Chat with Us LIVE!

Thursday, 21 June 2012

Bila Melayu Shopping Gila


Hari itu 2hb. December 2011 bersamaan 7 Muharam 1453 adalah hari kedua Perhimpunan Agong UMNO yang ke-62 yang sedang diadakan di Putra World Trade Center, selalunya saya akan berada  di Restoran Riverside sambil menjual buku terbaru saya, tetapi pagi ini saya bersama Dr. Azizan bersantai di Starbucks, sementara  menunggu kedatangan Musli Oli  untuk bertukar-tukar buku. Saya meletakkan buku ‘Konspirasi Pak Lah & Susilo’ seperti yang biasa saya lakukan. “To see and to be seen”.


Sambil minum kopi di Shopping Mall yang berdekatan dengan Putri Pacifik Hotel, hotel 5 bintang di mana para pemimpin UMNO tinggal untuk menghadiri Mesyuarat Agung. Saya memerhatikan telatah ahli-ahli UMNO yang hampir semuanya Melayu yang memenuhi pusat membeli belah “shopping giller” yang memberikan saya inspirasi tentang ‘membazir itu sifat syaitan’ dan bertanya why, kenapa, when. Sampai bila Melayu nak ‘shopping giller’. Orang Indonesia akan kata ‘shopping bangat’.

Melayu oh Melayu’ suka betul berhibur, terutama di tempat keramaian selain dari membeli belah sesuatu yang bukan keperluan di Shopping Mall Bandung, Jakarta, Medan, Vietnam, di Perth Australia, London ‘shopping giller’.
 




Mereka sepatutnya berada di dalam dewan. Kenapa boleh jadi macam ini? Lu fikirlah Bro. Demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian. Dan Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.


Mencari kelemahan, memburuk-burukkan orang mengikut emosi dan suka hati kita memang mudah,  apa lagi mengumpat dan menfitnah, ini juga satu kesukaan orang. Kita tak berani mengkritik secara berterus terang konon takut kecikkan hati orang. Islam menuntut kita supaya berani mengajar kebaikan dan mengkritik untuk mengingatkan mereka. 


Mungkin mereka ini bukan ‘orang UMNO’ mengikut istilah Dato Sri Najib. ‘Orang UMNO’ (United Malays National Organisation) ahli pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu orang Islam. Orang Islam (umat Nabi Muhammad SAW) hidupnya berpandu pada Al-Quran dan Sunnah.


Melayu sepatutnya jadi seperti ‘melukut ditepi gantang’ atau seperti ‘daun kari’ yang digunakan sekadar mahukan baunya saja bila kita masak kari, begitulah nampaknya nasib umat Islam hampir diseluruh dunia. Apakah kerana mereka tidak berfikiran kritis atau kerana mereka tidak suka membaca? Kenapa nasib mereka jadi seperti ‘sepah tebu’ yang dibuang oleh penjual air tebu seperti yang dilakukan oleh para pemimpin mereka. Sampai bila kita mahu membiarkan mereka seperti ‘kulit kerang’? Di negeri Arab kekayaan hasil minyak milik beberapa orang alat orang bukan Islam.


Sebagai penulis, saya memiliki ‘dunia’ saya sendiri yang saya fikir dan rasakan. Kemudian saya mulai menterjemahkan dengan ayat-ayat untuk menceritakannya kepada pembaca apa yang sedang saya saksi dan fikirkan kerana menjadi tanggungjawab penulis sebagai pemimpin pemikiran rakyat.


Anda juga selaku pembaca mempunyai dunia anda sendiri. Dengan ‘dunia’  itulah anda akan membaca kata-kata saya tulis dari ‘dunia’ saya tadi, apakah frequency dan wavelength kita sama? Samakah presepsi orang syariat dengan orang hakikat?

Pernahkah anda bayangkan sambil bertafakur seperti apa yang sedang saya lakukan? Sampai bila ‘orang kita’ mahu jadi ‘daun pandan’ yang digunakan untuk mengharumkan nasi lemak? 


Sistem pendidikan di Malaysia belum mampu menjawab pertanyaan “why” kerana sikap orang kita yang tidak kritikal. Kita harus selalu bertanya “mengapa” untuk mendapatkan jawapan yang lebih dalam kerana kita adalah makhluk yang berakal. “Why” akan membuat anda mengetahui diri, tujuan Tuhan jadikan anda supaya dapat membandingkan diri anda, bangsa anda dengan bangsa-bangsa yang jauh lebih maju dan bangsa yang pernah dilaknat dan dibinasakan seperti terdapat ceritanya didalam Al-Quran.


Banyak infotaInment di Malaysia. Malaysia menjadi negara pemakai Facebook dan Twitter terbanyak. Sudah saatnya kita bertanya “mengapa” dan sampai bila kita mahu jadi bangsa yang bodoh giler? Lalu, hal lain yang lebih penting selain why ialah why not (kenapa tidak). Kita melakukan perubahan ‘mind set’. Pemikiran why dan why not menjadikan kita lebih detail dan kritis sehingga muncullah idea-idea cemerlang dan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di keliling kita.


Interaksi pembaca dan penulis pada hakikatnya adalah interaksi antar-‘dunia’ penulis dengan ‘dunia’ pembaca. Ketika anda sedang meneliti kata-kata saya, apakah anda dapat berada dalam ‘dunia’ saya atau anda masih berada dalam   ‘dunia’ anda sendiri?


Ada yang menuduh saya brutal, kejam, kasar dan kurang ajar kerana saya melupakan semua teori menulis. Saya hanya menuliskan ‘dunia’ saya untuk menemui dan mengakrabi ‘dunia’ pembaca saya supaya menjadi kritikal seperti saya untuk mengubah ‘mind set’ mereka yang masih berfikir dalam kotak.


Mungkin begitulah nasib pengundi Melayu yang digunakan di musim pilihanraya oleh mereka yang berebut kuasa mengikut nafsu serakah yang memecah belahkan ummah, akhirnya Melayu senasib dengan ‘daun pisang’ yang membungkus nasi lemak. Kalau anda sudah baca buku saya Nasi Lemak For VIP, anda akan faham bagaimana adanya VIP yang menganggap GRO Melayu sebagai hidangan nasi lemak. Kemana perginya tanda ‘haram’? Melayu itu Islam. Apakah para Ulama, Tuan dan Tok Guru sudah hilang penglihatan dan lidah mereka sudah jadi ‘lidah setan’ menghalalkan orang politik untuk merebut kuasa dan kekayaan, yang  berkuasa fikir mereka sudah jadi Tuhan? 


“Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri”. - Al-Quran. 
Ada juga OKU ‘orang kuat UMNO’ yang tidak berada didalam dewan, mereka ada agendanya sendiri. Mungkin tanda tunjuk protes, bosan dengan pucuk pimpinan yang mengamalkan politik Machiavelli. Sebelum PR-12, saya pernah suarakan dalam satu temu bual secara langsung dengan Zainaldin Zainal, bangsa kita ini sakit, emosinya sakit, jika penyakit bangsa ini tidak diubati Melayu bakal hilang kuasa politik. Sakit hati akibat kecil hati akibat pemimpin bersikap tidak peduli.


Air yang keruh di hulu masakan boleh jernih dihilir. Berapa ramai mereka yang memikirkan apa akan jadi pada UMNO dibawah kepimpinan Dato Najib Tun Razak PM ke-6, Presiden ke-7 yang kita tidak nampak hala tuju ke mana Najib nak bawa Melayu? Misi dan visi Tun Razak jelas, begitu juga Tun Mahathir dalam Dasar Ekonomi Baru, Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam dengan membawa Anwar ke dalam UMNO. 


Siapa pun akan letih dengar celoteh para perwakilan yang datang bercakap dalam dewan, ‘buat sedap mulut untuk mencari perhatian, ‘retorik’ hanya beberapa kerat saja yang berani berterus terang. Inilah padahnya bila masuk UMNO nak cari untung, ramai sangat yang sudah hilang semangat perjuangan. UMNO hari ini bukan lagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, mereka sudah tidak bersatu hati, hidup sendiri sendiri, ‘not one for all and all for one’.


Sambil menghirup kopi terlintas difikiran, mana tak seronok, semuanya disponser, makan, minum, hotel, kenderaan, selain dari wang sagu hati. Inilah akibat seronok jadi masyarakat ‘subsidi’, dari mula lahir ke dunia hingga mati bergantong pada ‘subsidi’, hidup tanpa ‘jati diri’. Itu pun ada yang merungut kerana bila tak ada pemilihan pucuk pimpinan, mereka tak dapat seperti musim pemilihan. Mereka terlupa bila hidup jadi alat, tidak sebebas ulat. Sudah 53 tahun merdeka ‘mind set’ hidup masih bergantung pada tuan bukan Tuhan. Mungkin mereka suka dijadikan seperti ‘daun kari’ dan ‘daun pisang’. Ruginya manusia yang tidak kenal diri sebagai khalifah diatas muka bumi.


Tangan yang berada di atas lebih berkuasa dari tangan yang menadah namun masih berbangga dengan slogan ‘ketuanan Melayu’. Tahukah anda perbezaan antara ‘hamba’ dan ‘tuan’? “Bersyukur dengan yang sedikit, Allah akan tambahkan. Seandainya anda tidak tahu bersyukur anda akan dilaknati.”  - Al-Quran. Pelik, berada ditaraf hamba masih tidak bersyukur. Kenapa tidak mahu belajar dari bilal yang dulunya hamba, bila beriman dan hanya Allah yang disembah, hidup bermaruah sepanjang zaman. 
Itulah yang sedang saya fikirkan, sementara menunggu Musli Oli penulis politik yang dulunya ahli UMNO Sabah yang akhirnya melompat jadi ahli PKR. Tukar parti politik bukan murtad. Sulaiman Al-Farsi pada mulanya menyembah api kemudian memeluk agama Kristian akhirnya Nabi Muhammad SAW menerimanya sebagai ahlul bait Rasulullah SAW. 


Musli tahu kekuatan BN bergantung pada pemimpin Sabah sebagai ‘fix deposit’. Berapa ramai yang sedar Dato Sri Lajim Ukin juga akan meninggalkan UMNO? Nasib baik Shafiee Afdal menang Naib Presiden, kalau tidak, tidak mustahil dia pun akan meninggalkan UMNO. Tahu kenapa? Tahu tak pa...! Siapa yang boleh tahan dengan Musa Aman, Ketua Menteri yang dilabelkan sebagai ‘vaccum cleaner’, antara orang yang terkaya di Malaysia kononnya Musa Aman (upti) ada membayar cukai pada Rosmah Najib untuk kekal berkuasa. Apakah Najib tidak tahu semua ini atau tutup sebelah mata? Semua ini tidak berlaku di zaman Tun Mahathir pemimpin Melayu terakhir. Bini tidak boleh turut campur dalam urusan negara.


Bukan saja pemimpin tetapi ramai penulis yang kecewa dengan sikap pemimpin UMNO yang ‘bakar jambatan selepas menyeberang’. Macam mana rakyat nak hormat jika rakyat tahu hubungan rapat isteri Rais dan Rosmah seperti Rosmah dan Sharizat. 


Disana sini orang bercakap pemimpin yang macam ini boleh mendapat jawatan yang penting? Salahkah bila akhirnya mereka memehak kepada musuh-musuh UMNO? Mereka tidak mahu menjadi ‘musuh dalam selimut’, tetapi jadi ‘tikus siber’ menyerang pemimpin UMNO yang telah mencetuskan permusuhan dengan penulis yang menjadi telinga, mata dan suara rakyat. Kalau ada pun yang tinggal dua tiga orang saja, itu pun species yang hampir-hampir pupus, yang masih berjiwa nasionalis dan patriotik. 


Dulu sebelum tertubuhnya pertubuhan politik menentang penjajah Inggeris, semangat Melayu mahukan kemerdekaan oleh pemikir dan penulis yang dilabel sebagai orang kiri menentang Inggeris. Nama para lagenda seperti Pak Sako dipadam dari sejarah, akhirnya satu persatu pemimpin UMNO merajuk bermula dengan Dato Onn, Dr. Ismail, Syed Jaffar Albar, Dato Harun dan akhirnya Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn mati di luar UMNO. Nasib baik Mahathir setelah keluar dari UMNO marahkan Abdullah Badawi masuk semula.


Pelik tapi benar. Dalam UMNO sendiri lebih ramai yang hipokrit. Hari ini orang sudah tidak takut lagi dilabel sebagai ‘munafik’ tetapi bimbang dengan label ‘racist’, lupakan perjuangan Melayu. Kita hari ini sudah jadi 1Malaysia. Cuba baca buku saya ‘Malaysia Without Malays’. Pemimpin dikeliling  mereka yang melekat seperti parasit yang hanya berpura-pura sebagai kawan tetapi spesis haiwan, pusing belakang musuh yang ketat, menikam dari belakang seperti pepatah Inggeris “dog eat dog”. Inilah yang sedang diperhatikan oleh “Penulis selaku telinga, mata dan suara rakyat. Kita hanya perlu takut pada Allah saja.


Kenapa mereka nak larang penulis jual buku setahun sekali?”, kata Pak Dhalan, orang kuat UMNO dari Batu Pahat yang kini tinggal di Subang ketika dia singgah minum bersama kami. Dia cukup marah, marah melihat saya yang dah lama tak masuk di Perhimpunan Agong tetapi duduk di bangunan The Mall kepunyaan kumpulan Sunway yang dimiliki oleh ahli-ahli perniagaan China. Saya jawab “Melayu, Cina dan India sama saja. Apakah ini bukan satu konsep 1Malaysia?


Memang ramai blogger yang suka duduk di Starbucks, ada yang tidak minum pun, sekadar beritahu kawan-kawan ‘aku ada kat Starbucks’. Kalau tidak ada ego bukan penulis namanya. Inikan pula penulis yang merasakan diri bertaraf lima bintang padahal ‘sengal’. Sudah ada tiga orang penulis yang berlainan mazhab, duduk semeja, berlainan frequency dan wavelength,  tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain sama seperti pemimpin UMNO yang di dalam dewan, setangkai tetapi tidak sebau. Bukan saja musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, enemy within, ramai yang kosmetik dan lip service. Macam mana Najib tidak bimbang menghadapi PRU-13? Dia gagal menyatukan Melayu dibawah satu bumbung.


Inilah masalah terbesar ‘orang kita’, ‘Melayu’ yang sudah kehilangan haluan hidup akibat sekulirisme dan librisme, sudah tidak lagi terikat pada perintah Allah.  “Watusimubillah wala tufaraku” akibat tidak memahami hakikat dan tujuan hidup selaku khalifah diatas muka bumi. Terlupa yang mereka dijadikan sebagai ‘master of the universe’ bukan jadi seperti ‘buih diatas lautan’ yang terumbang ambing bila ditiup angin. Akibat ramai yang  meninggalkan ‘adab’ dan tidak ramai yang berilmu, ilmu syariat, hakikat, tarikat dan marifat untuk melayakkan diri mereka jadi pemimpin umat Islam. Melayu adalah bangsa terakhir di muka bumi ini yang semestinya Islam yang tidak terjadi hatta bangsa Arab yang Nabinya Arab, bahasa Al-Quran bahasa Arab. Apakah tidak mustahil Islam akan muncul dari Timur bukan Timur Tengah? Apakah kerana itu Mahathir suruh kita pandang ke Timur, Korea dan Jepun dimana kita lihat Islam menjadi cara hidup tanpa umat Islam sekadar keturunan. 


Bayangkan pada hari Persidangan UMNO dimana ahli politik sepatutnya ‘memerah otak’ memikirkan nasib masa depan bangsa Melayu dan anak cucu mereka yang sedang hidup terumbang-ambing, terbuang seperti sampah masyarakat, berjuta sudah sesat, ratusan ribu sudah murtad, mereka masih punya agenda tersendiri. Islam apa namanya ini? Cukuplah media massa arus perdana membelasah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim itu siapa? Bukankah mantan Timbalan Presiden UMNO. Satu jari telunjuk mengarah kepada Anwar, tiga jari lagi mengarah kepada pemimpin UMNO yang berada di dalam dewan. Duduk dalam rumah kaca, jangan main baling batu ke rumah orang.


Bilakah lagi pucuk pimpinan mahu menanamkan semangat sense of belonging dan sense of responsibility untuk mengubah ‘mind set’ mereka yang bukan saja tidak mengamalkan ‘fardu ain’ juga ‘fardu kifayah’.


Apakah mereka tidak ada perasaan terhadap saudara mereka sendiri dan tidak takut pada Allah? Bukankah Allah itu lebih dekat pada leher manusia? Bukankah cintakan saudara itu sebahagian dari iman?1Malaysia sepatutnya bermula dengan Melayu, tak ada Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, menyembah Tuhan ‘Hubbul watan minal iman’, cintakan negara itu sebahagian dari iman, ini slogan ‘hidup Melayu’ yang sudah dilupakan. Siapa yang nak bunuh Melayu? Siapa yang nak matikan Melayu? Siapa yang makan melayu? Lu fikirlah Bro.


Sampai bila pemimpin dan keluarga serta kuncu-kuncu mereka mahu leka mengumpul harta sebanyak-banyaknya dan disimpan di luar negara dan dalam negara, rakyat sekadar tengok aje?  Sama seperti ‘orang kita’ yang masih tidak cukup berhibur di ‘Jom heboh’ dan segala upacara hiburan, terutama bola dan rancangan hiburan di TV di rumah? Masa berhimpun untuk berfikir mengenai masa depan agama, bangsa pun ada agenda hiburan dan mengutuk Anwar dan PAS tapi tidak mahu membersihkan kotoran pada diri sendiri.


Bayangkan apa presepsi kaum lain terhadap ‘orang kita’? Salahkah mereka memperkotak katik dan bukan saja memandang rendah dan mentertawakan mereka yang memperniagakan ‘ketuanan Melayu’? Sudah ada 1Malaysia mana ada Melayu lagi, melainkan mereka yang revive. Tuan apa benda? Yang masih tinggal Tuanku pada raja-raja Melayu, itu pun entah berapa lama lagi. Hendak cakap tentang tanah air tetapi duduk di rumah PPRT, rumah burung merpati, lantainya bumbung orang, bumbung rumah lantai orang diatas, berkongsi dinding, anak ke universiti akan berhutang sampai mati, hidup dengan ‘mind set’ subsidi.


UMNO adalah Melayu. Menjadi tanggungjawab pemimpin UMNO menjaga Islam dan Melayu, bukan mengutamakan anak isteri dan mereka yang bertuankan anda. Melayu mesti menjaga UMNO jika hidup tak hendak layu. Hendak jaga macam mana, UMNO sudah jadi milik keluarga bukan lagi rakyat yang marhain. Untuk apa berdegar-degar cakap tentang ‘ketuanan Melayu’ jika kita tidak sanggup ke penjara menyabung nyawa untuk mempertahankan maruah Melayu untuk menghidupkan semula Islam yang hampir mati dalam diri Melayu.


Pemimpin Melayu ‘apa benda’ jika sanggup  menjualkan roh pada setan, menjual bangsa, negara dan agama namun masih menuntut dihormati disanjung dan disayangi. Pelik, persidangan UMNO dianggap sebagai hari raya bagi sebahagian dari mereka. Apa jadi bila UMNO terkubur sekali lagi? Baca balik buku saya ‘Talqin Untuk UMNO’. Bila UMNO mati akibat perebutan kuasa antara team A dan team B, akhirnya muncul Parti Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang kalah merebut kerusi Presiden dari Tun Mahathir.


Tidak semena-mena, Zaharin Mohd Yassin menjelma, semua mata tertumpu kepada ‘Sang Kelembai’ yang terkenal dengan mulut besar yang amat celupar. Siapa pun dia tidak peduli, Tan Sri Muhyiddin Yassin TPM dianggap seperti ‘paria’, memang ramai pun yang pandang Naib Presiden UMNO sebelah mata. Zaharin maki hamun Muhyiddin dengan bahasa ‘kurang ajar’ sedangkan dia ahli UMNO. Macam ini punya ahli UMNO pun ada. Pemimpin ditentang, siapa yang  boleh displinkan Zaharin? Ada orang kata ada konspirasi untuk menjatuhkan Muhyiddin yang tidak sehaluan dengan Najib. Siapa punya agenda?


Zaharin terkenal dengan watak kegilaannya.  Boleh dikatakan hampir semua pemimpin atasan dan orang-orang lama UMNO mengenali beliau menganggap dia ‘gila’, dia tidak peduli pun. Dialah orang yang pertama melanyak Pak Lah tanpa sedikit belas kasihan. Ada yang kata dia bebas berbuat demikian kerana ada hubungan dengan orang dalam. ‘Kabel’ dia kuat ‘high voltage’. Lebih kurang macam itulah presepsi ramai orang terhadap saya. Ramai yang bertanya macam mana saya masih bebas, sepatutnya saya merengkuk dalam penjara tetapi tidak kena ISA hingga Najib menghapuskan ISA. Ramai yang terlupa “Allah adalah sebaik-baik penjaga. Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak dari Allah - Al-Quran.” Takut apa pada manusia jika kita sudah takut pada Allah yang Maha Esa.


“Pak Tuan, saya nak cari buku Pak Tuan, sebab Rosmah suruh cari.” kata Zaharin. Saya memandang tepat ke muka Zaharin. “Biar betul ni bini Perdana Menteri suruh Zaharin beli buku yang menghentamnya”, bisik hati kecil saya. “Boleh, tapi satu buku seratus ringgit tau!”


“Seratus ringgit, lima puluh tak boleh ke?”


“Patut ke dengan Big Mama yang cincinnya berjuta ringgit, harga satu ratus ringgit Dr. Zaharin kata mahal?” Saya minta kepastian. Zaharin senyum lebar seluas mulutnya. ‘Think big’. Sepatutnya Zaharin yang suka kepada benda-benda besar ‘think big’. 


“Betul, Rosmah yang hendaklah, saya tak tipu Pak Tuan”, Zizan dan Musli memandang ke Zaharin juga meminta kepastian, begitu juga Hatta Al-Mukmin, saya sekadar mengadakan ‘eye contact’.


“Betul Zan,” kata Zaharin sambil mengeluarkan telefon bimbit. “Engkau tengok ni, dia SMS kat aku,” kata Zaharin dan terus menunjukkan sms yang dikirimkan oleh Datuk Seri Rosmah kepadanya. Hebat betul Rosmah ni, Zaharin boleh diperalatkannya tetapi sampai bila? Cakap seorang diri ini sedap. “Jangan mudah terpengaruh dengan mata, apa lagi dengan manusia yang suka tengok orang dengan ekor mata. Siapa tahu ianya mungkin satu fitnah?”


Kisah percintaan Najib ini seperti Puteri Gunung Ledang yang berjaya merosakkan Sultan Mahmud Shah, Sultan yang sanggup merosakkan bangsa agama dan negara semata-mata kerana nafsu. Ramai yang mengutuk kata Zaharin ‘gila’ tetapi penakut macam lelaki yang hendak kahwin satu lagi, ingin tetapi takut, bukan takut bini, bini tidak takut dengan dia, nama manusia yang penakut tak akan ada dalam sejarah seperti para lagenda Melayu sebelumnya.


Saya membaca ayat demi ayat yang dikirimkan yang terdapat dalam telefon genggam Zaharin  oleh wanita yang bergelar “first lady” yang sangat dibenci oleh masyarakat tak kira bangsa meluat tengok muka Rosmah yang amat disayangi oleh Najib. Najib sanggup buang anak isteri bila mengahwini Rosmah, cinta mereka seperti Shah Jahan dan Mumtaz Mahal yang hidup diabad yang ke-17. Najib menamakan Rosmah ‘first lady’ seperti Shah Jahan menamakan Arjumand Banu Begum, Puteri Persia Mumtaz Mahal ‘Jewel of the Palace’.


Mungkin benar, Rosmah kekasih Najib seperti kisah Mark Antony dan Cleopatra. Rosmah yang menghantar sms itu kepada Zaharin tetapi kenapa Zaharin? Rosmah tidak cantik macam Cleopatra, dia pendek tetapi dia cerdik tetapi malang kedua kekasih itu mati bunuh diri dalam keadaan yang sangat trajis bila ditentang oleh tentera Rom. Kisah percintaan Antony dan Cleopatra ini menjadi pilihan William Shakespeare. Cleopatra adalah Firaun Mesir yang terakhir, apakah Rosmah akan menjadi wanita pertama dan terakhir menduduki Putrajaya? 


Apakah Rosmah bakal merosakkan nama Najib, keluarga, UMNO dan Melayu? Najib dikatakan mencurigai Muhyiddin (Brutus) seperti Sulaiman Palestin yang melawan Hussien merebut kerusi Presiden di Perhimpunan Agung UMNO yang akan ditentang.


Rosmah tidak takut dengan gosip dan kritik, dia peduli apa masalah Najib yang menjadi pemimpin negara. Yang penting dia sudah jadi wanita pertama dan kisah cinta Najib pada Rosmah yang sudah menjadi lagenda, sudah terpahat dalam sejarah Malaysia. Dia tahu Najib baik, tidak pandai marah. Salahkah dia mengambil kesempatan menunggang Najib? Walaupun dia anak Chegu sekolah bukan seperti Cleopatra Raja Mesir. Sejarah akan berulang dengan kisah Octavia anak angkat Caesar.  


Kalau Imelda menunggang Marcos boleh, Ibu Tien boleh mendapat kasih sayang dari Pak Harto, kenapa Rosmah tak boleh? Dia sudah memberitahu Media Massa dia tidak takut dan tidak peduli dengan kritik. Dia bini Perdana Menteri yang penuh berkuasa, siapa yang boleh buat apa-apa pada ‘first lady’, seolah-olah dia mempunyai kekebalan padahal dia sedang buat kerja orang ‘bebal’. Inilah keadaan manusia bila ditonggang oleh nafsu, cinta kegilaan dunia seperti kisah puteri ular puteh. Ular putih (puaka) ini boleh bertukar jadi manusia. Satu hari ketika menjelma sebagai manusia dia terjumpa seorang terpelajar yang budiman, dia jatuh cinta, mereka berkahwin. Satu hari ketika Fa Hai seorang sami Buddha terjumpa rahsia sebenarnya Lady Whitesnake, dia beritahu suami ular siapa isterinya sebenarnya. Dia beri isterinya makan sejenis ubat, dia bertukar menjadi ular semula melihat siapa isterinya sebenar, dia jatuh pengsan dan terus mati. 


Kalau Rosmah ada ‘adab’, dia tidak buat kerja-kerja yang boleh merosakkan imej Najib dan UMNO serta kerajaan Malaysia. Zaharin kata ‘buku merah’ disuruhnya masuk ke dalam sampul surat dan diberikan kepada bodyguardnya. 


Tanya berapa kerat yang menghadiri perhimpunan yang suka dengan Rosmah? Perkara macam ini tidak pernah berlaku pada Perdana Menteri sebelum Najib. Selaku penulis dan pemikir yang mendokumentasikan sejarah, saya fikir lebih baik saya tulis kisah cinta Rosmah Najib seperti Romeo dan Juliet dari merakam kisahnya selaku Perdana Menteri, pasti buku saya akan muncul semula sebagai ‘best seller’.

2 comments:

  1. buku pak habib yg psl siti yang versi indonesia tu ada jual kat sini tak?cover dia lawa..nk buat koleksi..kalu versi malaysia da ada..

    ReplyDelete
  2. "saya fikir lebih baik saya tulis kisah cinta Rosmah Najib seperti Romeo dan Juliet dari merakam kisahnya selaku Perdana Menteri, pasti buku saya akan muncul semula sebagai ‘best seller’."

    dulu pak habib pernah tulis kisah cinta Datuk K jd best seller kan.. kalu buat buku kisah Rozita che wan, ct n datuk k lak... syok gak..

    best baca buku pak habib ni sbb ada benda yg org xtahu diceritakan....

    ReplyDelete

A Closer Look.

Translate