Chat with Us LIVE!

Tuesday, 15 May 2012

MEMO UNTUK NAJIB



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga dan sahabat-sahabatnya.

KATAKANLAH: “AKU BERLINDUNG KEPADA TUHAN MANUSIA, RAJA MANUSIA, SEMBAHAN MANUSIA”

Sekali lagi saya menadah tangan dan memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana telah menggerakkan hati dan fikiran saya untuk menulis dan seterusnya menyiapkan buku ini. Salam sejahtera dan selawat yang tidak putus-putus diabadikan juga untuk Raja segala rasul dan nabi yang kini bersemadi di makam Masjid Nabawi, Madinah serta kaum keluarga dan para sahabat.

“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada pesuruhMu, Muhammad serta keluarganya dan anugerahlah akan dia dengan makam terpuji sebagaimana yang Kau janjikan.”

Saudara,
Tahun 1992 saya menulis buku Memo Kepada Perdana Menteri mengingatkan Mahathir Newton’s Law ‘what goes up must come down’, sesuatu yang naik ke atas pasti akan turun. 2006 muncul buku Macam-Macam Ada 3 Memo Untuk Pak Lah mengingatkan Pak Lah bahawa PM (Raja) tetapi sebenar-benarnya Raja adalah Allah yang kita sembah. Raja sekian alam. Alangkah baiknya jika mereka menjadi pemimpin di dunia juga menjadi pemimpin di alam barzah. 

“Rakyat itulah Raja dan Raja itulah Rakyat. Tetapi sekiranya Raja itu tidak mengindahkan atau membelakangkan Rakyat, maka Rakyat itulah Raja”.

- Dato Onn,  

Saudara,
Betul atau tidak bermula dengan Pak Lah UMNO dan BN mula jahanam? Pemuda hilang kuku, hilang taring, hilang ‘ummph’ kerana KJ menantu Pak Lah, atau Pak Lah bila terbongkar rahsia dia ‘penyamun tarbus’, ‘thieves of the people’ penyebab yang terpaksa berhenti digantikan oleh Najib?
Insaflah bahawa saudara patut berundur diri secara terhormat seperti yang telah dilakukan oleh Tun Daim. Selain dari saudara ada dua tiga orang lagi Menteri Besar yang patut saudara turunkan dan tukarkan dengan orang baru terutama Tan Sri Wan Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Alasannya bukan kerana dia tidak baik, atau sudah terlalu tua, tetapi berhentilah sebelum terlalu banyak kerosakan berlaku di negeri tersebut akibat beliau sudah tidak dapat diterima lagi.

Saya mendoakan agar saudara dapat menggunakan peluang ini untuk memikirkan sejenak nasihat saya sebelum Newton’s Law menimpa saudara. Lee Kuan Yew yang sudah arif tentang Newton’s Law, telah memilih untuk bersara sebelum beliau dibersarakan. Sekeras-keras Margaret Thatcher, the Iron Lady, pun kecut juga akhirnya. Dia pun sudah sedar saatnya sudah sampai dan memilih melepaskan jawatan Perdana Menteri Britain kerana sejarah Presiden Sukarno dan Presiden Marcos yang sayang pada kerusi telah mengajar mereka bahawa ‘No man is indespensible’. Bahkan para artis filem dan ahli sukan pun sudah mengerti akan hal ini. Mereka mengundurkan diri sebelum dijatuhkan oleh orang-orang baru muncul yang jauh lebih canggih dari mereka.


Memo Untuk Perdana Menteri

Saudara,
Jangan lupa jika saudara turun nanti yang patut turun sama adalah Musa Aman Sabah dan Taib Mahmood kerana rakyat semua sudah tahu mereka berdua masih kekal di kerusi Ketua  Menteri kerana ada hubungan dengan Rosmah Menteri tanpa jawatan tetapi punya kuasa Perdana Menteri biarpun menyalahgunakan kuasa dan melakukan ‘korupsi berjemaah’ yang menjadikan hidup rakyat parah.

Saudara sudah tiga tahun saudara menjadi Perdana Menteri, namun UMNO dan kerajaan yang dipimpin saudara belum lagi menunjukkan tanda-tanda ‘positif’ dari segi penerimaan rakyat apa lagi penghormatan. Barang keperluan rakyat terus naik tanpa turun-turun biarpun harga minyak pasaran dunia turun. 

Siapa yang boleh salahkan rakyat bila darah rakyat juga naik. Tiba-tiba saya teringat tulisan saya dalam buku Revolusi Istana Dan Rakyat - 1989:

“Jatuhkan raja!... Rakyat yang berkuasa...”
Beramai-ramai mereka menyanyikan lagu yang membakar semangat rakyat.

“Darah Rakyat masih berjalan.
Menderita sakit dan miskin.
Padanya datang pembalasan.
Rakyat yang menjadi hakim.

Lagu komunis ini telah diharamkan oleh kerajaan Indonesia. Tetapi apabila berlaku satu pengkhianatan oleh pihak Parti Komunis Indonesia, lagu yang sama dinyanyikan oleh orang-orang komunis. Contohnya semasa pembunuhan Jenderal-jenderal di Lubang Buaya pada 30 haribulan September 1965 di Jakarta. Beramai-ramai mereka nyanyikan lagu ini dengan penuh semangat.

“Darah Rakyat masih berjalan.
Menderita sakit dan miskin.
Padanya datang pembalasan.
Rakyat yang menjadi hakim.

Saudara,
Ramai yang cakap, “hendak simpan Puaka di Seri Perdana buat apa lagi?” Pemimpin datang dan pergi, Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, Mahathir, Pak Lah namun UMNO masih kekal sebagai sebuah institusi. Seandainya kamu tidak berundur diri, jangan lagi ada yang bercakap tentang ‘ketuanan Melayu’ kerana 1Malaysia yang kabur. Nasib Melayu yang malang hidup seperti isteri yang dicerai gantung tak bertali. 

Bukan tujuan saya mahu memburuk-burukkan saudara selaku pemimpin atau Raja-Raja. Ini sejarah Semangat 46 yang menghapuskan Raja-Raja di seluruh Indonesia. Apakah tidak mungkin BERSIH ada kaitan dengan Komunis dan CIA?

Siapalah saudara jika hendak dibandingkan dengan Dr. Mahathir dan Tun Razak bapa saudara. Lu siapa bro... Benda dah buruk nak kata elok macam mana? ‘Yang benar Pak’, masakan benda busuk kita nak kata wangi. Siapa yang hendak hormat lelaki yang ‘dayus’? Bila lagi mahu bertafakur dan muhasabah diri? Allah boleh mengambil kuasa yang dipinjamkannya pada bila-bila masa. Apa akan jadi bila rahsia anda terbongkar seperti Hosni Mubarak?

Timbalan Presiden UMNO, Naib-Naib Presiden UMNO mungkin tidak berani membuka mulut bercakap perkara yang sebenar. ‘Al-maklum’, ‘hendak hidup’. Muhyiddin Yassin tidak boleh buat kesilapan yang sama seperti Anwar Ibrahim. Dia akan dilabel penderhaka macam Musa Hitam lawan taukeh. Dia tinggal sejengkal lagi, akibat nafsu dan bisikan iblis bolih tergolek ke Sungai Buluh atau jadi seperti Musa Hitam.

Saudara,
Siapa kalau bukan penulis yang harus mendedahkan segala isi hati rakyat secara jujur dan ikhlas. Penulis itukan mata, telinga dan suara rakyat. Inilah isi kandungan buku ini mendedahkan kebencian rakyat terhadap Rosmah isteri yang amat saudara takuti. Penulis tak terhutang hidup pada pemimpin, apa lagi terhutang budi sebab itu saya tidak peduli. 

Penulis ingin terangkan pada pemimpin yang lalai, kenapa sebelum jadi Perdana Menteri, sebelum kahwin Rosmah saudara dihormati dan disayangi. Apa penyebab nama jadi buruk dan busuk, muka masih handsome lagi, bibir masih tetap merah dan bagaimana anda boleh menjadi mulia dan wangi semula? Itulah transformasi yang patut anda lakukan, menukarkan diri dan keluarga anda dan orang Melayu Islam pada mykad kepada orang Islam yang beriman dan taqwa. Jika anda beriman dan bertaqwa, Malaysia tidak perlu bertukar kepada ‘Islamic state’, yang penting mengikut Bediuzzaman Said Nursi, ialah mempunyai ‘Islamic State’ Of Mind. Setiap umat Islam yang taat pada Allah dan Rasul akan taat pada anda selaku ‘ulil amrinya’. Dengan sendirinya anda akan dihormati sebagai pemimpin dunia dan akhirat.

Sebenarnya jika saudara tidak dijolok pun, akan rebah kerana Rosmah. Ramai yang masih sayangkan saudara, kerana saudara orang baik. Apakah Muhyiddin Yassin berani melakukan ‘political suicide’ biarpun dia pemimpin UMNO yang paling berani suruh Pak Lah letak jawatan kerana banyak sangat kerosakan yang dilakukan Pak Lah bersama KJ menantu kesayangannya demi untuk menyelamatkan kerajaan BN?  

“Saidina Umar pernah berdoa “Ya Allah berikanlah rahmatmu kepada orang yang menunjukkan kepadaku kelemahan diriku”.

Saudara,
Islam adalah agama rasmi Malaysia, para pemimpin dan isteri harus jadikan diri mereka sebagai orang Islam yang beriman dan bertaqwa, ‘mukmin’ dan ‘mukhliseen’, bukan ‘musyirikin’ dan ‘munafikin’, itulah transformasi yang terpenting seperti pentingnya ‘industri minda’ jauh lebih penting dari industri berat di zaman Mahathir.

Jika mahukan keredhaan dan rahmat dari Allah SWT. Saudara selaku ulil amri patut jadikan Malaysia sebagai negara contoh di mana muncul pemikir Islam bertaraf global yang menjadi Al-Quran hidup sebagai ‘modal insan’. Negara Islam yang terbaik bukan negara ‘Arab Islam’ yang para pemimpinnya terbaik dikalangan yang terbuang. Musuh manusia yang paling besar yang berada di dalam dirinya adalah nafsu dan iblis.

Saudara,
Rakyat tahu pemimpin yang tidak ada ‘conscious’, tak beriman, Islam musyrik dan munafik, sama ada di Malaysia, di Indonesia di mana terdapat penduduk Islam paling ramai di dunia akibat cinta dunia, takut mati akhirnya ibarat buih dipermukaan laut. Inilah yang terjadi kepada puak majoriti. Bila diperintah oleh pemimpin yang tidak ada rasa bersalah dan berdosa melakukan apa saja bentuk kekejaman, kezaliman dan keadilan tetapi mengikut kehendak anak isteri atau tekanan dan ugutan akibat memisahkan politik dari agama.

Ketika berkuasa mereka mahu hidup 1000 tahun, mereka fikirkan dunia semata-mata tanpa akhirat, mengumpul sebanyak-banyak harta yang akhirnya tak berguna. Terlupa apa akan jadi pada bangsa kita jika pemimpin seperti ini kekal berkuasa? Anak Cina makan pengat, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah.

Saudara,
Inilah akibatnya bila pemimpin terlupa di mana mereka berada. Ingat pesanan ‘don’t over stay your welcome’. Belon kalau tak meletup akhirnya kempis. Jangan terlupa pemimpin ibarat telur dihujung tanduk, sampai masa pilihan raya umum nanti pemimpin yang ‘besar kepala’ akan jatuh seperti Humpty Dumpty akibat terlupa apakah benar Melayu tidak akan hilang di dunia seperti kata Hang Tuah?  

“Sejarah telah membuktikan bagaimana bangsa seperti Babylonia, Assyria, Mecedonia, Carthagenia yang begitu kuat dan maju-jaya telah hilang dari muka bumi ini, sudah tentu bangsa yang lemah seperti orang Melayu akan lebih mudah hapus jika mereka kurang faham tentang kuasa-kuasa yang ada pada mereka dan, kerana terdorong oleh nafsu, menyalahgunakan kuasa itu.”

Menghadapi Cabaran - Dr. Mahathir

Apakah benar ‘manusia adalah semulia-mulia makhluk’ - Al-Quran. Dan orang Islam sebaik-baik umat? Apakah masih ada manusia yang bertaraf ‘insanul kamil’ yang mempunyai ‘makam’ tertinggi di negara kita? Pasti ada, pernahkah anda menghargai para wali Allah sahabat Allah?
Tahukah anda bahawa manusia itu rahsia Tuhan dan Tuhan adalah rahsia manusia? Jika terasa hendak berkongsi pengalaman sila datang ke Wadi Hussein, ikuti ilmu rahsia yang disampaikan oleh Sheikh Dr. Ismail secara percuma di Universitiy Of Life, Janda Baik jiran ILMU UMNO.

Saudara,
Jangan terlupa selaku pemimpin anda perlu diingatkan supaya berada diatas landasan  mengikut Al-Quran dan Sunnah, jika takut tergelincir dan jatuh dalam kehinaan seperti Hosni Mubarak. Carilah akhirat seolah-olah kamu akan mati esok. Ilmu hakikat, tarikat dan makrifat penting bagi pemimpin kerana bila berada di kemuncak tidak ada siapa bantu ketika mahu buat keputusan yang berat melainkan Allah SWT.

Saudara,
Bila sudah sesat dihujung jalan kembalilah ke pangkal jalan, Melayu mudah lupa, masih belum terlambat untuk bermohon keampunan kepada Allah seperti yang kita memohon padanya Tuhan yang Maha Kuasa dalam surah al-Fatehah. 

Tunjuklah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang telah engkau
Anugerahkan nikmat kepada mereka
Bukan jalan mereka yang dimurkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Surah Al-Fatehah

Saudara kata, “rakyat didahulukan” namun bila tanggungjawab terhadap rakyat diabaikan oleh wakil rakyat dan kakitangan kerajaan, anda seolah-olah tidak peduli, tidak adanya rasa ‘kepedulian’. Peniaga menghisap darah rakyat sekehendak hati, masakan rakyat tidak ‘naik darah’ bila macam-macam naik? Ramai rakyat yang macam ‘lembu naik minyak’. Tengok saja ‘Bersih’ pada 9hb. Julai 2011. Semuanya berpunca akibat dosa-dosa para pemimpin dan anak isteri mereka yang tidak mahu ikut perintah Allah. Allah tidak pernah menzalimi manusia melainkan manusia itu yang menzalimi dirinya sendiri.

“Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan dijadikan meluap, dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya...”

Al-Infithar : 1-5

“Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”
Ar-Rahman: 26-27

Sudah berapa kali saya cakap, saya sudah malas nak menulis buku politik. Sudah 60 buah buku, cukuplah tu, lagipun orang Melayu tidak suka baca buku. Mereka tak peduli ilmu itu cahaya yang menerangi hidup manusia. Samakah orang yang berilmu dengan seorang yang tak berilmu? Menjadi tanggungjawab setiap muslim  menyampaikan hatta sepotong ayat kepada sesama manusia. Siapa kalau bukan pemimpin yang macam guru yang murshid yang Al-Quran hidup dalam diri mereka. Di Malaysia tahfiz Al-Quran muncul seperti cendawan selepas hujan namun bolehkah guru yang ‘bullshit’ menghidupkan Al-Quran didalam diri manusia supaya umat Muhammad SAW tidak jadi ‘jahil murakab’, bebal, bodoh, sombong dan anak yang hafiz tidak di indoctrinate dengan keseronokkan lewat seperti yang tersiar di media arus Perdana baru-baru ini.

“Setitik dawat seorang penulis itu lebih mulia dari darah mereka yang mati syahid di medan perang.” 
- Hadith
Apakah saudara tidak tahu apa yang Rosmah (Big Mama) berbelanja sekehendak hatinya? Kalau tahu kenapa tidak ikut apa kata Rasulullah “sekiranya Fatimah Az-Zaharah mencuri akan ku potong tangannya.” Semua tindak tanduk Rosmah menjurus kepada kemarahan dan kebencian rakyat yang semakin meningkat. Lu fikirlah bro. Lu sayang bini ke lu sayang UMNO? Lu sapa? Penyelamat bangsa Melayu atau pengkhianat?

Saudara,
Bagaimana mahu kembalikan hilangnya keyakinan rakyat terhadap anda terutama dalam isu Altantuya? Rakyat hilang hormat pada mahkamah juga anggota polis yang terlibat. Apakah pemimpin UMNO tidak nampak bahaya yang boleh menyebabkan UMNO mati sekali lagi berpunca dari konspirasi Altantuya?

Rakyat murka dengan isteri Pak Menteri, tak kan tak tahu? Tahu tak pa. Dari mana dapat duit boleh beli cincin $23 juta USD, permaidani 1/2 juta satu, handbag harga berjuta. Siapa tak marah bini boleh bersultan di mata beraja di hati tetapi tidak boleh diambil tindakan rasuah dan diheret ke mahkamah dan Najib selaku Perdana Menteri yang dipilih rakyat buat tak peduli, buat bodoh. Sudah termakan nasi k...k... ke? Seperti dalam filem Perempuan, wanita dan ... lakunan Sofia Jane dan Nasir Bilal Khan

Semuga anda tidak jadi seperti Ali Al-Zine Abidine  yang jatuh dalam kehinaan akibat ikut saja kehendak Laila ‘first lady’. Bila berkuasa ego yang berlebihan jadi Firaun moden yang berlagak seperti tuhan, sedangkan nafsu kebinatangan telah menguasai diri. Nafsu pendendam macam ular, pemarah macam anjing, tamak macam babi dan malas macam keldai tetapi mahu hidup kaya raya, merompak, menyamun, guna kuasa (thief of the people), badan saja manusia rakus macam babi. Cuba baca balik buku “The Animal Farm” oleh George Orwell.

Saudara,
Bila ego pemimpin sudah terlalu besar, dia dimusuhi Allah kerana cakap siapa pun dia tidak mahu dengar. Dia tidak tahu ‘samekna’ pendengaran itu asma Allah, telinga pada diri kita sekadar aksesori, akhirnya nafsu dan iblis telah menguasai hati akibat terputus hubungan dengan Tuhan dan terputus silatulrahim sesama manusia.

Pemimpin fikir apa yang dibuat semuanya betul. Nasihat dan cakap-cakap berkaitan ‘kebenaran’, hal-hal kerohanian dianggap ‘absurd’ akibat tidak percaya pada kuasa yang ghaib, kuasa Tuhan yang Maha Kuasa, Raja Sekelian Alam. Akibat hidup dalam sistem sekular mengamalkan demokrasi ala barat dan terpimpin, pemimpin pekakkan telinga kerana kita tidak boleh memberi ‘reason’ yang ‘reasoning’ dan kita juga tidak dapat memberikan lojik. 

Sama ada hubungan kerohanian ini logik atau tidak, itu perintah Tuhan. Kita mesti laksanakan juga. Jangan jadi orang Islam hari Jumaat saja. Tak payahlah kita bersusah-susah nak cari dia punya ‘reason’. Nak cari dia punya ‘rasional’. Kalau kita cerita tentang perintah ‘mengenal diri’, ‘mengenal Tuhan’, sebelum mengenal agama ini pada Kant atau George Berkeley atau Alfered N. Whitehead, Martin Buber atau Jean-Paul Satre, tentu mereka tertawakan kita. Mereka akan kata orang-orang Islam ini ‘absurd’. 

‘Free thinker’ bukan saja ragu-ragu biarpun mereka pernah baca Quran bila kita menyeru kepada yang ‘ghaib’. Tetapi sebagai contoh Yusuf Islam pada mulanya baca Quran sekadar nak tahu dan menimba ilmu tetapi bila Al-Quran dijadikan sebagai petunjuk dan beriman kepada kitab suci kepunyaan umat Islam yang Tuhan turunkan untuk memberi rahmat kepada sekelian alam. Mereka mengakui kebebasan dan kekuasaan Allah yang ghaib.

Dalam politik memanglah ada ‘cause and effect’. Macam juga dalam benda-benda lain dalam hidup kita. Tapi dalam agama ada benda-benda yang tak boleh bertolak pada ‘akal rasional’ sahaja. ataupun pada ‘pure reason’. Ataupun pada ‘cause and effect’. Dalam Islam banyak benda-benda yang ada ‘effect’ tapi tak ada ‘cause’. Ibarat kata Conon Doyle, pengarang cerita Sherlock Holmes, “We have been compelled to reason backward from effects to causes.”

Siapakah yang boleh membuktikan tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj ataupun malam Lailatulqadar. Peristiwa-peristiwa ini memang tak ada ‘cause’ tapi ada ‘effect’. Kesannya kepada umat Islam amat besar. Maka itulah sebabnya Tuhan berfirman dalam Surah Yunus ayat 101 supaya kamu bertafakur.

“Periksakah olehmu apa-apa yang ada di langit dan di bumi...”

Yunus 101

Ini ayat insyaiyyah bukan khabariyyah. “Periksalah..” adalah perkataan yang ‘imperative’ yang menyeru dan bukan ‘indicative’ ataupun yang menerangkan. Mudah-mudahan Tuhan memberikan ‘hidayat’ pada anda dan seluruh keluarga anda dan kita semua.
Apakah saudara menyedari hakikat bahaya yang sedang dihadapi oleh saudara? Mungkin kerana itu Hishamuddin Hussein sepupu saudara yang diberi tugas sebagai Menteri Dalam Negeri bagi mengawal sebarang usaha yang dikesan untuk menjatuhkan saudara? Apakah saudara lupa kekuasaan Allah SWT? “Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak dari Allah - Al-Quran.”  Siapakah tempat kita meminta pertolongan selain dari Allah? Allah hu akbar. Apakah saudara tidak tahu yang Hishamuddin tidak layak jadi menteri? Fikirkanlah. Mana lebih penting, sepupu atau parti? Bini atau tanggungjawab terhadap negara? Saudara sudah berada di kemuncak kuasa, bila manusia mati hanya dua benda yang ditinggalkan nama baik atau buruk? 

Disebabkan kepimpinan saudara terlalu bertolak ansur dan ‘tidak pandai marah’ seperti kata Rosmah dan anda tidak tegas mempertahankan hak Melayu seperti Tun Razak, Melayu rasa mereka dipinggirkan dan anda penyebab gelap masa depan Melayu. Cuba baca buku saya ‘Malaysia Without Malays’. Alangkah baiknya sesekali dalam perjalanan ke ILMU dengan ‘out raider’ dan kereta bercermin gelap, anda bukalah tingkap dan lambai tangan pada penduduk kampung, kata rakyat didahulukan. Atau turun bersalam, siapalah penasihat Islam anda?

Barisan kabinet anda diragui akibat pentadbiran yang dibayangi oleh skandal dan ‘rasuah berjemaah’ tetapi tidak boleh ditangkap kerana dalam bentuk perniagaan yang canggih. Banyak sebab pelabur menjauhkan diri. Dasar kronisme dan nepotisme serta isu campurtangan isteri yang didakwa berbelanja jutaan ringgit setiap kali ke luar negara tetapi tidak boleh ditangkap kerana dia isteri Perdana Menteri. Isteri Perdana Menteri rakyat kelas pertama ‘first lady’ yang mungkin ada imuniti boleh guna jet Perdana Menteri.




[Read the rest of the article by buying the book]





Pustaka Mukmin
141 & 143, Jln Tungku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: 03-26932364, 26936557

4 comments:

  1. Assalamu'alikum wr.wb. Kita semua sudah tahu KEKUATAN yg terletak pada do'a, khasnya doa golongan muqarrabin.Saya mohon agar Pak Habib dpt melakukan suatu usaha iaitu:
    1. Cari dan identify seberapa ramai golongan 'muqarrabin yg ada. (jika ada pun mungkin tak ramai)
    2. jemput mereka ke tempat anta selama 7 - 10 hari utk sama2 melakukan doa khas utk negara kita, utk Bangsa Melayu & utk Islam.
    3. Adakan satu majlis muzakarah atau musyawwarah membincangkan hal yg melanda masyarakat dan negara kita.
    4. Tetapkan do'a yg akan dipohon beramai2 selama 7 hari. Do'a biarlah ringkas dan padat supaya senang dihafal ahli majlis itu.
    5.Jgn disangkut-pautkan dgn do'a2 lain yg bersifat peribadi.
    6.Sama ada perlu berpuasa atau tak perlu biar ahli majlis yg putuskan.

    Ini adalah suatu usaha yg amat berat dilakukan tetapi sy percaya Pak Habib mampu melakukannya. Tolonglah lakukannya demi ugama, bangsa dan negara kita.

    Cakap2 politik,komentar, buku, memo dll tak akan mampu menggerakkan 'Arash dan lauhil Mahfudz. Sekian pendapat yg tak seberapa dr saya. Wassalam.

    Yg benar
    Hamba Allah, Ummat Muhammad.

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah semoga Allah memberkati hasil usaha penulisanmu :)

    ReplyDelete
  3. Assalam Abah.
    Terima kasih atas buku terbaru yang abah sampaikan melalui Zelmy.Sedang membacanya ketika ini dan amat berfaedah sekali kepada yang mahu memahaminya.Artikel ini juga telah saya panjangkan diblog saya tanpa izin dari abah dan harap abah tidak keberatan.

    Assalam

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Pak habib atas buku terbaru, InsyaAllah saya akan dapatkan dalam masa terdekat. Saya juga memohon keizinan untok dipanjangkan dalam Blog saya jika Pak Habib tidak keberatan. Terima kasih.

    ReplyDelete

A Closer Look.

Translate