Chat with Us LIVE!

Friday, 24 August 2012

ALXS Life


Kini, terlampau ramai jiwa-jiwa manusia yang mendambakan anjakan spiritual.

Pendidikan akademik ketika ini tidak lagi mampu mengisi kekosongan jiwa yang semakin menular dalam masyarakat moden kita. 

Sebaliknya, sistem pendidikan akademik yang kaku beku telah menyumbang kepada permasalahan ini bilamana kita menyaksikan betapa pengiktirafan ditujukan kepada kumpulan-kumpulan yang tidak selayaknya disanjung.

Maka itu, satu bentuk baru pendidikan perlu diketengahkan agar orang ramai dapat dibebaskan daripada cengkaman dunia ‘neocolonialism’ yang sekadar melatih anak-anak manusia menjadi sebuah lagi ‘mesin fotostastat’.

Diharapkan lebih ramai orang akan tampil berani untuk meneroka pengalaman-pengalaman baru supaya kita dapat mencapai visi kudus kewujudan kita di atas muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment

A Closer Look.

There was an error in this gadget

Translate