“Sejarah akan berulang”. Sejauh mana benar kata-kata tersebut hanya dapat dikatakan sesudah kita
membaca menafsir dan mengingati sejarah itu sendiri.
Sejarah
boleh ditafsir mengikut peredaran zaman, namun cara dan gaya ianya ditafsirkan
tidak ada lain kecuali memaparkan kebenaran dengan tidak berselindung
–selindung tentang kesombongan dan kebongkakan serta kesilapan manusia yang
berkuasa dan telah salah mempergunakan kuasa kerana mengikut hawa nafsunya hasil
mendengar kata-kata orang di sekeliling
mereka tanpa mengingati kekuasaan Tuhan.

Sejarah
adalah satu perkara yang penting. Semoga dengan mengingati sejarah bangsa kita
segala rahsia disebalik kejadian yang menyayat hati dimasa-masa yang silam
terserlah. Sejarah tidak boleh diubah-ubah dan ditulis semula. Sejarah adalah
sejarah.
19
November tahun 1985 bersamaan dengan 6 Rabiulawal 1406 adalah satu tarikh yang
sukar untuk dilupakan oleh umat Islam yang kasihkan saudara-saudara mereka yang
telah terkorban sebagai Assyahid.
Tiga
tahun yang lampau, satu peristiwa yang amat tragis berlaku di Memali Kedah.
Almarhum Ibrahim Libya Alsyahid telah pergi atas panggilan Ilahi. Banyak
perkara yang boleh membawa kesedaran dan contoh tauladan yang patut dipelajari
oleh orang Melayu, tidak kira mereka ahli UMNO atau PAS atau yang tidak pernah
berparti sekalipun.
Mahsuri
sebelum mati telah meminta sesuatu, telah bermohon sesuatu pada Tuhan. Beliau
berdoa semoga kezaliman Sultan yang menganyaikan dirinya yang tidak berdosa
akan dibalas oleh Tuhan. Doa Mahsuri berbentuk sumpah. Sumpah supaya Pulau
Langkawi menjadi padang jarak, padang terkukur selama tujuh keturunan.
Sejauh
mana sumpah itu benar, Walla hu Alam. Tetapi lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi
sudah menjadi sejarah. Apakah Langkawi mundur kerana disumpah oleh Mahsuri?
Bukan itu pokok persoalan yang kita nak katakana disini, hakikatnya ialah
Mahsuri teranai seorang diri, tapi tujuh keturunan orang Melayu di pulau itu
hidup terseksa akibat sumpahannya. Itulah mengikut cerita sejarah.
Mahsuri
mempunyai sebabnya yang tersendiri atas apa yang dilakukannya, mungkin manusia
dipulau itu tidak berani menegakkan kebenaran, tidak berani berkata benar,
tidak berani menentang kemungkaran, membiarkan orang yang berkuasa berbuat apa
saja yang mereka suka, fitnah menfitnah, dendam mendendam, hasad dan dengki
berleluasa.
Sejarah Laksamana Bentan di Kota
Tinggi, Johor juga berakhir dengan sumpah seorang raja. Satu lagenda yang kekal
hingga hari ini. Makan Sultan Mahmud dan Laksamana Bentan masih berada di Kota
Tinggi Johor. Apakah tidak berlaku perkara dendam, fitnah dan hasad dengki yang
berleluasa terhadap orang yang berkuasa hingga kehari ini. Kesaat ini?
Sebelum Sultan Mahmud menghembuskan
nafas yang terakhir, Almarhum menyumpah agar tujuh keturunan orang bentan kalau
menjejakkan kaki kebumi Kota tinggi akan muntah darah. Sultan Mahmud marahkan
Laksamana kerana menikamnya, kerana menderhaka kepada Sultan.

‘Sultan
beraja dimata bersultan dihati’. Ada akal fikiran tak digunakan. Taka da
belas ikhsan, tidak ada perrikemasuniaan. Apakah pemerintah dan pucuk pimpinan
kita hari ini macam perangai Sultan Mahmud? Dan apakah perlunya lahr seorang
lagi Laksamana Bentan?
Singapura kalah diserang oleh
Majapahit, juga disebabkan dendam terhadap sultan yang telah menyula anak Sang
Rajuna Tapa tanpa usul periksa. Marahkan sultan, kerana menyula anaknya yang
kebetulan jadi isteri sultan. Satu negeri manusia menjadi huru hara menderita
dan tersiksa. Akhirnya raja yang zalim hilang takhta. Orang melayu kehilangan
Singapura.
Hari ini Ku Li dan Musa sudah diberi
peluang untuk jadi menteri semula tetapi kerana marah dan dendam peribadi
golongan mereka yang tak berapa orang, orang Melayu yang tak berdosa akan jadi
mangsa. Kenapa? Mahukah kita sejarah silam berulang semula?


Semoga sejarah buruk menyumpah
bangsa dan negeri disebabkan marah dan dendam pada orang tertentu tidak akan
berulang. Semoga pihak serpihan yang mahu membalas dendam mahu membakar kelambu
kerana marahkan pepijat berfikir panjang-panjang. Kenapa keinginan dan
cita-cita peribadi mereka dilibatkan dengan bangsa dan negara?
Sejarah Laksamana telah mereka
lupakan, namun kisah Ibrahim Libya di Memali masih menghantui pemikiran mereka
yang bersalah dan berdosa kerana terlibat sama.
Sepatutnya Musa Hitam dan Rais Yatim pergi memohon maaf secara terbuka, dan kemudiannya menghulurkan bantuan atau paling kurang bertanyakan khabar dan berita serta nasib para keluarga syuhada yang masih tinggal. Bagaimanakah isteri-isteri yang telah kehilangan suami-suaminya, anak-anak yang telah menjadi yatim? Kerana ketika kejadian itu Musa menjadi Menteri Dalam Negeri dan Rais Yatim menjadi Menteri Penerangan yang menyampaikan berita kepada seluruh dunia. Datuk Rais Yatim bertangungjawab mengenai segala berita yang tersiar mengenai kejadian berdarah di Memali.

Peristiwa Memali adalah satu perkara
yang mustahil untuk dilupakan dan memang tidak mungkin dilupakan. Namun kita
sama sekali jangan lupa pada pemimpin dan ahli UMNO yang kini sebahagiannya
menjadi serpihan kerana kita tahu dalam hati kecil mereka tidak semua yang suka
pemimpin UMNO mengambil tindakan demikian. Namun disebabkan ramai pengikut yang
mendesak dan pemimpin tidak menggunakan pertimbangan akal yang berpandukan
ajaran Islam yang sebenarnya maka terjebaklah mereka dalam satu kancah dosa dan
dusta. Saya percaya keluarga Ibrahim Libya tidak menaruh dendam kepada
ahli-ahli UMNO kerana mereka tahu dalam orang UMNO tidak semuanya suka tragedy
ini berlaku dan dengan pergi beramai-ramai bermaaf-maafan mungin dapat
mententeramkan jiwa-jiwa para pemimpin serpihan yang resah gelisah kerana mahu
berkuasa kembali.
Politik seperti ini akan membawa
padah dan kebinasaan. Yang menentukan sesuatu ialah suara ramai bukannya
kebenaran dan keadilan. Pemimpin akan merasa kedudukannya tergugat sekirannya
tidak memenuhi citarasa pengikutnya. Pengikut kata hapuskan Dr.Mahathir ,
tentang Dr. Mahathir, pemimpin ikut saja. Dan pemimpin yang begini dinamakan
pemimpin yang Berjaya kerana mereka ikut saja kehendak pengikutnya.

Tidak timbul
penentangan Ustaz Ibrahim terhadap kerajaan disebabkan semangat semata-mata
atau penentangan tanpa sas. Hujahnya mantap, keyakinannya teguh dan tidak
bergoncang, -bahawa yang layak didaulatkan hanyalah Hukum Allah. Cuba kita
menungkan ucapan terakhir Asyahid.
“Marilah kira bersumpah dan berikrar dengan
laungan Allahu Akbar dengan erti dalam perjuangan Islam ini mati kita hidup
kita, jiwa raga kita, harta benda dan nyawa kita korbankan demi menegak kalimah
Allah Yang Maha Tinggi… Mudah-Mudahan kita dapat mengukuhkan aqidah dan
keimanan kit. Oleh itu tinggalkanlah kemungkaran dan kefahaman-kefahaman karut
yang kita amalkan sebelum ini dengan kita berkata: Aku bersaksi bahawasanya
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah.”
Ibrahim Libya
tidak pernah mengutuk atau menyumpah seperti yang dilakukan oleh Mahsuri dan
Sultan Mahmud. Beliau mati dalam iman. Beliau tida mewasiatkan murid dan
pengikutnya suruh balas dendam tentang ISA seperti mana yang dilakukan oleh PAS
hari ini.
Pemimpin Pas
menganggap Ibrahim Libya adalah seorang yang syahid dan tempatnya di syurga
disisi para ambiah dan awlia Allah kerana perjuangannya adalah kerana Allah.
Dari itu perlu apa mereka menyumpah pemimpin kerajaan apabila mereka ditahan
dibawah I.S.A. Saidina Hussien dan
keluarganya tidak bangun menuntut bela atas kematian ayahandanya Ali. Mereka
berjuang dan berjihad kerana Allah bukan kerana membalas dendam. Perbuatan PAS
yang takut dan benci pada I.S.A adalah satu perjuangan yang tidak ikhlas dan
tidak dituntut oleh landasan PAS itu sendiri.

Tidak ada tuduhan
rasmi keatas Ibrahim Libya dan tidak disabitkan di mana-mana mahkamah pun
sampai hari ini. Beliau ditahan dibawah undang-undang jenayah. Dan kemudian
banyak lagi tipu helah dibuat keatasnya. Tetapi orang PAS memperjuankan
peribadi bukan perjuangan untuk menegakkan kebenaran. Jika benar mereka
memperjuangkan kebenaran mereka akan memperjuangkan siapa saja yang ditohmah
tanpa bukti seperti yang berlaku pada Dr.Mahathir hari ini.
Mahukah kita
melihat Ustaz Ashaari dan pengikutnya jadi seperti Almarhum Ibrahim Libya
Asyahid. PAS sendiri pun sedang merancang untuk menjahanamkan Arqam dengan
mengadakan forum bersama mereka yang telah menjadi serpihan Al-Arqam. Nampaknya
PAS yang kononya memperjuangkan Islam telah mengambil kesempatan memperniagakan
darah para syuhada di memali dan mengumpul serpihan UMNO dan arqam untuk terus
memecahbelahkan ummah. Inikah gaya dan cara PAS mahu menyatukan ummah?
“ Sesiapa yang menyakiti seorang dari waliKu
(kekasihKu-yang cintakan Allah dan RasulNya) maka sesungguhnya aku (Allah) dan
RasulNya telah mengishtiharkan perang atasnya.”
Sanbda
Rasulullah S.W.A
Menggunakan
kebencian dan tindakan diluar undang-undang terhadap orang yang mahu membawa
perbaharuan yang baik terhadap bangsa dan Negara kita kerana kita rasa kita
teranaiya dan dizalimi bukanlah sifat perjuangan yang sebenarnya seperti apa
yang dilakukan oleh tiga manusia dalam sejarah tragis melayu. Kalau kita perlu
ajar bangsa kita, kaum kita marilah kita ajar mereka dengan cara mengunakan
pendidikan terlebih dahulu sebelum kita mengunakan hukuman.
Rakyat mesti tahu
siapa yang salah, siapa yang benar. Kemudian tinggalkan yang salah dan ikutlah
yang benar. Cakap pasal slah benar ini saya teringat di Johor Kadi dan Imam
serta orang yang ada pengetahuan agama pun memehak kepada Musa kerana semangat
kenegerian. Apa nak jadi pada Tok Kadi yang makan gaji dengan kerajaan, tapi
gunakan kemudahan kerajaan dibulan Maulud Nabi untuk memburuk-burukkan dan
menahbahkan kekeruhan dalam politik? Dimana mereka letakkan iman dan
pengetahuan agama mereka?
Apa bezanya di
Kelantan, Ku Li orang Kelantan, salah betul mereka mesti sokong dan bantu Ku Li
kerana sifat kenegerian. Bukankan ini yang dinamakan asabiah dan siapakah yang
bersubahat menghidupkan asabiah dinegeri ini kalau bukan mereka yang cakap tak
serupa bikin.
Jaganlah apa yang
kita pandang semua betul kerana kita suka, sedangkan kita tahu kita tidak boleh
percaya mata kita sendiri. Mata adalah alat yang suka menipu manusia. Kalau
dalam ketakutan tunggul kita kata hantu, ditengah padang pasir kilau panas kita
sangka air. Orang yang buruk wajahnya kerana hati kita berkenan kita pandang
cantik. Benda yang indah kita Nampak buruk kerana kita benci.
Orang yang
beriman tidak beraja dihati. Orang yang mengikutkan kata hati akhirnya mati.
Tengok sajalah golongan serpihan yang mengikutkan kata hati, berapa ramai dari
mereka yang politiknya sudah mati dan mahu matikan politik orang lain pula.
No comments:
Post a Comment