"Seorang yang hebat selalu disalahertikan."
-Ralph Waldo Emerson.
"Kau dilahirkan dengan bakat.
Kau dilahirkan dengan impian dan harapan.
Kau dilahirkan sungguh unggul.
Kau dilahirkan bersama sayap-sayap.
Kau bukan diciptakan untuk sekadar merangkak, usah!
Kau punya sayap,
Mengepaklah dan terbang."
-Rumi.
Kita punya pilihan untuk menjadikan diri kita hebat. Seringkali kita khuatir apa yang ingin kita capai terlalu berat untuk ditanggung diri. Alangkah baiknya jika kita dapat menangkap isyarat-isyarat yang menunjukkan kita jalan terbaik menujunya.
Perhatikan 7 cara meneroka kehebatan anda:
- Jiwa anda terlalu ingin menzahirkan potensinya yang unik. Setiap lelaki dan wanita yang lahir ke bumi ini mempunyai kuasa sakti yang dapat menggoncang perjalanan dunia kita ini, itu pun jika kita menyedari hakikat ini. Hidup Anda Sekali Ini (HASI)
- Tiada siapa yang pasti tentang sebarang perkara (yang menuntut pemikiran mendalam). Lihatlah diri anda, dapatkah anda mengetahui apa yang akan terjadi kepada diri anda selang 5 saat lagi? Apakah anda boleh memastikan kehidupan anda akan berlangsung sepertimana yang ada rencanakan dalam minda anda?
- Sekiranya anda tidak bercadang menjadi seorang manusia hebat, kenapa anda menjuarai perlumbaan dengan berjuta yang lain? Secara biologi, setiap kita telah ‘terpilih’ untuk lahir ke dunia ini. Sungguh menghairankan bagaimana alam ini telah memilih anda untuk berkhidmat kepadaNya. Jadi, berkhidmatlah.
- Hidup ini lebih menyeronokkan apabila anda berada di kerusi pemandu. Kehidupan ini pendek, lalu ada si bangsat dan pembuli yang membuatkannya lebih pendek lagi. Apakah yang boleh anda lakukan? Tuntutlah kehebatan anda, carilah roh kudus anda, suarakanlah kemerduanNya, nyanyikanlah iramaNya, dan marilah kita kongsikan anugerahNya bersama-sama.
- Jika anda masih belum pasti apakah keistimewaan yang dianugerahkanNya kepada anda, bacalah sejarah dan biografi orang-orang hebat sepanjang ketamadunan manusia ini. Mereka telah pun mencipta dan merintis tamadun kemanusiaan kita pada hari ini. Sama ada Mahatma Gandhi, Thomas Alva Edison atau Martin Luther King Jr., mereka adalah jiwa-jiwa luar biasa yang telah meninggikan sayap hakikat mereka. Jiwa mereka telah ditaklukNya, maka itu mereka mampu terbang membelah awan.
- Kehebatan, dalam lain perkataan bermaksud kerendahan hati yang sanggup berkhidmat kepada seramai mungkin jiwa-jiwa manusia secara kreatif. Dalamilah jiwa nurani yang menjadikan anda seorang yang unik.
- Jika anda sedang membaca artikel ini, itu bermakna anda dengan sendirinya telah memilih untuk meletakkan diri anda sebaris dengan jiwa-jiwa yang hebat. Sejak alam ini tercipta hinggalah kiamat nanti, tiada apa yang berlaku semata-mata kerana kebetulan. Peluang anda hanyalah di sini, sekarang ialah masanya. Bertindaklah menuju arah yang sebetulnya untuk anda!
Sekarang, mari kita lakukan satu latihan yang dapat membantu anda mencungkil kehebatan itu!
- Ambil sehelai kertas kosong, dan sebatang pensel tajam. Sebatang pen pun boleh juga.
- Fikir dan ingatkan setiap inci kehidupan anda, identiti anda, siapa sebenarnya diri anda? Sekarang, tuliskan semuanya tentang anda, yang anda yakini itulah anda. Tips: lebih kerap anda menuliskannya, lebih berkesan hasilnya.
- Dengan kemas, tepikan kertas itu agar anda tidak dapat melihatnya.
- Ini yang terpenting, ketika anda meletakkan kertas itu ke tepi, bayangkan jiwa yang terpendam itu mengurniakan anda satu lagi peluang untuk dilahirkan semula.
- Akhir sekali, kosongkan minda dan hati anda. Ambil sekeping kertas yang baru dan sekarang, tuliskan apa sahaja menerusi pen anda. Usah nilaikan, fikirkan, tutupkan atau cuba membaikinya dengan apa cara pun. Biarkan sahaja. Inilah peluang untuk anda mengecap kesempurnaan anda.
Sekiranya anda terus melakukan latihan ini mulai sekarang, apa sahaja yang datang kepada anda akan menjadi hadiah anda kepada alam semesta ini.
No comments:
Post a Comment