Chat with Us LIVE!

Wednesday, 25 July 2012

A League of the Xtra-ordinary Souls.






Manusia diciptakan Untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa.

Alangkah ruginya hidup kita kalau mati tanpa kesedaran tentang hakikat kehidupan.

Dalam diri kita terdapat Ruh yang Agung, ruh ini akan menentukan destinasi kewujudan kita pada saat kita hidup dan pada saat kita mati.

Sebagai manusia kita perlukan bimbingan dari kita kecil sampai ke liang lahad.

Ilmulah yang akan menjadi sebaik-baik pembimbing manusia. Dengan ilmu  kita mampu meningkatkan keupayaan berfikir dan mencapai nilai-nilai kebenaran yang sungguh penting untuk manfaat kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Tanpa ilmu kita hanyalah makhluk yang rugi lagi merugikan.

Al-Attas university of life didirikan dengan tujuan untuk mengisikan kekosongan dalam jiwa-jiwa manusia yang dahagakan ilmu.

Apa gunanya hidup kalau tidak peduli tujuan kita dihidupkan atas muka bumi ini? Apakah nanti ketika ajal datang menjemput, baru terbit penyesalan kerana hutang nafas yang diberi pinjam dariNya belum lagi kita langsaikan?

Ingatlah waktu dan masa kita DISINI adalah terbatas.
Entah esok, lusa atau BILA-BILA sahaja jiwa kita akan diseru pulang kepadaNya.

Sebagai insan menjadi tanggungjawab kita untuk menimba ilmu, mencari kebenaran dan berbuat kebaikan.

Dengan kehadiran Al-Attas University of Life ini, kami berhasrat untuk berkongsi dengan anda sebaik-baik pengalaman dan pengisian yang dapat membimbing anda menempuh denai-denai kehidupan, Insya-Allah.




1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Saya sangat sangat bersyukur

    sebab dapat jadi antara yang

    terpilih untuk menghadiri kedua2

    kelas abah yang dianjurkan axls.

    InsyaAllah I am one of the

    extraordinary souls living an

    extraordinary great life.Pergi ke

    kedua-dua kelas abah, banyak

    membantu saya mendapatkan jawapan

    pada soalan2 yang selalu bermain

    di minda..kenapa saya wujud?

    kenapa Allah jadikan saya..saya?

    walaupun jawapan yang terungkai

    mengundang soalan2 lain, tetapi

    sekarang sangat yakin jawapan2

    lain akan diketemui juga. Pergi

    cari+baca buku2 yang abah

    sarankan baca sementara tunggu

    kelas yang ketiga..yang tak

    dipanggil2 juga..akhirnya saya

    nekad pergi ke janda baik untuk

    jumpa abah dan sambung pengajian

    yang agak lama tertunda.

    Alhamdulilah petang tadi baru

    selesai kelas keempat dengan abah

    di kedai kopi.
    Pada rakan2 lain yang masih boleh

    bersabar tunggu panggilan kelas

    seterusnya (untuk saya sabar

    masih ada limitnya :D ) jom la

    kita ambil inisiatif sendiri

    untuk kembali berkumpul di janda

    baik untuk sambung kelas uni of

    life kita ni. Orang berjaya buat

    kerja sampai habis. Kalo agak2

    taknak susahkan halim siapkan

    makan, kita bawa potluck setiap

    seorang.sebagai lunch atau

    kudapan masa dengar abah

    bercerita, terpulanglah. Sijil tu

    x penting. makan tu pun tak

    penting gak. Yang penting dapat

    sambung balik apa yang dah agak

    lama terdiam dulu.Ilmu yang saya

    peroleh di janda baik..priceless.

    takde harta dunia yang boleh buat

    tukar ganti.

    ReplyDelete

A Closer Look.

Translate