudah lupa. Tak ramai yang kental jiwanya, tak ramai. Biar menyeluk pekasam sampai ke pangkal lengan. Bila berdakwat sampai hitam. Mandi biar basah. Apa lagi sanggup berjihad. Antara jihad terbesar ialah berani berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim. Akibat tak punya isi di dada, ada ilmu syariat tanpa ilmu hakikat, tarikat, dan makrifat. Biar apa pun orang nak kata. Namun, kita patut bangga semangat yang ditunjukkan oleh mereka yang menghantar memo ke Kedutaan Amerika, selagi hidup selagi melawan. Sabar umat Islam ada batasnya. Mereka yang terus menerus kurang ajar dan bersifat biadab terhadap Nabi Muhammad s.a.w patut diajar. Orang yang menunjukkan keberanian, pasti mereka akan mendapat ganjaran dari Tuhan apalagi bila kita sanggup sabung nyawa membela nubuwat Muhammad s.a.w, kekasih Allah.
 
Ingat Abu Jahal? Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang memusuhi Islam. Tapi, setiap hari Isnin dia dikatakan terlepas dari seksa kubur kerana gembira di hari keputeraan Muhammad s.a.w. Begitu juga dengan Uwais Al-Qarni yang mencabut gigi gerahamnya ketika tragedi Nabi di Perang Uhud, Allah beri dia kemuliaan dan karamah yang luar biasa.

Macam mana orang hendak hormat umat Islam, cuba perhati bini Perdana Menteri, bini-bini Menteri dan Raja-raja tidak menutup aurat sedangkan itu perintah dari Allah. Berapa orang yang berani tegur suruh mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Dalam buku saya, ‘Wanita, Takhta dan Kuasa’, saya mengingatkan Tun Asmah supaya menutup aurat, itu tanggungjawab fardu kifayah.

Islam adalah ‘din’, cara hidup yang paling sempurna. Macam mana Tuhan nak tolong kita, kalau Tuhan dan agama kita pun, kita permainkan? Ramai yang nama saja Islam, bagaimana dengan amalan dan cara hidup kita? Sampai bila kita nak tipu Tuhan? Guna nama Islam, berpura-pura Islam sebenarnya seorang yang fasik. Sempurna ke kehidupan kerabat diraja serta para ulama yang berdiam diri bila melihat kemungkaran berlaku di depan mata ibarat hama di seberang nampak, gajah depan mata tak nampakUlama, polis, raja berdiam diri bila tersebar luas berita ada umat Islam yang menerima ugutan bunuh dari seorang kerabat diraja Johor. Itulah sebabnya saya gunakan tangan menulis buku untuk mengingatkan mereka yang berkuasa jangan lupa Tuhan.

Untung, selain dari cerita dari Kamal, saya dapat cerita dari Ku Shah, anakanda Sultan Idris yang mengatakan kerabat diraja pandang rakyat jelata sebagai ‘hamba’, rakyat macam ‘kucing kurap’. Patutlah ikut cerita Kamal Hisham semasa mengadakan Kembara Motor Besar, Sultan Ibrahim berhenti tepi hutan, kencing berdiri. Kamal beri air dalam botol mineral, suruh cebok. Yem kata,“jangan sibuk”. Sultan tak cebok pun, rakyat cium juga tangan sultan.

Kasihan rakyat yang tak kenal diri, yang tak tahu Tuhan berada lebih dekat dari urat leher dalam diri sanggup merendahkan diri setaraf debu, minta ampun tanpa dosa, guna bahasa “patik” yang ertinya ‘anak anjing’ akibat terlupa janji dengan Tuhan, tiada yang disembah selain Allah.

Amerika menjadi tambah kejam mencengkam rakyat Libya yang bunuh seorang rakyatnya kerana marah akibat filem “The Innocent Islam”. Macam mana Raja tak mahu berkuasa, tak mahu menguasai semua jenis perniagaan? Bila ada   yang menegur, mereka dilabel“menderhaka”, siapa tok dalang yang menyuruh Nizar minta ampun kepada rakyat Johor? Maka, raja tambah bermaharajalela, terus bersultan di mata, beraja di hati.. Rakyat sekadar tengok, terutama Melayu yang bergantung hidup pada Sultan. Kita hendak jawab apa dengan Tuhan nanti? Melihat kekejaman dan keangkuhan serta kezaliman Raja sedangkan mereka itu sekadar lambang. Jembalang.

Cuba kita tengok bagaimana kehidupan wanita Islam di Malaysia, ramai yang bertudung kerana fesyen nak tutup aurat. Tapi dedah yang lainnya, yang lebih menjolok mata. LGBT berleluasa dalam negara sebab itu Amerika berani buat kacau nak menguji iman umat Islam. Cuba kita punya semangat seperti tentera Badar yang berperang di bulan Ramadan, boleh mengalahkan ribuan musuh. Tentu musuh Islam berfikir dua kali atau adanya Melayu macam Panglima Saleh di Batu Pahat berjuang,rijalul ghaib turut bersama.

Raja boleh buat sesuka hati merampas harta pusaka yang sepatutnya dibahagi mengikut faraid. Mufti dan the so called “ulama” diam. Tak takut dosa bersubahat ke? Korupsi berjemaah berleluasa. Siapa pun tak boleh buat apa-apa bila yang tertangkap ‘ikan bilis’, jerung dan paus terlepas depan mata. Agama itu nasihat menasihati. Ulama yang bangga dengan gelaran, buat apa?

Kita tengok orang yang berkuasa dan raja tak adil, pemimpin angkuh, sombong, zalim, saudara kita main judi, minum arak, terlibat dengan LGBT, kita diam. Ada yang buat bising bila orang hina Nabi, itu sangat bagus. Apakah perangai kita tidak memalukan Nabi Muhammad s.a.w? Terutamanya mereka yang layak digelar “the ugly muslim”. Kita duduk sebelah mereka yang melakukan kemungkaran, kita tengok saja, bersubahat namanya, dosa sama. Tuhan kalau turunkan bala, semua rakyat dalam negara terkena seperti petir, puting beliung, banjir dan macam-macam malapetaka yang menimpa Amerika, dan tsunami di Acheh dan Jepun.

Kita tengok sultan guna kuasa rampas kerusi MB, dan beri pada orang yang tidak berhak, menyamun namanya itu. Bolehkah kita membisu, jadikan lidah kita lidah syaitan? Sedangkan Sultan Azlan mantan Ketua Hakim Negara, anaknya pula berkelulusan dari Harvard. Cuba baca apa kata Nazrin berkaitan undang-undang.


“Keamanan dan kerukunan negara tidak harus dikorbankan kerana kepentingan atau matlamat perjuangan jangka pendek mana-mana kumpulan. Untuk itu, warga Malaysia wajib menghormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara.”

Utusan Malaysia
30 Disember 2007


Raja Muda Perak, Raja Nazrin bertitah ketika menyampaikan ucapan persembahan sempena Istiadat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ke-75 di Balairong Seri, Istana Iskandariah;


“Secara tradisi, fungsi raja dan pengharapan rakyat terhadap raja serta hubungan timbal balas antara institusi raja dan rakyat berlandaskan perjanjian dan permuafakatan antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Perjanjian yang segar sepanjang masa dan permuafakatan yang subur sepanjang waktu - bahawa rakyat akan kasih dan setia kepada raja yang adil kerana sumpah rakyat berlandaskan semangat Raja Adil raja disembah”.

Dari buku “April Fool” (2003)


Apa guna jadi ulama jika lidah kita lidah syaitan, tak berani menegur saudara kita yang suka membazir. Bakhil, segala harta yang diamanahkan oleh Allah dijadikan miliknya. Sama sekali tak mahu pulangkan hak Allah, yang ada padanya milik anak yatim, mereka yang mahu menuntut ilmu, musafir, orang berhutang tak mampu bayar hutang. Orang bakhil jadi musuh Allah. Banyak sangat kemungkaran yang berlaku, saya takut bersubahat. Saya minta Tuhan ampunkan dosa-dosa mereka yang leka dan lalai kerana tak ada yang berani menegur.

Pada mulanya, saya hanya mahu membuka kisah Kamal dan Ku Yem. Tiba-tiba muncul kisah rampasan kuasa di Perak. Ianya adalah satu krisis perlembagaan. Nizar menghantar surat kepada Sultan Azlan pada 4 Februari 2009 memohon bubar DUN Perak oleh kerana suasana politik yang tak menentu. Azlan tak perkenan, sebaliknya menitah Nizar letak jawatan pada 5 Februari 2009. Mungkin Azlan Shah terlupa atau terpaksa langgar undang-undang kerana agenda tersendiri.

Mengikut cerita Nizar, selepas mengungkapkan 12 perkara di hadapan Sultan Azlan pada 5 Februari 2009, sultan tunduk. Habis Nizar berkata, Azlan bertitah, “MB mesti letak jawatan”. Dia sudah hilang akal agaknya. Lu fikirlah Bro. Anak cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu ingatlah.

Tanpa pilihan, Nizar menyatakan ungkapan masyhur,“Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik pohon sembah derhaka tuanku.”Dengan wajah berkerut, sultan bangun dan beredar!

Mulalah krisis kerana keesokannya sultan melantik Zambry Kadir jadi MB ke-11 tanpa membatalkan surat perisytiharan yang sultan tandatangani sewaktu melantik Nizar sebagai MB ke-10. Bayangkan bila ‘MB haram’ jadi ‘boneka’ Sultan. Apakah ini tidak bererti membunuh demokrasi? Sultan jadi boneka siapa pula?

Memohon Semakan Kehakiman (Judicial Review) di bawah Quo Waranto di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Februari 2009. Setelah 3 bulan perbicaraan, maka pada 11 Mei 2009, hakim Dato’ Abd Aziz Rahim memutuskan Nizar sebagai MB yang sah. Nizar terus menuju Istana Kinta di Ipoh pada jam 10.45 malam membawa sepucuk surat memohon perkenan Sultan Azlan untuk bubarkan DUN Perak. Satu mesyuarat Exco PR diadakan pada jam 11.30 malam. Keesokannya, semua Exco PR dan Nizar hadir semula ke pejabat. Nizar terus ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Pada pukul 2 petang, tanggal 12 Februari 2009, Nizar dan semua Exco dihalau keluar oleh SS (Setiausaha Negeri) kerana Zambry mengambil perintah Mahkamah Rayuan (dengan hanya seorang hakim, Dato’ Hamid) bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Inilah hebatnya UMNO! Nizar membawa sampai ke Mahkamah Persekutuan. Namun, dengan 5 hakim mereka memutuskan Zambry MB sah Perak pada 22 Mei 2009. Lu fikirlah Bro. THINK, tafakur.

Dalam keadaan terdesak, Tun Mahathir menggunakan bidalan Inggeris bagi menyuruh rakyat menyokong BN, “It is better to support the devil that you know than the angels you do not know.” Bila ditanya wartawan, siapa “the devil that you know?”, jawab Tun Mahathir, “It is BN”

Tunku Abdul Rahman pernah menulis dalam kolum “As I See It”dalam akhbar The Star sekitar 1981 yang juga dikumpulkan dan diterbitkan dalam bentuk buku berjudul “Something To Remember” (1983) di mana beliau menyatakan:

1. The ruler, therefore, cannot sack the Menteri Besar who can only be ousted from office by the majority vote of members of the assembly.

(Oleh itu, Raja tidak berhak membuang Menteri Besar yang mana beliau hanya boleh digugurkan dari jawatan itu melalui undi tidak percaya yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri)

2. By the same token, a ruler cannot refuse to accept a Menteri Besar proposed by the people. What would happen if he does and the legislative council of the state sends in the same man again as Menteri Besar?

(Begitu juga, raja tidak boleh enggan menerima perlantikan seseorang Menteri Besar)

3. He can only give assent but has no right to choose a Menteri Besar after his own heart.

(Raja hanya boleh mempersetujui tapi tidak berhak untuk memilih Menteri Besar yang disukainya)

4. This is so because the Menteri Besar is the man of the people and if the ruler is given the right to choose him, the Menteri Besar would be the ruler’s man and subservient to his will. This will turn democracy upside down.

(Ini kerana Menteri Besar itu milik rakyat dan kalau raja diberikan hak itu, maka Menteri Besar sudah menjadi hak raja dan mesti akur kepada kemahuannya. Ini akan mengakibatkan demokrasi jadi tunggang-langgang)


(petikan  buku “Lima Raja Terakhir”, 1990)


Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada seorang pelajar yang mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, sudah pasti dia akan gagal dalam peperiksaan. Tetapi, sekarang orang yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah diangkat sebagai ‘Profesor’.

Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah tidak wujud, sudah pasti dia akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Tetapi, sekarang bila ada Profesor yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud, tidak ada siapa yang peduli.

Mungkin sepuluh tahun lagi, sesiapa yang mengatakan Altantuya dibunuh di Malaysia, sudah pasti orang akan mentertawakan mereka kerana bagaimana Altantuya boleh dibunuh sedangkan tidak ada rekod menunjukkan bahawa dia pernah memasuki Malaysia. Dan bagaimanakah anak Altantuya mahu membuktikan bahawa ibunya memang pernah dibunuh di sini?

Fakta boleh diselewengkan oleh siapa sahaja yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri. Namun, hakikat kebenaran ternyata bersifat universal.

Sudah pasti, anak Altantuya akan membuat laporan polis. Tetapi, bagaimana kalau polis terus saja menolak laporan tersebut dan menganggap tindakan anak Alatantuya itu ibarat tindakan orang gila? Di mana buktinya? Di mana kuburnya? Di mana rekodnya? Fakta bergantung kepada masa, tempat dan keadaan. Dan sejarah boleh diselewengkan untuk memastikan yang berkuasa terus berkuasa.

Fakta dan kebenaran adalah dua hal yang berbeza, serupa halnya dengan peristiwa yang menimpa Galileo. Semasa riwayatnya, Galileo pernal mengusulkan ideanya bahawa bumi ini berbentuk sfera. Bagaimanapun, masyarakat pada zamannya masih lagi berpegang kepada kepercayaan fakta bahawa bumi ini rata.Kebanyakan mereka bermati-matian menentang penemuan Galileo itu. Kerana dipandang sesat oleh kelompok berpengaruh, akhirnnya Galileo dipancung oleh oleh pemerintah di negerinya yang dikuasai oleh kelompok gereja.


Hari ini, fakta yang diusulkan Galileo telah pun diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Sasterawan Eropah dan Amerika banyak yang berani berkarya. Dr.Zhivago muncul menerusi manusia Boris Pasternak yang berani berkomunikasi intelek dengan audien pembacanya. Begitu juga Dr.Gustave Flaubert, DH Lawrence, Thomas Mann dan Goethe di Jerman. Shakespeare pula berani mengenengahkan kritik terhadap individu dalam istana Britain yang pada anggapannya mewah dan boros berbelanja, sedangkan rakyat jelata yang miskin pula terpaksa menanggung si kaya. Walaupun sesudah King James murka dan Shakespeare pulang ke Stratford-in Avon, King James adalah King James yang dikenali oleh generasi berikutnya. Puteri dan putera baginda sendiri rasa malu. Sebaliknya, di atas keberanian Shakespeare, namanya harum hingga ke hari ini.


Kalau nak pesan buku Setan Syaitan Sultan, email alxsunilife@gmail.com RM60 termasuk pos.

No comments:

Post a Comment

A Closer Look.

Translate