Dari kiri MIA, Nor Amin, Yassin Salleh dan Pak Habib
Ziarah Karyawan Utara di Ulu Lenggong.
|
Dulu sebelum dan selepas membaca, Al – Quran di junjung dan di cium sebanyak 3 kali dan kemudiannya di simpan diatas tempat yang tinggi. Betapa tingginya martabat Al – Quran. Tapi ramai juga setelah di letakkan di situ di lupakan macam itu saja. Sepatutnya Al – Quran tempatnya di hati. Kerana itulah tempat yang paling tinggi kerana ianya singgah sana Ilahi. Saya berfikir sambil dia terus bercerita mengenai pertandingan tilawah Al – Quran, pemenang dapat naik haji free.
Pada zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri kita dapat lihat betapa masyarakat Melayu menyambut bila tiba musim tilawah Al - Quran. Orang yang berjaya merangkul johan di dalam tilawah Al – Quran akan dapat hadiah menunaikan haji. Pada zaman dahulu menunaikan ibadah haji tidak semudah seperti di zaman sekarang. Apakah yang bertanding tak mimpi ke hadiah wang tunai? Bila hilang barakah akhirnya tilawah senasib dengan lagu keroncong dan Pop Ye Yeah saja, dan isi Al – Quran hilang dihati, yang ada sekadar buku – buku biasa tanpa mukjizatnya. Ke mana hilangnya keajaiban Al –Quran? Seterusnya Pak Su Mid bersajak:
Ayam betina menyanyi dan menari,
Ayam jantan tak berkokok lagi.
Hujan tak turun dari langit,
Keluar dari bumi,
Pak Su Mid seorang yang telah berpuasa selama 40 tahun.
Hanya tidak berpuasa pada hari - hari yang diharamkan di dalam kalender Islam.
Pak Su Mid seorang yang telah berpuasa selama 40 tahun.
Hanya tidak berpuasa pada hari - hari yang diharamkan di dalam kalender Islam.
Saya meneruskan Itulah tsunami! Hebat sajak seorang Ahli Sufi. Sebab itu saya perlu menceritakan selain keajaiban Al – Quran hubungannya dengan Tokoh Sufi.
Ramai yang terlupa atau tak tahu dahulu setiap kali tilawah Al – Quran diadakan orang akan datang berduyun – duyun tanpa diundang dan majlis tersebut diadakan di Stadium Negara, sebelum ada Astro dan lain – lain hiburan yang boleh dinikmati dalam tapak tangan.
Dulu lain sekarang lain,
Lain hulu, lain parang,
Lain dulu, lain sekarang.
Hari ini orang yang hadir perlu dijemput, di undang dengan bas bagi memenuhi ruang – ruang, takut nampak kosong di dalam bangunan UMNO. Apakah kerana yang membaca Al – Quran sudah tidak mempercayai mukjizatnya atau untuk bermegah – megahan bukan lagi kerana Allah? Hari ini Al – Quran hanya di lagukan di masjid tanpa disenangi seperti lagu – lagu yang berkumandang di corong – corong radio yang tak ada orang dengar. Orang lebih suka pergi jom heboh dan menonton bola. Kenapa? Itu yang saya fikirkan di permulaan perjalanan selama 2 jam untuk ke Ulu Lenggong yang persekitarannya lebih kurang keadaan seperti di Janda Baik, berdekatan kawasan pergunungan.
Saya dijemput ke Ulu Lenggong oleh Penyair Yassin Salleh pengarah filem Dia Ibuku yang telah memenangi 10 anugerah menjadi panel dalam sesi ‘Dialog Bicara Cendikiawan’ bersama seorang lagi pembicara, seorang peguam anak ulama terkemuka di Kedah, dia ini kelulusan dari U.I.A tujuan Yassin supaya kami dapat menyemai benih mukjizat Al - Quran kepada penulis muda di Malaysia, supaya mereka dapat menghidupkan Al – Quran dalam cerpen novel atau sajak mereka. Saya memberi Yassin tajuk belajar dari haiwan yang ceritanya terdapat dalam Al – Quran. Yassin kata ianya sensitif. Saya kata bubuh saja Keajaiban Al – Quran. Dia setuju dan berpesan jangan lupa bawa buku SURAT KHABAR LAMA, dia mahu saya mendeklamasikan sajak tersebut. Kerana terdapat upacara baca sajak sampai subuh.
Surat Khabar Lama,
Surat Khabar Lama,
Surat Khabar Lama.
Sebab pada mulanya saya memilih “belajar dari haiwan” yang terdapat di dalam Al –Quran banyak cerita yang berkaitan dengan haiwan dan ramai manusia yang kita anggap kawan perangainya macam ‘haiwan’. Bukankah manusia adalah Haiwan nun natik haiwan yang pandai berfikir. Jadi bila dah hilang akal apa bezanya dengan haiwan. Dalam al – Quran Allah menjadikan pelbagai perkara sebagai perumpamaan, semata – mata untuk dijadikan bahan renungan bagi manusia yang menggunakan akal fikiran. Antara perumpamaan – perumpamaan yang Allah berikan dalam al – Quran ialah pelita (an – Nur ayat 35), sungai (Muhammad ayat 15), pohon bidara (al – Waqiah ayat 28), angin (Ali Imran ayat 117), api bakaran/bara apai (al – Baqarah ayat 17), matahari dan bulan (Yunus ayat 5), petir (al – Baqarah ayat 20), lalat (al – Hajj ayat 73), labah – labah (al – Angkabut ayat41), nyamuk (al – Baqarah ayat 26), dan banyak lagi.
Bila mahu memperkatakan keajaiban Al – Quran dan kita kaitkan juga kisah hidup para sufi, tentang kehebatan mereka berpuisi sufi yang boleh menusuk hati, bulu roma tegak berdiri, sedu sedan tanpa disedari. Seperti biasa saya jarang siapkan teks ucapan tapi bila sampai masanya nanti saya tahu apa nak cakap tanpa perlu teks. Sebaik sampai pada pukul 5.30 petang peserta ramai yang sudah sampai termasuk Nor Amin Moshi Moshi dan Sani Sudin Kopratasa.
Puisi merupakan untaian kata yang sarat dengan simbol, bahkan ianya simbol yang merupakan unsur paling penting dalam sebuah puisi. Cakap mudah, tapi jika kita belum sampai ke tahap insanul kamil tak semudah itu melahirkan cinta kita dengan ilahi seperti Rabiatul Adawiah. Sebab itu setelah menghasilkan 70 buah buku hanya satu buku saya kumpulan sajak saya.
Sebuah puisi tidak akan berjiwa, menggerakkan hati, pikiran dan imaginasi pembaca, jika hanya terdiri dari metafor semata - mata. Puisi akan berjiwa dan memiliki roh jika di dalamnya terdapat simbol yang sarat makna. Rahsia kita dan dia, cinta kita dan dia. Seperti kata dalam bukunya yang terkenal, Futuhat al – Makkiyah, Ibn Arabi menyatakan bahwa keindahan merupakan dasar dari cinta. Dan cinta kepada Tuhan memainkan peranan sentral sekali dalam ajaran sufi, sebab, ia merupakan salah satu faktor penopang yang asasi fundamental dari penzahiran Hakikat Yang Esa, iaitu Tuhan.
Penyair Ladin bergambar kenang - kenangan. |
Rasulullah SAW menghalalkan syair, dengan catatan syair tersebut berisikan hal – hal yang baik yang dapat menambah kebijaksanaan dan ketaatan, serta dapat mendekatkan seseorang kepada Allah.
“Sesungguhnya didalam syair itu terdapat hikmah”
Dalam mendekatkan diri kepada Tuhan, para sufi lebih menekankan perjuangannya pada penghalusan akal budi dan jiwa, dengan harapan akan memiliki kepekaan untuk segera mampu merasakan kehadiran Tuhan serta menyaksikan keindahanNya seperti sajak yang disampaikan oleh pemuisi sufi. Dengan kehalusan budi dan jiwa mereka mampu mengungkapkan berbagai pemikiran secara puitis yang indah, di samping ungkapan – ungkapan simbolik penuh makna. Bukan sekadar puisi cinta sesama manusia dan puisi untuk isteri tercinta.
Ada segolongan orang – orang Islam mengatakan bahawa Allah Ta’ala mendatangkkan Al – Quran ialah hanya untuk mengajar orang – orang Islam akan hukum – hukum Syariat dan mengurniakan pahala kepada sesiapa yang membacanya. Apakah itu sahaja faedah Al – Quran. Mungkin itu terjadi pada manusia yang mindanya tertutup dan matahatinya buta, atau di dalam dadanya tak ada ‘Hardware’ yang mengandungi Al – Quran yang akan hidup bila di satukan dengan ‘software’. Al – Quran di sampaikan untuk ulil Albab, untuk mereka yang berfikir. Cuba kita fikir kenapa Al – Quran di turunkan menerusi pendengaran bukan dengan ayat, bukan dalam bentuk buku? Kerana manusia sudah boleh mendengar semasa dalam rahim ibu lagi, sudah boleh berinteraksi dengan ilahi yang menuntut janji.
Al – Quran merupakan kitab suci yang memberikan petunjuk kepada manusia ke jalan yan lurus dan diredhai Allah SWT. Tiada keburukan dan cacat cela di dalamnya. Oleh sebab itu, sebaik – baik manusia ialah mereka yang mempelajari al – Quran dan mengajarkannya. Apakah sekadar mengajar mereka menghafal dan menjadi Al – Hafiz saja?
Apakah dalam pengajian al – Quran, apabila seorang membaca hanya dua organ utama memainkan peranan penting iaitu mata untuk melihat barisan ayat suci al – Quran dan mulut untuk membaca apa saja yang dilihat pada kitab tersebut? Bagi golongan cacat penglihatan atau buta. Apakah dengan al – Quran Braille, orang buta tak dapat membaca walaupun berada dalam keadaan kurang daya lihat seperti manusia normal? THINK, fikir. Al – Quran itu apa benda? Manusia itu apa? Tuhan itu siapa?
Walaupun matanya buta dan hanya boleh belajar melalui orang lain yang membacakan kitab kepadanya, beliau mampu menguasai semua pelajaran yang diterimanya, hafalannya pun sangat kuat. Beliau selalu membaca kitab – kitab al – Ghazali. Itulah Habib Abdullah Al – Haddad Mujaddid abad ke 17 di Hadramaut yang melalui usaha tajdidnya menjadikan tasawuf sebagai amalan untuk semua golongan masyarakat, seorang penulis yang sangat produktif. Karya – karya beliau telah menyebar selain di Hadhramaut, terutama di Afrika dan Asia, termasuk di Indonesia. Juga di Singapura dan Malaysia.
Di negeri asal usul, datuk saya di Hadhramaut, Yemen umat Islam mempelajari al – Quran secara bertalaqqi dan bermusyafahah iaitu seperti mana yang berlaku antara malaikat Jibril dan Rasulullah SAW ketika wahyu pertama diturunkan di Gua Hira’ dan kaedah digunakan oleh datuk saya Habib Omar bin Abdul Rahman Alattas Sahibul Ratib Qutubbul Anfas dengan muridnya Habib Abdullah bin Alwee Al – Haddad. Kedua tokoh sufi dan wali terkemuka, kurang deria melihat seperti manusia normal.
Imam Al - Haddad berhak memperoleh sebutan sebagai al – quthb al – ghawts dalam ilmu hakikat. Kemuliaan yang telah dicapai Syaikh al – Haddad, Sayyid Umar bin Abdul Rahman al – Attas salah seorang guru al – Haddad berkata, “Dalam diri Sayyid Abdullah bin Alwi al – Haddad telah terkumpul antara hakikat, syariat dan wilayah, dan ia telah mencapai darjat insan al kamil.
Sayyid Muhammad bin Zein bin smith berkata, “Aku pernah mendengar bahwa para ulama al – Muhaqqiqin telah membagi kedudukan quthb pada tiga hal: quthb al – ilm seperti Hujah al – Islam al - Imam al – Ghazali, quthb al – ahwal seperti Abu Yazid al – Bustami, dan quthb al – Maqamat seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani. Tapi di dalam diri Syaikh al – Haddad terkumpul ketiganya, hal ini disebabkan beliau mendapatkan warisan daripada para salaf nya tersebut.
“Tidak kami dapatkan kebaikan itu kecuali dalam ilmu, tanpa ilmu seseorang tidak akan dapat mengenal Tuhannya, dan tidak akan mengetahui bagaimana cara menyembahNya.”
Dari Buku
Bisikan – Bisikan Ilahi
Idrus Abdullah Al – Kaf
Menurut Jalaluddin Rumi, simbol memberi peluang kepada pembaca untuk meningkatkan daya fikir penyair dari “renungan keindahan dunia” menjadi “renungan keindahan Illahi.” Seseorang tidak akan dapat memasuki api ketuhanan tanpa perantara, tamsil, dan kiasan yang dapat membantu mereka merasakan panasnya api bagi orang yang berada di dekat api dan manisnya gula kepada mereka yang telah merasakan gula. Inilah diantara perkongsian ilmu mengenai keajaiban Al – Quran yang akan saya sampaikan nanti.
Bersama Y.B Dato Nasaruddin dan Novelis Wanita di Ulu Lenggong |
Saya tak pasti samada penyair, novelis dan budayawan yang hadir nanti, kenapa para sufi lebih memilih seni sebagai media ekspresi mereka. Apakah kerana seni, baik yang berupa gerak tarian mahupun musik dalam berqasidah dan maulid, mahupun bahasa sastra, memiliki potensi lebih untuk mewadahi pengalaman yang tak terkata dalam ayat manusia biasa - biasa.
Bahasa sastera, terutama syair dan prosa, mempunyai hubungan yang sangat erat dengan alam spiritualitas Islam. Inilah yang tidak difahami oleh ritualis yang menolak kerohanian yang terpenting dalam kehidupan mencari Tuhan. Kerana Al – Quran yang diwahyukan Tuhan kepada Muhammad dan menjadi kitab suci ummat Islam, juga bercorak prosa. Selain itu, seni dan sufisme memiliki kesamaan dalam hal instrumen yang digunakan, keduanya lebih mengdepankan rasa persamaan. THINK.
Adakah membaca Al – Quran sekadar untuk mengetahui hukum – hukum dan mendapat pahala sahaja? Kalau macam itu Al – Quran bukanlah satu mukjizat. Fikirkan bagaimana orang yang buta boleh menghafal Al – Quran tanpa perlu menggunakan mata sekadar pendengaran. Kalau bukan mata hati celik, biarpun mata kasarnya tak dapat melihat.
Sejak Allah menurunkan kalimatNya yang pertama di Bulan Ramadhan 14 Abad yang silam, kalimat – kalimat yang berbunyi:
“Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
(QS. 96 : 1)
“Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”
(Surah An-Nisaa’: 136)
Antara tujuan ‘mukjizat’ adalah untuk menyangkal segala tohmahan dan kritikan orang kafir yang menentang kebenaran utusan dan wahyu Allah SWT bahawa Muhammad SAW adalah seorang ahli sihir bagaimana tiba – tiba dia boleh dapat wahyu yang di sampaikan oleh malaikat Jibril. Setiap rasul yang diutuskan akan dibantu oleh Allah SWT dengan ‘mukjizat’ yang ada bersama mereka. Tetapi ‘mukjizat’ ini akan hilang dengan kewafatan mereka dan hanya khusus kepada umat mereka. Tapi tidak kepada ummat nabi Muhammad SAW.
Sebagai contoh, Nabi Nuh as dengan mukjizat taufan dan banjir membina sebuah bahtera yang hanya berlaku pada zaman umatnya saja yang tidak percaya dengan dakwah yang di sampaikan oleh Nabi Nuh, selama 10000 tahun dan hanya 50 orang saja yang mengikutnya, yang selamat di dalam kapalnya bersama dengan binatang – binatang dan tumbuh - tumbuhan. Mukjizat nabi Yunus as menggunakan ayat – ayat Al – Quran untuk terlepas dari perut ikan, ketika di telan oleh ikan Nun atau Paus dengan membaca zikir, hingga dia dapat keluar dengan selamat.
“Tiada Tuhan melainkan Mu, hai Allah, maha suci Engkau. Bahawa aku adalah seorang yang zalim”.
(Surah 21, ayat 87)
Tidak dinyatakan Yunus berdoa kepada Allah, tetapi ia hanya membaca ayat tadi, maka dengan perantaraan ayat itu, ia telah selamat daripada mati di dalam perut ikan.
Segala yang ada di dalam Al – Quran mempunyai keindahan dan keunikannya sendiri. Sama ada menerusi isi, bahasa, bacaan, lagu, suara, hiasan, nilai ekonomi bahkan tulisan atau kaligrafinya.
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al – Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah al – Hijr: 9). Dengan jaminan Allah ini, terpeliharalah kitab suci al – Quran daripada sebarang perubahan, dan bersinarlah cahayanya ke seluruh dunia dengan kemuliaan Nur Muhammad SAW.
Perlu dicatat bahawa mukjizat Al - Quran seruan membaca harus di tafsirkan secara luas agar orang sampai pada pengertian bahawa: ‘tidak ada satu ilmu pengetahuan di atas dunia ini yang dicapai oleh manusia tanpa membaca, ‘iqrak’ sebagai kuncinya (pendahulunya) tetapi keaggunan kata membaca ‘iqrak’ yang dipakai oleh Al – Quran iaitu dengan tambahan “dengan nama Tuhanmu” maksudnya ialah: “Bacalah olehmu Ya, Muhammad.! Ya, manusia dengan nama Tuhanmu”. Ini adalah satu ikatan agar ilmu pengetahuan tidak menyeleweng dan disalahgunakan. Itulah yang disampaikan oleh mursyid saya Ustaz Hussein Al Habshi dari Bangil, Surabaya.
Mukjizat atau miracle merupakan perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada nabi dan rasul utusanNya. Mukjizat adalah suatu urusan yang menyalahi kebiasaan yang disertakan dengan ‘tahaddit’ (cabaran) dan terlepas dari tentangan”. Dalam kejadian Al – Quran, kita tak boleh semata – mata bergantung pada logik atau ilmu mantik. Hanya mereka yang Ariffbillah yang dapat menceritakan keajaiban isi Al – Quran dalam kehidupan mereka yang bukan mimpi tapi satu realiti. Seperti pengembaraan Nabi Muhammad SAW pada malam Isra’ Mikraj. Ia berbeza dengan cerita Journey To The Moon karya H.G. Well yang hanya satu sains fiksyen atau kisah Round The World in 80 Days oleh Jules Verne. Apa yang digambarkan dalam al – Quran tentang pergerakan Nabi Muhammad itu dijadikan ahli sufi seperti Junaid dan Abu Yazid sebagai sebuah kerangka tentang insan bertemu Tuhannya dan kehebatan manusia Insanul Kamil seperti Abu Yazid Busatami juga sampai ke Sidratul Muntaha.
Bukan mudah untuk mengubah mind set pemikiran umat Islam yang sudah jauh dari landasan yang betul. Terutama mereka yang terpengaruh dengan pemikiran yang dibawa oleh ulama penggugat aliran Ibnu Taimiyah yang menentang pendapat Ibnu Arabi. Kerana dia ulama yang hanya guna rasional dan reasoning. Ritual tapi tidak spiritual yang dimiliki oleh Ibnu Arabi, Imam Al Haddad, Hamzah Fansuri dan Nuruddin Araniri. Inilah yang terjadi apabila mereka mahukan Islam tapi tidak mahu menghayati pesanan nabi Muhammad SAW. “Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku – Rasulullah SAW “. Sebab itu kita perlu mengaji dan mengkaji keajaiban Al – Quran dengan mukjizat yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh Bismillahhirrahmannirrahim. Nabi Sulaiman berjaya mengIslamkan Puteri Balqis dengan bukti kehebatan mukjizat dan karamah yang dimiliki Sulaiman, selain kerajaan jin Afrit boleh takut perintahnya. Seorang wali Allah jauh lebih hebat dari jin afrit yang hanya boleh membawa istana balkis dari Yaman ke Palestin sementara Sulaiman bangun dari tempat duduk tapi wali Allah boleh melakukannya dalam sekelip mata.
Ilmu ini saya warisi dari Mushid saya Ustaz Hussein Al Habshi yang mempunyai pensantren di Bangel, Jawa Timur yang telah beberapa kali datang dan tinggal bersama saya di Wadi Hussein di peringkat awal University of Life dimulakan. Sebab itu saya memilih isi kandungan penutup buku ini mengenai Keajaiban Al – Quran yang semakin di lupakan. Inilah tanda – tanda yang isi Al – Quran sudah diangkat ke langit, yang tinggal hanya ayat yang tertulis pada buku yang dinamakan Al – Quran.
Ingatan mursyid saya dalam bukunya Metode Alternatif Memahami Al – Quran.
Al – Quran adalah standar (rujukan) umat manusia yang hidup di segala zaman dan ruang. Dia tetap up to date walaupun umat manusia berlumba – lumba menciptakan dan meningkatkan kebudayaan dan peradaban mereka tidak akan dapat mengejar kemajuan Al-Quran.
Sejak awal ayat tersebut diturunkan, maka sejak detik – detik itu Al – Quran merupakan buku bacaan yang paling popular bagi umat manusia hingga akhir zaman nanti. Apakah masih ada orang kita yang tahu mukjizat Al – Quran sebagai satu keajaiban yang hidup sepanjang zaman. Ruginya hidup mereka yang memiliki kereta, tapi tidak tahu menggunakan penerangan yang terdapat di dalam ‘manual’ kereta seperti mereka yang berakal tapi tak di cantumkan dengan isi Al – Quran seperti adanya talian negatif yang tidak disatukan dengan positif masakan mendapat cahaya dari lampu?
“Dengan nama Allah yang, dengan namaNya itu, tidak suatu pun mendapat mudharat di bumi dan di langit, dan Dia sangat mendengar dan mengetahui.”
Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa barangsiapa membaca bacaan yang berikut ini ketika ia hendak keluar dari rumah, nescaya ia akan selamat sehingga ia pulang.
Bacaan ini bukan ayat Al – Quran, tetapi hadith Nabi SAW. Dan ini satu lagi kenyataan bahawa dengan perantaraan membaca bacaan yang tersebut itu, Allah Ta’ala akan menyelamatkan pembacanya daripada bahaya dari ketika ia keluar daripada rumahnya sehingga ia kembali, antara zikir yang terdapat di dalam Ratib Alattas.
Nabi Saleh as dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatnnya saja. Nabi Musa as berjaya membelah laut dan menenggelamkan firaun dan tenteranya. Tapi dia masih perlu belajar ilmu metafizik yang menjangkau logik dari Nabi Khidir as. Begitu juga mukjizat Nabi Isa as boleh menghidupkan yang mati, mencelikkan orang buta dan lain penyakit atas izin Allah berbeza dengan mukjizat yang dikurniakan kepada nabi Muhammad SAW iaitu Al – Quran. Sheikh Abdul Qadir Jailaini dan Ariff Billah yang lain juga dengan izin Allah ada karamahnya. Mukjizat Al - Quran kekal selama – lamanya hingga hari kiamat di gantikan dengan perkataan karamah oleh ummatnya yang menjadi kekasih dan sahabatnya. Mereka yang menggunakan ayat Al – Quran hingga para wali Allah diberikan karamah. Setelah baginda telah lama wafat, mukjizat al – Quran kekal dan dibuktikan oleh para awlia Allah sebagai tanda kebenaran dan kebesaran wahyu Allah SWT di dalam agama Islam dan ini dibuktikan oleh Tokku Paloh di Terengganu. Memang tak masuk akal seorang ulama sufi boleh mempermain – mainkan wakil dari UK, ketika Inggeris menguasai lautan dengan armadanya. Apakah kita masih tidak mahu mempercayai mukjizat Al – Quran.
Apakah menggunakan Al – Quran sebagai menjadi ubatan, keselamatan dan lain – lain lagi untuk Nabi Muhammad SAW sahaja. Sedangkan setiap perbuatan Nabi SAW patut menjadi panduan dan ikutan bagi umatnya dan ini telah dibuktikan oleh para ulama sufi yang menguasai Alam kerohanian seperti yang di perkenalkan oleh Ibnu Arabi dan Tokoh Sufi Melayu Hamzah Fansuri dan Nuruddin Araniri melalui sajak mereka yang telah diterjemahkan oleh Prof Naquib.
Para penyair sufi kemudian menjadi penghubung antara tradisi keagamaan dan tradisi sastera. Hal ini dimungkinkan bukan saja kerana sebagian dari mereka itu adalah para ulama, tapi juga kerana pengalaman dan penghayatan estetik yang memainkan peranan penting dalam usaha mereka untuk mencapai Tuhan, pada puncaknya mempunyai kualitas relijius dan mistis kerana menyentuh dunia spiritual dan transendental. Tuhan sendiri Mahaindah dan menyukai keindahan, seperti dinyatakan dalam sebuah hadis. Dan pengalaman bertalian dengan keindahan spiritual dan supernatural.
Sayyid Abdullah al – Haddad (1044 – 1132 H) yang lahir di pinggiran kota Tarim (Hadhramaut), dikenali sebagai salah seorang tokoh sufi yang cukup berpengaruh. Ia dianggap sebagai pencetus tarekat al – Haddadiyah. Syaikh Al – Haddad telah cukup dikenal luas oleh masyarakat di Indonesia, terutama masyarakat Muslim tradisionalis. Begitu juga di Malaysia penulis kitab NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAM sebagai salah seorang tokoh besar yang dianggap telah mencapai darjat wali dan banyak berjasa dalam membimbing umat ke jalan lurus. Untuk mengenangnya, setiap setahun sekali mereka mengadakan haul imam Al Haddad.
Jika masa kini seorang atheis misalnya, tidak mengakui Al-Quran kerana ia tidak bertuhan sama sekali. Seorang Kristian, belum sampai menemukan kebenaran yang dikandung oleh Al – Quran sehingga ia belum sanggup mengimaninya, maka yakinlah pada suatu saat ia akan pasti mencarinya, tidak dapat tidak.
Seorang yang dahaga akan mencari air, yang lapar akan mencari makanan, begitu pula yang rohaninya kering, pasti akan mencari Al – Quran.
Ustaz Hussein Al Habsyi
Akibat dari egoisme, chaurinisme, demoralisasi yang berkecamuk di mana – mana. Manusia hidup penuh dengan ketakutan akibat perbuatannya sendiri dan meninggalkan Al – Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW dan tak percaya kepada hadith Nabi Muhammad SAW. Penemu – penemu ilmu pengetahuan yang baru, kerana mereka mambaca untuk mendapat popularitas atau membaca untuk mendapat keuntungan peribadi atau membaca ilmu untuk ilmu (Sience for sience),seni untuk seni bukan untuk Allah Taala maka mereka acapkali tidak dibahagiakan dengan ilmu yang merupakan hasil membaca ‘iqrak’.
Teringat kata murshid saya, antara sebab umat manusia dilanda oleh penyelewengan – penyelewengan hasil membaca ‘iqrak’ yang di lakukan bukan kerana Allah. Sedangkan mereka berjanji dalam doa iftitah. Solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah Taala. Di antara hasil – hasilnya ialah: Senjata – senjata ‘konvensional’ dan ‘non konvisional’ yang kononnya akan membelah bumi. Namun mereka siang dan malam, ditimpa oleh rasa takut terhadap ciptaan mereka sendiri. Contoh buat kereta yang terlalu laju di lebuh raya hebat, akibatnya menjadi gelanggang membunuh manusia terutama bila tiba hari perayaan dan berlumba – lumba, menunjuk dan bermegah dengan kuasa dan harta, sehingga banyak dari mereka yang stress akibat penyimpangan dari maksud kata membaca ‘iqrak’ yang diingatkan oleh Allah Maha Pencipta.
Perumpamaan – perumpamaan di dalam al – Quran, jarang sekali diambil iktibar dan dijadikan bahan renungan kenapa? Apakah kerana ia berbentuk simbolik maka, ramai yang tidak memahaminya? Tetapi Allah tetap ingin menunjukkan kebesarannya dengan dijadikan iktibar secara langsung yang dapat disaksikan sendiri oleh manusia, dengan mata kepala sendiri. Antaranya ialah di Ulu Lenggong ini sendiri di mana penduduk mengadakan Homestay antara sumber rezeki mereka ialah madu lebah kelulut.
Berapa orang yang mahu berfikir, apa yang mereka boleh pelajari dari semut, lebah, labah – labah, al ankabut. Seorang General 7 kali kalah perang. Dia sembunyi dalam gua, dia dapat pelajaran dari kegigihan labah – labah, yang 7 kali gagal sebelum siap sarangnya kali kelapan dia baru berjaya. General itu pulang ke negerinya meneruskan peperangan kali ke 8 baru dia berjaya. Lahir sebuah buku The Spider General atau The Eight General.
Tahukah anda labah – labah buat sarang dari isi dirinya dan labah - labah binatang yang tak mudah putus asa dia tak kelam kabut biarpun namanya al ankabut. Semut pula buat sarang ambil barang dari luar, istimewanya lebah gunakan kedua – duanya sekali, madu dari bunga dan yang lain hasil dari dirinya dan binatang yang paling bersih. Sebab itu madu ubat yang terbaik mengikut Al – Quran.
Kemudian Allah menyindir; Afala tafakaruun, maksudnya: “Apakah kalian tidak mahu bertafakur atau menggunakan akal fikiran?”
(Surah al – An’am (6):50)
“Dan mengapa mereka tidak mahu memikirkan (kejadian) diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi, dan apa yang ada di antara kedua – duanya, melainkan dengan (tujuan) yang benar...”
(Surah Rum (30):8)
Pandangan orang intelektual adalah berbeza dengan pandangan seorang Mukmin. Pandangan intelektual adalah dari kaji selidik menggunakan ‘intelek’ sekadar ‘intelligent’, kecerdikan, kepintaran. Tetapi pandangan ‘firasat’ seorang ‘Mukmin’ adalah dengan cahaya dari Allah. Intelek, yang dimiliki oleh para ahli akedemik yang bergelar ‘cerdik pandai’ cendikiawan namun kehebatan intelek mereka tak sama dengan ‘akal’. Mengikut Imam Jaafar Siddik akal adalah makhluk yang dikurniakan oleh Allah. Akal akan datang pada manusia bila di suruh oleh Allah dan akan pergi meninggalkan manusia bila Allah suruh pergi. Jadilah manusia manusia yang cerdik pandai, dan punya intelek walaupun bergelar ulama Tok Guru masih mudah ‘hilang akal’. Akal barang yang dicipta Allah. Cahaya Allah adalah dari Allah yang menerangi langit dan bumi untuk orang – orang yang bertaqwa. Cuba baca buku saya “MEREKA YANG HILANG AKAL”
“Al – Quran Al – Karim adalah kitab standar kehidupan umat manusia dari bangsa dan penganut faham apa pun. Al – Quran diperuntukkan kepadanya. Ia menerimanya atau tidak, namun kitab standar kehidupan yang bernama Al – Quran tetap menjadi miliknya jua.”
Orang yang bertaqwa itu adalah orang yang beriman dengan perkara – perkara ghaib.
(Al – Baqarah: 3)
Maka jelaslah kedudukan ‘akal’ itu ghaib, sebab itu ‘aqal’ perlukan ‘naqal’. Al-Quran yang mengandungi ilmu yang ghaib. Selain penglihatan, pendengaran dan hati, Allah paling dekat dengan manusia. Seperti dekatnya Allah dengan manusia yang lebih dekat dari urat leher. Itulah sebabnya manusia adalah seindah – indah kejadian. Kerana manusia adalah rahsia Tuhan dan Allah adalah rahsia manusia.
Sudah jelas, kita tak perlu mata kepala untuk melihat betapa jauhnya, ‘orang kita’, kaum bumiputra yang beragama Islam hidup ketinggalan. Sedangkan Tuhan telah menurunkan Al – Quran untuk kemajuan dunia dan akhirat. Kenapa hampir di semua bidang terutama dibidang ekonomi. Apakah mereka tak nampak kehebatan nabi Sulaiman as? Apakah kita masih mahu membuang Al – Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW yang boleh menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Itulah perlunya keajaiban Al – Quran di sampaikan pada sasterawan dan budayawan. Mudah – mudahan benih yang di tanam di minda sasterawan dan budayawan di Ulu Lenggong akan tumbuh seperti pohon beringin. From a tiny seed to a mighty oak tree.
Maka adalah juzuk yang kedua daripada Surat al – Anbiya’ itu, iaitu Nabi Allah Musa as. ibn ‘Imran dan serta dengan Nabi Harun as, berhadapanlah pekerjaannya itu kepada Firaun alaihi laknat itu. Maka berhubunglah ceritanya itu dengan Nabi Allah Daud dan anaknya Sulaiman malikul’ljin wa’l ins serta segala binatang serta kerajaan Puteri Balqis anak Rahil dan beberapa banyak ceritera Khidir menumbukkan perahu dan membunuh anak orang dan membalikkan pagar yang telah dibuat adanya – intaha al – kalam.
Surat Al – Anbiya
Hamdan Hassan
Dewan Bahasa dan Pustaka1990
Hidup jangan jadi tin kosong. Empty vessel making the most noise. Ada lebih baik ikut kata orang tua – tua. Diam – diam ubi tahu - tahu berisi. Belajarlah dari padi semakin tunduk semakin berisi. ‘Orang kita’ hari ini ibarat nasib orang yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Kemajuan terlalu laju tak terkejar oleh orang Melayu yang belum bersedia akhirnya berniaga buluh kasap, hujung rugi pangkal lesap.
“Sesungguhnya orang yang kufur ingkar kepada ayat – ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap – tiap kali kulit mereka masak (terbakar) hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah an – Nisa’ 56)
“Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit berpecah – belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti mnyak. Maka yang mana satu di antara nikmat – nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Rahman 37-38)
THINK. LU FIKIRLAH BRO.
Minta maaf dan terima kasih kepada mereka yang telah membantu dalam menyiapkan buku ini. Sorry tak boleh bubuh nama kerana bimbang akan dipanggil dan di soal siasat oleh polis seperti mereka yang telah menolong saya dalam buku Setan, Syaitan, Sultan. Semoga Allah saja yang membalas jasa baik kamu.
Dipetik daripada buku
The University of Life, 2014
Hadiah untuk mereka yang berakal dan mahu menggunakan akal fikiran mereka.
Buku Teks untuk pelajar - pelajar University of Life.
No comments:
Post a Comment