Pak Habib dihadiahkan buku Ilmu Mengenal Diri
nukilan anak murid Tok Kenali.
Siang tadi aku menghadhiri program Ilmu Mengenal Diri yang dilangsungkan diUniversity Of Life Wadi Hussein Janda Baik anjuran Pak Habib.Aku agak lewat ke program ini disebabkan kesihatan yang tak berapa baik sejak dari semalam lagi.Setibanya aku di gerbang Wadi Hussein yang tak berpintu itu aku disambut dengan puluhan gadis gadis manis berpakaian ala ala uniform yang sedang menanti pengangkutan balik mereka(bas) ke asrama.Hanya setelah aku bertanya baru aku tahu yang gadis gadis ini dariInstitut Perguruan Ilmu Khas di Cheras yang baru habis bermukim 3 hari 2 malam di Wadi Hussein...bakal bakal pendidik rupanya.
Bakal bakal pendidik
Setelah bersalaman dengan Pak Habib diruang tamu rumah beliau aku terus saja mengikuti program ini walaupun ketinggalan hampir 3 jam.Disebabkan minat aku terhadap Ilmu Mengenal Diri ini dan banyak bacaan yang aku lakukan selama ini tidaklah susah untuk aku follow walaupun ketinggalan sessi paginya.
Bertuah pada kami yang hadhir bila kami didatangi oleh dua pakar dalam ilmu ini yang datang tanpa diundang untuk sama sama berkongsi ilmu.Seorang adalah anak kepada "anak murid" Tok Kenali dan seorang lagi dari Seremban yang juga dari pengajian yang sama.Dua buku (merah dan hijau) yang ada lihat dalam photo ini adalah hasil nukilan bapanya Mohd Yusof Che Wook yang merupakan anak murid sebenar Tok Kenali.
Dua tamu tidak diundang yang didatangkan oleh Allah SWT
untuk turut berkongsi ilmu.
Dua buku yang aku maksudkan yang boleh didapati ditoko toko
buku seluruh negara.
Diakhir program banyak manfaat yang kami perolehi dan aku bersyukur kehadrat Allah SWT kerana memberikan aku kekuatan untuk sampai ke Wadi Hussein tadi walaupun badan aku lebih suka dibaluti selimut dalam keadaan yang tidak sihat.Aku mengesyorkan kepada para pembaca blog ini untuk menghadhirkan diri anda dalam program program yang serupa anjuran Pak Habib dimasa akan datang atau dimana saja Ilmu Mengenal Diri ini diajar oleh tok guru tok guru yang iklas.
Semoga kita mendapat manfaat dan lebih dekat dengan Maha Pencipta Allah SWT dari sebelumnya.WaAllahu'alam...
SAPERTI BIASA TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PAK HABIB SEKELUARGAKERANA PROGRAM PERKONGSIAN ILMU INI DAN TERIMA KASIH KEPADASUFIVILLE RESORT JANDA BAIK ATAS TAJAAN MAKANAN UNTUK PARA PESERTA SEPANJANG PROGRAM.
Antara yang aku sempat rakamkan disana tadi...
Semuanya khusyuk mengikuti program
Cucu Pak Habib
Anak anak muda yang mencari jalan pulang
Makan tengahari tajaan Saufiville Resort
Omar anak Pak Habib tenaga penggerak ALXS
Sedap kopi ini...dah lama aku tak rasa kopi sesedap ini
Ku Shah pun ada...
Kolet..Kolek...Koleq..Ko...ha ha ha
Aku tenguk adik kecil ini begitu tekun mengikuti..
Bro Zelmey dan Amrayy
Syabas adik
Yang ini peserta tetap program Pak Habib
Saat saat peserta menahan sebak..tapi ramai yang
mengalirkan airmata...aku tak terkecuali
Tenguk tisu ditangan tu,,hanya dengan menyebut nama Allah SWT
airmata peserta berjujuran (tunggu videonya nanti)
Inilah kehebatan adap Pak Habib terhadap siapa juga
yang dia anggap guru
Duduk berseliput bila tamu berkongsi ilmu walaupun dia ada masaalah
tak boleh bersila lama lama
Ini tok guru bisa buat orang menangis..
Salam semua. Rasa sedih tidak terhingga kerana tidak dapat bersama majlis ilmu yang begitu Suci, Agong dan Nikmat dan Maha Luas. Harap dapat diadakan lagi majlis ilmu seperti ini dimasa akan datang agar akak dapat hadir bersama, inshaallah.
ReplyDelete