Pukul 2.50 petang, 11hb. March 2012, lebih kurang 30 pelajar lelaki dan perempuan dari MMU Melaka sampai ke Universiti Of Life, seperti biasa saya akan berkongsi pengalaman dengan mereka ‘apa itu Universiti Of Life?’ Coincident atau tak sengaja, tak ada, segala-galanya telah dirancang oleh Allah SWT. Apa yang patut kita tahu tentang ‘kehidupan’ untuk mengeluarkan anda dari ‘mind set’, berfikir dalam kotak. Anda adalah makhluk yang dihidupkan sebagai ‘khalifah Allah’ di atas muka bumi, maka anda perlu menjadi manusia yang hebat, luar biasa. Jangan berpuas hati sekadar menjadi manusia biasa-biasa.
Saya berdiri di satu sudut berhampiran dengan kolam ikan Japanese cub, keli, talapia, ikan sungai, di mana tertulis ‘think’ fikir, tafakur, didepan para pelajar Multimedia Universiti yang diketuai oleh Fazli bin Shari pengurus hal ehwal pelajar, saya menunjukkan pada mereka. Sebaik saja mereka masuk, tentu ternampak tulisan ‘Iqrak’ baca, hanya dengan membaca dan berfikir akhirnya kita akan menjadi manusia yang berilmu. Lebih banyak ilmu yang kita berikan kepada orang ramai, lebih banyak ilmu yang akan kita dapati. ‘The more you give the more you get’.
Sebelum mereka sampai, saya membaca balik buku yang saya tulis pada tahun 1994 “Pemimpin, Politik dan Firasat” di mana terdapat petikan dari Dato Johan Jaafar, ketika itu Ketua Editor Utusan Group kini menjadi boss Media Prime. Johan mencabar supaya para penulis dan pemikir menceburi bidang metalfizik supaya menandingi pemikir dan penulis Barat. Saya fikir apa salahnya saya mencuba kerana pada umur belasan tahun saya sudah membaca buku ‘Tasauf Modern’ karya Hamka kemudian buku ‘Sufisme’ oleh Prof Naquib Alattas. Risiko paling besar buku diharamkan atau diheret ke mahkamah. Kedua-duanya pula telah saya alami. Mungkin sudah sampai masanya kita kembalikan masyarakat Melayu yang meminati tasauf, sufi dan mistik Islam ‘metalfizik’, baru kita dapat memperbaiki haru biru yang berlaku di seluruh dunia hari ini, bermula dengan diri dan keluarga kita sendiri.
Kuala Lumpur 28 Dis - Golongan pemikir di negara ini harus mencari satu pilihan baru dalam bidang ilmu terutamanya metafizik dan falsafah supaya tidak terlalu bergantung daripada pemikir barat.
‘Kita harus prihatin bahawa di sebalik kehebatan ilmu Barat yang didukung oleh mesin lobi dan prestij yang dikaitkan dengan universiti besar mereka, kita harus melihat secara objektif siapa sebenarnya mereka”.
Utusan Malaysia
29hb Disember 1993
Cabaran mendalami ilmu falsafah dan metalfizik dikemukakan di hadapan ahli Kelab Pemikir Muda Persatuan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) serta Utusan Malaysia sewaktu beliau menutup seminar ‘pemikir kreatif’ anjuran Kelab tersebut, supaya selain dari menghafal dan menyalin kembali buku-buku orang terdahulu. Cubalah membawa satu pembaharuan supaya menukar sistem pendidikan Barat dan kembali berfikir secara Islam dengan menggunakan akal dan kuasa metalfizik. Dari mana Johan tiba-tiba bercakap mengenai peri pentingnya tidak matalfizik jika tidak dari Anwar Ibrahim.
Nah, selepas berlakunya peristiwa 11 September di New York dan jatuhnya Russia, Barat sudah mula mempelajari mengenai Islam.
Menurut Johan, ahli falsafah Barat yang selama ini mendominasi pemikiran masyarakat negara lain sebenarnya tidak sehebat mana sebaliknya mereka adalah penciplak kepada kejayaan orang lain terutamanya daripada pemikir Islam. Siapakah ‘murshid’ kepada Anwar Ibrahim jika bukan Prof Naquib Alattas. Dari mana saudara Anwar dapat idea ‘Masyarakat Madani’ dan ‘Asian Renaissance’?
Ramai yang setuju tetapi sekadar ‘buat bodoh’, ada segolongan kecil yang berminat seperti ‘api dalam sekam’.
Tujuan saya menerbitkan semula tulisan ini kerana mengingatkan mereka yang ‘mudah lupa’ supaya jangan terpengaruh dengan falsafah yang dibawa oleh Nietzsche, seorang ahli falasafah German ‘atheistic’ yang menolak kekuasaan Tuhan Yang Maha Agung yang hasil buah pemikirannya menyebabkan sajak Kassim Ahmad ‘Tuhan Sudah Mati’ menimbulkan kontroversi. Tanpa disedari, ramai yang percaya tuhan sudah mati, mereka berlagak macam tuhan. Pendapat ini bertentangan dengan Ana Al-Haq yang dibawa oleh Hussien Ibnu Mansur, tokoh Sufi yang kisahnya hidup disepanjang zaman.
“Aku ajarkan kepadamu: Jadilah manusia agung… pernah dosa yang terbesar adalah dosa melawan Tuhan. Tapi, Tuhan sudah mati. Dan bersama dia matilah pendosa pendosa ini.”
Nietzsche
Nietzsche (1844-1900), pengasas dan pengembang filsafat eksistensialisme lalu dikembang dan mencapai tahapnya yang tertinggi melalui Martin Heidegger. Hari ini ramai orang kita yang berani menyuarakan idea-idea eksistensialisis dengan uraian-uraiannya yang sangat ekstrim. Apakah kerana Nietzsche kata ‘Tuhan sudah mati’ maka manusia boleh bermaharajalela diatas muka bumi? Tuhan mati dalam dirinya, sepatutnya dia mematikan ego dan karektor syaitaniah yang ada dalam diri.
Amerika dan negara yang hampir bangkrap sebagai ‘super power’ akibat kuncu-kuncu Nietzsche. Tak percaya baca ‘The Closing Of The American’ oleh Alan Bloom yang mendakwa Amerika sudah mengikut falsafah Nietzsche. Pengakuan kita ‘Allah hu akbar’ Allah Maha Besar kita tidak utamakan kerana kita tidak kosongkan diri kita. ‘Zero yourself’ untuk mencari infiniti.
Apakah mungkin manusia menemui jalan yang menyelamatkan jiwanya jika tidak berpandukan Quran. Adakah manusia mampu menetapkan landasan hidup sendiri? Kita mahu percaya idea Allah membuka jalan untuk hidup manusia maka jika Allah mati, maka manusia sendiri akan menjadi semacam ‘keillahian’? Mengikut filsafat eksistensialisme Nietzsche sebagai ‘manusia unggul’ insanul kamil. Adakah sama superman dan insanul kamil?
Sememangnya para ilmuwan Islam seperti Ibn Arabi dan Imam Ghazali, Al-Jurjani dalam Islam juga membincangkan soal kewujudan dan apa yang menyempurnakan manusia. Selain di Tanah Melayu sendiri manduk sudah diperbincangkan oleh Hamzah Fansuri dan Ar-Riniri dan tidak diperbincangkan sampailah ke abad ke 20 bila lahirnya seorang Naquib Al-attas di Bogor. Apakah kita terlepas pandang Malaysia telah pun melahirkan Prof Syed Naquib Al-attas sebagai pemikir yang mendahului pemikir Barat dalam banyak perkara.
Nietzsche dengan tegas dan penuh keberanian ia menegaskan potensi ‘Ilahiah’ manusia sebagai ‘homo-religious’. Ia selalu dan tak lelah-lelahnya menganjurkan agar manusia itu kuat untuk menentukan dirinya sendiri. Manusia tidak lagi memerlukan Tuhan menjadikan dirinya sebagai tuhan.
Idea Nietzsche yang menganggap bahawa Tuhan merupakan musuh “eksistensi”, ‘wahadatul ujud’. Keujudan Tuhan dalam diri manusia harus ditiadakan bila Tuhan dimatikan ‘that god is dead’ bertentangan dengan pendapat ‘matikan dirimu sebelum kamu dimatikan’. Yang perlu dimatikan ialah ego seperti pendapat Mohd Iqbal. Idea “Allah”, tegasnya, berperang dengan “hidup”.
Konsep Iqbal tentang karakter manusia unggul itu tidak sampai “membunuh” idea Tuhan, menempatkan ‘homo-religiousus’ sosok impiannya itu sebagai bahagian yang sangat penting sebab dalam pandangannya, manusia yang sempurna harus dilihat sebagai satu kesatuan jasmani dan rohani.
Adalah insan yang di dalam dirinya terkandung kekuatan, wawasan, Iman, Islam, kearifan, kebijaksanaan dan terpancar akhlak nabawi yang adiluhung dalam setiap gerak lakunya.
Moralitas kejantanan yang ulung, tanpa merasakan riskan menegasikan eksistensi Tuhan. Maka secara komparatif, pada sisi inilah yang membezakan Nietzsche dengan pendapat Iqbal dalam berbagai kesamaan pandang mereka tentang “EGO” sebagai potensi terbesar manusia.
Memang ramai manusia yang berkarekter macam syaitan sebab itu tajuk buku ini Setan, Syaitan, Sultan, meminjam kata-kata dari filem Seniman Agung P.Ramlee “bukan setanlah syaitan, sultan”. Manusia berkarekter syaitan itu memandang dirinya sebagai tuhan ‘bersultan dimata beraja dihati’ dengan berbaju kebal, tembak tak lut. Mereka menggunakan kebebasan imuniti sehingga merasakan tidak ada pihak lain yang berhak mengaturnya. Mereka berada diatas undang-undang. Manusia berwatak seperti ini bukan tidak memahami batas-batas hak asasi manusia yang dianiaya itu hamba Allah bila merasakan Tuhan sudah mati, mereka melakukan sewenangnya dalam kehidupan sosial. Dia berada di luar ‘entity social’ dan seolah-olah tidak berdampingan dengan sesama manusia. Malahan, untuk kepentingan peribadi dan kebebasannya telah menganggap dirinya sebagai aturan itu sendiri. Inilah syaitan yang berwajah manusia.
Manusia yang jahil terlupa bahawa Tuhan paling dekat dengan dirinya, lebih dekat dari urat leher. Tuhan ada dalam diri manusia, jika Tuhan mati, roh manusia yang dicipta oleh Tuhan ikut mati sama. Tuhan Maha Bijaksana lagi Maha Sempurna. Bukan kerana dia akhirnya diserap ke dalam Tuhan tetapi sebaliknya dia menyerap Tuhan sendiri ke dalam egonya kerana telah mematikan egonya.
Kita perlu mengingatkan sesama manusia bahawa kita semua adalah makhluk Allah, bezanya siapa yang berwahyu dan siapa yang serupa dengan karektor syaitan? Siapa yang pro dan siapa yang kontra dengan pendidikan Tuhan barulah karektor ketuhanan muncul dalam diri kita setelah kita kenal siapa diri kita. Awal-awal agama ialah mengenal Tuhan.
Mereka yang kenal diri serta tahu bahawa aspek Allah yang tidak zahir ialah ‘Jalal’ dan yang zahir (manifestasi) ialah ‘Jamal’. Kesempurnaan jiwa bagi ‘Salik’ ialah berada antara kedua-dua aspek ini. ‘Ghayr’ (yang lain) sebenarnya tidak ada. Inilah sebabnya golongan Syattariyah percaya kepada satu ‘ke-Aku-an’.
Tauhid ialah mengetahui satu, mengatakan satu, melihat satu, dan menjadi satu. Aku satu dan tidak ada sekutu dengan Ku. Tidak ada tabir yang lain kecuali khayalan tentang (makhluk). Langit dan bumi tidak ada merentangkan tabir ini, hanya ibubapa anda, bangsa anda, buku-buku anda yang mengadakan tabir itu.
Badan dan Akal dapat dilihat. Ruh, Sirr dan Nur tidak dapat dilihat. Untuk mencapai Haq, seseorang itu hendaklah melalui semua ini secara berperingkat-peringkat.
Ana Al-Haq
Khan Sharif Khaja Khan
Memang tidak salah kita mempercayai kata William Shakespeare bahawa ‘dunia ini ibarat pentas’, namun sampai bila kita mahu jadi penonton, bila lagi kita hendak jadi pelakon dan lakonan kita ditonton?
Saya tidak heran dengan taman air di Cordoba, di Granada, di Agra dimana terdapat makam Mumtaz Mahal yang dibena oleh Shah Jahan kerana di Taman Hana yang seluas 6 ekar berada dalam hutan berhampiran dengan banjaran titiwangsa sudah ada replika taman tergantung Babilon dan taman-taman bunga di UK, Australia, New Zealand, Wadi Hussien juga akan menjadi satu keajaiban dunia. Namun apa yang ditakuti oleh manusia yang sedar betapa bahayanya ‘global warming’, terasa sangat bahang yang mengigit walaupun taman ini mempunyai sungai cempro yang airnya mengalir jernih dari gunung dan ada anak sungai dan ribuan pohon didalam taman.
Saya Melayu sebab itu saya membuat taman diatas gunung ditepi sungai. Melayu tidak dapat dipisahkan dari sungai. Sungai digambarkan oleh Al-Quran sebagai syurga.
Perkataan tanah air dan ibu pertiwi adalah perkataan-perkataan unggul dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada negara. Istilah ibu pertiwi apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, ia menjadi ‘motherland’. Orang Inggeris merujuk kepada tanah air mereka sebagai ‘motherland’. Bagaimana mahu menanamkan semangat patriot seandainya kita tidak beriman “habbul watan minal iman”, cintakan tanah air itu sebahagian dari iman.
Orang Jerman menamakan negara mereka sebagai ‘fatherland’. Mungkin Hitler terpengaruh dengan falsafah Nietzsche, buat apa yang dia suka terhadap orang Yahudi kerana dia fikir Tuhan sudah mati, Jerman adalah tanah bapak dia. Lu fikirlah Bro.
Apakah mereka yang duduk di rumah PPRT di tingkat dua di mana bumbungnya lantai orang diatas, lantainya bumbung orang dibawah, berkongsi dinding layak berbangga dengan ibu pertiwi dan tanah airku? Kasihan, Tuhan kita Maha Kaya, orang kita maha miskin.
Pertiwi adalah perkataan Sanskrit yang merupakan salah satu daripada lima unsur bumi menurut kosmologi melayu purba. Konsep yang bernama panca mahabhuta ini menggariskan lima unsur bumi terdiri daripada pertiwi (tanah), apah (air), teja (cahaya), bayu (udara) dan angkasa (ruang). Apakah kelima-lima panca indera kita pernah kita gunakan selaku makhluk yang berfikir?
Sampai bila pun hubungan rakyat dengan negaranya seperti hubungan dia dan ibu kandungnya, yang terdiri daripada tanah, air dan ruang udara mahu terjalin jika dia tak tahu yang dia dari unsur air, tanah, api dan udara.
Patutkah kita menyalahkan mereka yang merasa mereka boleh menebang hutan sekehendak hatinya setakat mahu menuding jari menyalahkan sistem hidup bermasyarakat kita yang kian mencabar dengan pelbagai anasir yang boleh membawa kita terjerumus ke dalam krisis sosial yang gawat tanpa kita bangun dan berbuat sesuatu? Kita berdosa kerana tidak melakukan fardu kifayah yang sudah menjadi fardu ain.
Didalam menilai sifat sebuah masyarakat, sama ada mundur atau maju, sama ada songsang atau tamaddun, sama ada jahiliyah atau islam, sebab sesebuah masyarakat yang dipengaruhi oleh nailai-nilai kehaiwanan dan kebinatangan, tidak mungkin menjadi sebuah masyarakat yang bertamaddun, walaupun taraf ekonomi dan ilmu pengetahuannya tinggi melangit, kerana ukuran ini dibuat mengikut kadar maju mundurnya nilai kemanusiaan. Dan sudah pasti sekali ukuran ini tetap dan tidak akan pernah meleset.
Syed Qutb
Hujah-hujah saya ini sekadar ingin membuat anda berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah sosial yang amat berat yang sedang menimpa Negara kita. Inilah yang telah saya lakukan dalam hampir setiap tulisan saya, mengajak manusia berfikir supaya mereka kenal siapa diri mereka dan siapa Tuhan yang disembah.
Saya seorang penulis politik yang percaya dengan hak asasi manusia. Manusia bebas berpegangan kepada apa saja kepercayaan yang disukainya seperti yang termaktub di dalam “Article 19 in the Universal Declaration of Human Rights” yang berbunyi. Maka tanpa merasa takut saya sampaikan, hanya Allah saja yang berhak memberi hidayat.
“Everyone has the right to freedom of opinion and expression, right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and import information and ideas through media and regardless of frontier”.
“A world in which human beings should enjoy freedom of speech and belief and freedom from fear and what as been proclaimed as the highest aspiration of the common people”.
Tamadun adalah Istilah Arab. Ia diambil dari katadasar Prof Naquib berdasarkan lisanul Arab. Tamaddun dari perkataan din kerana tanpa din tiadalah tamaddun. ‘Tamaddun’ oleh Kamus Muhjiduth Thullab yang diertikan sebagai “Berkelakuan dengan akhlak yang halus”.
Lahir sosok manusia unggul, iaitu individu terpilih yang telah mampu menjulangkan dirinya sehingga melebihi individu lainnya. Jika Nietzsche menyebut sosok manusia unggulnya dengan uebermensche, maka Iqbal menggelarinya dengan Mard I Mu’min atau Insal al Kamil.
Mengikut pengertian biasa, ‘tamadun’ hanya dimaksudkan kepada pembangunan atau kemajuan berbentuk fizikal atau lahiriah. Yang ini mudah di transfomasikan dengan mengadakan peralatan canggih, bangunan-bangunan pencakar langit, kemudahan infrastruktur serba lengkap dan seumpamanya namun Islam melihat ‘tamadun’ dari aspek akliah, rohaniah dan lahirlah sekaligus. Di antara ketiga-tiganya, yang dipentingkan oleh Islam ialah aspek ‘rohaniah’ kerana manusia. Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu berkata bahawa tamadun Melayu Islam bukan sekadar jasmani semata-mata. Manusia adalah makhluk yang dibekalkan dengan akidah dan rohani yang ada hubungan dengan Allah SWT.
Membangun dan mendidik manusia melalui akal fikirannya, bahasanya, akhlaknya dan budayanya, tiada sempurna sebuah tamadun melainkan sempurnanya ciri-ciri diatas.
Jasad dan akal berkait langsung dengan diri manusia itu sendiri yang akhirnya menjadikan manusia sebagai ‘ahsanutaqwim’ insanul kamil, semulia-mulia kejadian. Maka makhluk yang bernama manusia perlu merangkumi sifat-sifat hati yang baik (mahmudah) seperti penyabar, redha, berlapang dada, pemaaf, pemurah, penyayang, merendah diri, berani dan sebagainya untuk menyampaikan peringkat ‘wahadatul ujud’ eksientensi mengikut Fansuri dan Raniri.
Kita melihat beberapa insiden kemungkaran yang dilaporkan berlaku di kalangan umat Islam di Negara kita mutakhir ini memberi natijah bahawa tahap keimanan agama suci ini seolah-olah berada pada tahap kritikal. Walaupun kita merasakan kita sudah menjadi satu masyarakat yang bertamadun.
Dalam melakukan perubahan ke arah kemajuan, peradaban dan kebudayaan kita mengetahui bahawa Yang Maha Pencipta “tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mahu mengubahnya”. Jiwanya bukan nasibnya. Perubahan inilah yang harus dilaksanakan secara “kolektif” (qaum) bermula dengan perubahan individu-individu. Para individu ini harus menanggalkan “aku” dan beralih kepada kesedaran “kami”. Dengan itu maka keperibadian syaitan yang sangat mengagungkan “aku” akan terkikis. “Aku” tidak akan pernah bererti tanpa “kami”.
Semua gejala ini berlaku jika kita percaya disebabkan kurangnya kefahaman terhadap ajaran Islam sebenar terutama kejahilan terhadap prinsip asas ilmu tauhid dan ‘hakikat insan’ yang ditulis oleh Prof Najib Alattas hasil kajiannya tentang ‘wahadatul ujud’ yang disampaikan oleh Hamzah Fansuri dan Nuruddin Ar-Riniri yang boleh membawa kepada keteguhan iman seseorang bila mereka menjadi manusia yang bijaksana bukan sekadar cerdik pandai kerana terdiri dari tiga elemen jasad, roh dan akal. Kereta perlu badan, injin dan pemandu yang ada GPS.
Tidak layak menjadi pemimpin yang mahu mendidik, mengubah cara berfikir dan tingkah laku masyarakat jika dia sendiri pun tidak mempunyai nilai-nilai moral yang ideal. Adab yang ditentukan oleh Islam dipandukan oleh ilmu metelfizik. Penguasa itu berperanan sebagai ‘hati’ dan rakyat sebagai tubuhnya. Manakala hati itu luhur, mulia pula tubuhnya. Ketika penguasa lurus, lurus pula rakyatnya.
Apakah kamu menyuruh manusia membuat kebajikan sedangkan kamu lupa akan diri-diri kamu sendiri dan kamu adalah orang-orang yang membaca kitab/mengetahui hukum-hukum Allah. Tidakkah kamu beraqal?”
Ayat 44 Surah Al-Baqarah
Rasulullah pernah bersabda, “Jika pemimpin baik tetapi rakyat buruk, Negara akan baik. Sebaliknya jika pemimpin buruk namun rakyat baik, Negara akan buruk.”
Ketika Umar bin Abdul Aziz menjadi Khalifah yang sampai ke peringkat insanul kamil, serigala dan kambing boleh minum dari telaga yang sama. Hari ini bila pemimpin macam setan, adik beradik tidak boleh hidup bawah satu bumbung.
Sejarah telah membuktikan ulama-ulama ul’amilin tidak pernah gentar berdepan dengan penyelewengan pemerintah. Mereka mewarisi sifat Nabi Musa ketika berdepan dengan Firaun, Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud dan Nabi Muhammad SAW ketika berdepan dengan bangsawan-bangsawan Quraisy. Ulama-ulama ini sedar, rakyat sangat dipengaruhi oleh raja-raja mereka.
Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah Al Walid yang sukakan bangunan cantik, minat rakyat ketika itu pun kepada seni bina. Pada zaman Khalifah Sulaiman yang sukakan perempuan dan arak, minat dan perbualan rakyatnya pun berlegar sekitar perempuan dan arak. Namun, pada masa pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Aziz yang warak dan beramal soleh, tindakan rakyat jelata pun ikut ke arah amal soleh.
Apa yang perlu kita lakukan ialah mengkaji dimanakah silapnya kempen-kempen dakwah dan kelas-kelas fardu ain kerana fahaman fardu ain terhad kepada ilmu fekah. Tanpa ilmu hakikat insan ‘mind set’ tidak akan berubah. Yang perlu diajarkan adalah sifat ihsan. Jika ulama mahu keberkesanan program keagamaan yang disiarkan menerusi media massa terutama televisyen dan radio serta ruangan-ruangan agama di akhbar untuk meningkatkan kefahaman Islam dan sekali gus mengangkat tahap keimanan seseorang, ia perlu merangkumi syariat, hakikat, tarikat dan makrifat.
Hidup untuk mencapai tingkat kesempurnaan tertinggi menurut Iqbal perlu mendukung konsep falsafah ‘Khudi’ kesempurnaan insanul kamil. manusia unggul yang diidamkan itu tidak mungkin tercapai selagi ego melampaui tiga tahap iaitu (1) ketaatan pada hukum (2) penguasaan diri, sebagai bentuk tertinggi kesedaran tentang peribadi dan (3) kekhalifahan Illahi. Sebab itu syariat dan hakikat tidak boleh dipisahkan. Lupakah kita yang kita ini rahsia Tuhan dan Tuhan adalah rahsia kita (sir).
Niscaya lahirnya Insan al Kamil akan tercapai.
“Ada dua golongan manusia, jika baik kedua-duanya, baiklah manusia dan apabila kedua-duanya rosak, rosaklah manusia, iaitu ulama dan para pemimpin”.
Hadith
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah), (Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada pemilihan pada fitrah Allah. (Itulah) Agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Ar-Rum ayat 30
Sejarah Islam juga membuktikan betapa pentingnya pemilihan pemimpin dibuat secara musyawarah dan consensus bukan secara diaturkan, sepertimana peralihan kuasa UMNO baru.contohnya, berlaku perang saudara di antara kumpulan Yazid anak Muawiyah dengan Hussein ibn Ali adalah kerana pemimpin-pemimpin elit Islam pada masa itu menolak pendekatan musyawarah. Yazid menuntut Bai’ah atau kesetiaan daripada Hussein untuk mengiktirafnya sebagai khalifah. Ini kerana bapanya telah melantik Yazid untuk memulakan dinasti Umayyah. Ini juga memecah tradisi pemilihan khalifah secara demokratik selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana sebagai orang yang ada integrity dan ketokohan kepimpinan Islam, Hussein enggan menerima paksaan itu. Akibatnya, Hussein bersama 73 anggota keluarganya telah dibunuh dengan kejam di Karbala.Tidak cukup dengan pembunuhan itu, Yazid memenggal kepala Hussein dan dipamerkan di khalayak ramai di Damsyik. Inilah contoh kepimpinan yang membawa bencana. Inilah setan, bukan sultan tetapi syaitan. Dari DNA inilah muncul Sultan Harun Aminurrashid. Namun gagal membunuh Imam Redha di Mashad.
Dalam Islam, pemimpin harus mendengarkan suara Tuhan. Suara Tuhan itu bisa didengar dari suara masyarakat. Inilah yang saya cuba lakukan dalam tulisan saya. Nabi pernah menyampaikan Hadith dialog diantara Tuhan dan manusia. Nanti di akhirat Tuhan bertanya, “Mengapa ketika Aku sakit kamu tidak menjenguk-Ku?” Dijawab oleh manusia itu, “Ya Allah, apa maksudnya?” sehingga di jawab kembali oleh Allah : “Mengapa ketika hamba-Ku sakit kau tidak mengunjunginya? Wahadatul wujud. Aku dan hamba-Ku menjadi saru kesatuan, “Demikian Allah mendidik kita untuk menumbuhkan etika dan estetika “kekamian” atau “kekitaan” atau nahniyyah. Jika “Hamba-Ku” sakit ada “hablum minallah” dan “hablum minannas” maka “Aku” yang sakit, atau jika “Aku” yang bersuara, demikian kira-kira. Konsep inilah yang tertuang dalam “suara rakyat adalah suara Tuhan (Vox populi vox dei). Dan itulah visi demokrasi yang sering kita dengar. Bila pemimpin tidak lagi mendengar suara Tuhan bererti dia percaya yang Tuhan sudah mati. Tuhan jika tulisannya diterbalikkan jadi hantu, hantu dan setan sama aje.
Eksistentialism Islam mencapai tahap kesempurnaan dalam sosok mulla sadara. Ini kerana soalan-soalan yang diutarakan oleh Faylasuf agung barat seperti Plato dan Aristotle tentang hakikat insan, hakikat wujud dan destinasi manusia menemui jawapan dalam wahdatul wujud.
Abah.
ReplyDeleteBoleh saya mintak pencerahan berkenaan dengan,
"Yazid memenggal kepala Hussein."
Apakah benar Hussien dibunuh oleh Yazid?
Maaf abah, tapi saya ingin tahu.